Hey ya'll...
Assalamualaikum, Happy 2015.
Banyak cerita sedih dalam 2014 ni kan. Sampai kadang-kadang takut nak share cerita happy-happy. Tapi kalau tak share nanti terlupa pulak sweet memories.
Cerita Umrah tak habis cerita lagi kan. Sebelum saya terlupa apa yang terjadi...nantilah saya share soonest.
So kita cerita Road Trip Krabi-Phuket dulu.
Kami memulakan perjalanan dari KL-Kedah pada 25/12/2014 dalam pukul 11.00am. Lepas breakfast semualah. Cuaca kejap hujan kejap cerah. Banyak jem jugak mungkin sebab hari cuti umum. Berhenti di Tapah & Gurun untuk solat & makan.
Sampai di rumah Tok di Kebun 500 dalam 8.00pm. Baru tau nama tempat tu Kebun 500 hihihi..dah nak masuk 11 tahun kahwin dek...teruk betul akak ye? Total trip KL-Kebun 500 (Kedah) yelah 440km.
Tok masak gulai siput gonggong. Sebenarnya nama siput tu lain. Tapi saya tak tau...so bantai jelah siput gongong ye..haha. Sedap juer..tapi tak makan banyak. Ayen yang pulun sampai licin. Lepas tu Tok goreng telur dadar. Telur ayam tu Tok baru kutip kat reban ayam tu. Baru bertelur ayam tu terus Tok kutip & goreng.
Saya tipu husband saya cakap yang Tok tunggu kat dalam reban tu dekat bontot ayam tu. Telur keluaaarrr je Tok tadah tangan & ambik telur tu. Husband saya percaya..heheeheh...
The next day, kami gerak ke Wang Kelian (border Malaysia-Thailand) di Perlis selepas breakfast. Sebelum tu kami isi minyak penuh-penuh di Changloon & tukar duit pun di Changloon. Saya dah tukar siap-siap di KL sebenarnya terasa rugi pulak sebab di Changloon lebih murah.
Buat insurance kereta pun di situ jugak. Kalau tak silap saya 5 seater car RM15. Kalau tak silap lah ye..sebab hubs yang bayar. Saya dok busy melayan anak nak beli gula-gula 50sen.
Lepas tu straight ke Wang Kelian tu ke imigresen. Mula-mula ke Imigresen Malaysia report nak keluar negara serahkan insurance kereta semua isi 1 borang & chop-chop passport. Lepas tu terus ke Imigresen Thailand pula. Jangan lupa selitkan RM1 di dalam setiap passport ye. Untuk ketenangan hidup anda. Hihi...kalau tak..nanti jiwa tak tenang sebab aan berlaku kesukaran nak masuk ke Siam. Trust me.
Lepas tu register nak bawak masuk kereta pulak. Owh..sebelum saya terlupa owner kereta mesti ada ye. Lepas tu jangan lupa bawak photocopy geran kereta. Register di pondok yang lagi satu depan sikit daripada tempat register passport tu (nanti officer tu akan tunjukkan). Sebijik kereta RM10 ye bayarannya. Sila bayar genap-genap RM10. Kalau bayar RM50 ke RM20 ke...dia tak return balance ye...jangan menyesal..hehe.
Ok, bila semuanya dah lepas, kami pun bergeraklah menuju ke Phuket. Berhenti solat di Thung Hwa. Dan saya muntah gila-gila sepanjang perjalanan tu sebab migraine teruk sebab 'monthly bestfriend' datang melawat.
Kami 3 bijik kereta convoy lah guna GPS adik ipar saya. Tapi ada jugak drived blindly je sebab GPS failed. Finally Alhamdulillah sampai ke Phuket. Our Abang Amran (sepupu emak) dah setia menunggu di round about mana tah...saya pun tak perasa sebab ting tong migraine. Dia sepupu emak so patutnya kami panggil dia Uncle lah kan...tapi semua orang panggil Abang Amran..so ikutkan saja lah.
Owh..lagi satu lupa nak cakap, Emak saya memang ada keturunan Thailand ye. Sedara mara ramai di area Phuket & Krabi. Emak boleh bertutur bahasa Siam. Husband saya pun boleh. Tapi hanya semasa dia mengigau..haahaha (maddaii maddai...katanya..hoh..tah hape-hape)
Lepas tu Abang Amran belanja dinner. Lauknya gila banyak. Dah semua laparkan...telur dadar pun sedaappp!!! Lepas tu balik tidur ke rumah Abang Amran di Baan Term Fun. Saya rasa 'Baan' tu maknanya 'Taman'. Sebab berlambak-lambak perkataan 'Baan' yang saya jumpa di Phuket. (Hihi..macam tere ko ye..main teka-teka)
Tiduuurrr...bilik air-cond..weee...zzzZZzZzZZzz.
No comments:
Post a Comment