$

Friday 9 January 2015

Parpu Telur

Hey ya'll!! Assalamualaikum. Selamat hari Jumaat.

Dah lama saya tak update cerira pasal masak-masakkan. Sebab saya pemalas masak. Bukan sebab saya takut gemuk ke apa. Gemuk tu memang tetap terjadilah dah kalau ko kuat melantak masak ke tak masak ke ko tetap gemuk. Haha...emo sikit sebab kaki yang sakit tu tak baik-baik lagi ni. Masih tak boleh lari. Badan makin mengembang. 

So anyway, semalam saya masak parpu teloq. Parpu teloq?? Apa tu? Masakan Penang. Jom lah kita terus ke bembahan nye ye. Kejap lagi nak pergi urut kaki:-

Bembahan:-

Ha nampak tu? Sebab ahli family sya 4 orang so telur kena seorang sebiji. Kalau tak nanti ada yang berkecil hati. Hihi...tipu je. Ini pun saya paksa husband saya makan. Biar dia gemuk. Biar dia kalah cabaran perut siapa kempis. Tapi dia bijak. Dia buat-buat ada meeting sampai malam. Lepas tu dia makan sikit je. Hoh...benci!!

Eh..bembahan:-
4 biji telur ayam
1 biji kentang belah 4
2 biji tomato belah 4
2 inci carrot potong wedges gitu
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
4-5 batang cili kering
1 genggam kacang dhal
1 dahan (dahan ke nama dia..bantailah) daun kari
1 kotak santan
Sedikit serbuk kunyit
Garam, serbuk perasa

Mula-mula ambil kuali puan-puan yang paling cantik. Hidupkan api. Rebuskan kacang dhal tu sampai empuk. Tak lama sangatlah. Biarkan je atas api tu sempatlah pergi solat Asar dulu.

Lepas dah empuk kacang tu, boleh masukkan kentang & carrot. Bila rasa-rasa dah agak lembut kentang carrot tu. Boleh masukkan santan & serbuk kunyit Bila dah agak empuk kentang & carrot boleh masukkan bahan-bahan perasa. Adjust lah kasik cukup masinnya.

Bila dah agak-agak rasa teruja, boleh la masukkan telur sebiji demi sebiji. Kalau sampai esok tak teruja jugak lagi..maka...tutup sajalah api tu. Cancel lah memasak. Pergi je beli nasi campur kat kedai Mak Andak di depan rumah. Hihi. 

Anyway...saya yakin puan-uan mesti rasa teruja..maka boleh lah masukkan telur sebiji demi sebiji. Letakkan lah di tempat yang berlainan. Supaya nanti dia tidaklah bertindih. Sebijik letak di bahagian utara kuali, sebiji di bahagian barat, timur, segala-gala bahagianlah kalau boleh. Barat daya timur laut pun boleh. Janji dia tak bertindih. Barulah nanti telur masak cantik je dan puan-puan nampak seperti chef handalan di mata suami puan-puan. Telur tu jangan kacau kuat-kuat ye. Kita nak kasik dia cantik je sebijik sebijik. Takmo hancurkan faham?! Eh..tak..saya tak marah...sila baca dengan intonasi seperti kata-kata nasihat

Bila telur dah masak cantik maybe dalam 3-4 minit tu masukkan tomato kacau-kacau manja-manja je. Tutup api 

Lepastu dalam kuali yang lain bolehlah goreng cili kering, bawang besar, bawang putih, daun kari sampai garing berbau wangi lah. 

Lepas dah garing tu baru masukkan dalam kuali yang dah siap ada telur kita tadi. Orang kata tumis darat. Entah apa maksudnya..lantaklah. Tapi ikut jelah cakap saya ni ye..darat pun darat lah. Janji ginilah methodnya. Nampak tu bawang saya cantik je garing dia.nampak tak nampak tak? Handalkan saya.

Tuh..dah masukkan semua. Cantikkan lauk kita...ummmm...dap..dap..

Kacau-kacau manja-manja. Siap!!!! Ambik piring kecik bolehlah rasa sesenduk...ummm...tak pun senduk je nasik terus ajak suami & anak-anak makan. Senang je kan!! Tapi gerenti nampak macam chef handalan.

Saya kawankan lauk saya ni dengan ayam goreng. Anak-anak saya suka lak ni mungkin sebab tak pedas pun. Dan bagi orang yang suka pedas, boleh le kunyah je cili kering goreng tu. Sedap ok! Tak tipu.

Pagi tadi anak saya minta saya panaskan balance lauk ni sebab dia nak cicah dengan roti. Sedap jugak. saya tertelan-telan air liur lagi sekali tengok dia makan. Nak mintak sikit malu pulak sebab tadi awal-awal dah kata takmo lah..ibu diet.

Haha...ok..selamat mencuba. Hingga ketemu lagi....bye bye!!


3 comments:

Diana Ishak said...

kau mesti pandai masak wadeh kan?
kalau terer buat resepi bergambar satu

diana said...

Itu namanya ikan di laut, asam di darat. Tumis darat aku rasa tumis di kuali/darat yang berlainan :D . Jangan jadi kendarat sudeh.
Tangan aku pun sakit Atan. Ini semua tanda usia apa ni, lambat elok. I hate okeh

MK said...

Di: wadeh? pernah buat tp rupanya jadik horror sbb aku malas rendam dhal tu lamo bona. Aku suka buat mende yang bidan terjun je.

Ana: bebawak lah gi berurut ye nak...