$

Monday, 24 May 2010

Spaghetti Bolognese

Hello love!! How's your weekend?

Last Friday, seperti biasa MK ada berbual mesra dengan kekasih gelap mengenai apa yang nak dimasak untuk keluarga tercinta kami. TunTun nak buat roti jalo. Which is MK tak reti - never tried. I should tho... sebab PakMir sangatlah suka makan. Dia selalu beli roti jalo kat stall depan umah kami tu. Bolehlah tahan rasanya tetapi karinya cair!! Ewaahhh komplen kari orang konon...kari awak tu sedapkah? Ehhh..sedap pe..

So... balik dari menjemput Bayong & Yen, terus ke kedai runcit baru kat tepi rumah tu dengan harapan terjumpa dengan acuan buat roti jalo itu. Tetapi malangnya gagal. Sedang bermuram durja sedikit, tiba-tiba ternampak spaghetti berbungkus-bungkus, ditambah pula ternampak spaghetti sauce mixed itu brand apakah? Ermmm Campbell kot. Tomato mushroom ke hapa tah.

Jom tengok resepinya;

Bembahan:-
250gm Spaghetti
1 sudu besar garam
1 periuk air (untuk rebus spaghetti daa...)
1 piring shredded beef (MK cincang sendiri)
3 ulas bawang putih -diced(itu je yang tinggal kalau lagi banyak lagi sedap)
1 biji bawang besar - diced
1 batang carrot - diced
1 biji capsicum - diced
10-12 sudu besar spaghetti sauce (MK guna brand campbell - flavour mushroom apo tah)
2 sudu besar susu pekat atau orang terengganu panggil susu pekak..hihih (sila maklum- ini adalah ingredient rahsia MK okek!! well sekarang sudah tidak rahsia lagi huummmmmm)
1 cawan air
1/2 kiub ayam/daging
5 sudu besar olive oil terlebih dara (extra virgin)

Cecara:-
  1. Jerang air dalam periuk, letak garam 1 sudu besar. Biarkan mendidih - pastu baru masukkan spaghetti Kacau sekali sekala, bila dah lembut, masukkan 2 sudu besar olive oil. Untuk tak bagi dia melekat-lekat kelak di hari muka.
  2. Bila dah siap, toskan, letak dalam pinggan/mangkuk corelle. Guna corelle saja tau - kalau guna brand lain tak sedap! (hihi tipulah - guna daun pisang pun boleh jadi sedap...jangan bimbang)
  3. Okeh, jom buat sauce!! Panaskan olive oil dalam kuali, tumis bawang putih & bawang besar sampai layu.
  4. Masukkan kiub ayam/daging kacau rata.
  5. Masukkan carrot, capsicum & daging cincang
  6. Kacau selalu, sampai daging tukar golden colour cheewahhh!
  7. Pada masa ni Bayong Adam dah jerit-jerit tanya dari living room "ibu masak apa niihhh? sedap baunya"
  8. Aha... sekarang masa untuk secret ingredient! Campurkan 2 sudu besar susu pekat manis tadi dengan segelas air suam.
  9. Pastu masukkan dalam kuali tadi sambil kecilkan api. Kacau rata.
  10. Nanti dia berbuih-buih tau - jangan panic, itu adalah kerana daging itu terkejut menerima kehadiran secret ingredient. Hihi...
  11. Bila dah pekat, pastu rasa-rasanya daging dah empuk maybe lebih kurang 10 minit kot. Barulah masukkan sauce dia tu dalam 10-12 sudu besar. Ikut pandailah ye.
  12. Kalau pekat sangat, MK benarkan puan-puan campurkan lagi 1/2 gelas air.
  13. Kacau rata, kecikkan api ke tahap paling minimum - pergi mandi!! MK masak lepas balik kerja da... masyam sket tu yang kena mandi dulu sebelum PakMir balik. Nanti bila dia dah sampai boleh terus hug-hug "Selamat pulang Fruit Heart Ku" (buah hati) hihihih...
  14. Pas mandi cepat-cepat jenguk sauce kita, rasa-rasa, puas hari padamkan api.
  15. Siap!!

Bahan bukti ketama

Bahan bukti kedua

Bahan bukti yang tak berapa masuk 'book'

Somehow I found this picture funny sebab sampai keluar-keluar air liur. Tapi if puan-puan geli...sowwyyy!!!

OK - hingga ketemu lagi pabila MK update resepi Nasi Karut nanti ok!! Till then 'Sayangilah Keluarga Anda'

3 comments:

Mak Ton said...

sungguh sedap spagettti ituuuu....
tapi setelah melihat gmbr terakhir sudah terbantut pulah... ehehhe...

tapi commeyyyyy muka yen ngan lidah terjelir.... panjang lidah nye ek...

Anonymous said...

hahahahaaa, panjang gilaaa ayaq yok si bam bam.. hahhaaaaa

MK said...

Tun- budak itu sememangnya tiada kata-kata dapat menggambarkan perilakunya - speechless!!

k.dalia- Bayong yang nampak gambar air lioq tu. Masa MK snapped tu tak perasan. eeeiiiii