$

Thursday 15 March 2012

Bagaimana Soft Shell Crab Terjadi

Saya memang suka makan ketam. Lagi-lagi soft shell crab. Dulu masa kecik-kecik ibu kadang-kadang beli kat pasar. Saya kagum sebab kulit dia lembut & boleh dimakan. Selain ketam, udang juer ada yang soft shell.

Masa kecik saya tanya ibu bagaimana terjadinya soft shell crab/prawn ni. Ibu kata semasa bulan mengambang, ketam/udang bersalin kulit. Saya tanya sampai setakat tu je. Tak de pulak saya tanya lagi.

Bila dah besar ni saya masih suka makan soft shell crab. Selalunya Soft Shell Crab Temaki kat Sushi King. Ada orang kata proses terjadinya kulit lembut ni apabila kulit ketam dikopek semasa ketam masih hidup & ketam dimatikan. Samada terus dimasak atau ditidurkan dalam peti sejuk. Wallahualam. Macam kejam ek..sakitlah dia kopek kulit dia hidup-hidup. Tapi saya pikir balik. Kalau kopek kulit ketam tu maknanya nama dia mesti ketam biasa bukan ketam kulit lembut. Sebab semua ketam pun kita kopek kulit dia sebelum masakkan. Tapi kita selalu masak pun ketam tu dah mati.

Saya pun meng-google lah saya dapat jawapan dia.

Bila sampai waktunya, ketam-ketam akan bersalin kulit. Caranya begini, ketam-ketam akan menyerap air dengan banyak & tisu-tisu badannya akan membengkak sehingga kulit lama itu tidak dapat lagi menampung maka ia terpisah dari badan ketam kecintaan saya itu.

Pastukan, ketam tu pam air melalui tisu badan dia in order to inflate kulit baru dia dalam saiz yang lebig besar. Selalunya 1 kali proses akan membesarkan ketam sebanyak 1/3 daripada saiz lama dia. Selalunya kulit baru ini mencapai saiz penuh dalam masa 6 jam.

Kulit baru ini akan mengeras dan menebal dengan bantuan air garam. Proses penebalan & pengerasan kulit mengambil masa 2-4 hari. Itu pasal bila kita keluarkan ketam tu daripada laut, kulit dia tak jadi keras. Proses tu terbantut. Sumber

Dalam bahasa pasarnya:-  Tujuan bersalin kulit ialah untuk tumbersaran. Kulit ketam keras, ia tak elastik macam kulit kita. Untuk membesar, kulit baru yang lebih besar diperlukan untuk menggantikan kulit lama. Kulit baru ni mulanya lembut je, lepas tu akan mengeras.

Maka, semasa proses pengerasan ni selalunya ketam-ketam tidak akan makan & akan mencari tempat perlindungan daripada pemangsa. Sebab dia sangat fragile. Sayalah antara pemangsanya tuh..hihihi

So...semasa proses inilah ketam-ketam ditangkap & dijual di pasar.

Meh kita tengok proses bergambar kejadian kebesaran Ilahi ni jom!! Klik SINI

Saya pun beli.

Saya pun masak kotam balado potai.

Jadi mungkin teori Ibu saya itu ada kebenarannya. Nanti saya buat research betul ke ketam melakukan proses pembesarannya sebulan sekali tatkala bulan mengambang?

Kita nantikan episod seterusnya. Baca sendiri owh Ibu saya genius!!! Walaupun dia hanya sekolah sampai darjah 5 je. Sini


P/S: I love you ketam lembut!!!!! Nak beli lagi!



7 comments:

. said...

disebabkan bertubi2 entry psl softshell crab maka smalam i makan (read: makan sahaja, bukan masak) softshell crab yg mmg sungguh lemak merdu/lunak/enak. rasa ketam tp minus all those effort to kopek/korek/ketuk/sedut. and during those melahap time i keep on wondering spesies ketam apa ni or at least knapa dia lembut.. ingat nak gugel kejap lg tp mk dah buat entry penuh info ni..
p/s - i seriously think that am gonna be one of the pemangsa

MK said...

sedapkan.... there you go!!

kat giant bhgn frozen selalu ade ketam ni. RM5/piece selalunya. gi beli gi beli. potong 2 & terus goreng tayah garam kunyit pun sedap! makan sampai tergeleng2 ok

Nashays said...

tetiba merindui soft shell crab di sushi king..

ingatkan ketam kulit lembut ni spesis lembut rupanya ketam bersalin kulit..gigih MK menggugel informasi..muehehehee

MK said...

hihihi..harus dek..

Unknown said...

belum penah try...to BC pun da buat terliur..agak2 kt jusco ade Jual x.nak try masak..

Unknown said...

Nk try...kt jusco a er Jual x

Unknown said...

belum penah try...to BC pun da buat terliur..agak2 kt jusco ade Jual x.nak try masak..