$

Thursday, 15 March 2012

Soft Shell Crab Balado Potai

Selamat Hari Khamis.

Stock lauk pauk masih ada dalam fridge, so janganlah kita malas masak ye adik-adik. Moh masak Ketam Kulit Lembut Aww!

Walaupun ketam jenis ni mahal, tapi saya rasa ia sebenarnya menjimatkan. Sebab semuanya, saya ulang semuaaaaanya boleh dimakan. Masuk perut. Tak ada la kita terhisap-hisap tergigit-gigit, bibir tersangkut kat duri sepit ketam tu ok.

Just potong 2 ke potong 4 ke, goreng & masak belado. Tambah potai di hujung acara pemasakan. Saya sorang je pun yang makan petai tu. Ahli pasukan yang lain tak makan. Tapi saya tak boleh makan banyak-banyak sebab nanti sakit perut yang macam kentut tak boleh nak keluar tu..hahahaha grosssss... So saya masukkan 4 biji je itu pun hiris 3 ok.

Kotam Balado Potai

Dikawankan dengan kobis cina goreng campak-campak & telur dadar request dari Bayong budak baik.

Sekian, selamat memasak!!!

P/S: Malam ni malas masak, sila beli burger jalanan ye! Ayam special 1 please!

2 comments:

Sidratul Muntaha said...

mlm ni den pun maleh nak msk.
tapau jolah...

emma said...

tapi... kesian ketam tuh masa kena bukak kulit dia sebelum jadik soft tuh...

wakakaaka!!