Haha..sorry ladies... lama giler tak habis-habis lagi posting pasal Bandung. After balik je dari cuti kan..schedule super full & tight. Dengan nak berhenti kerja, dengan nak settle kerja baru, kena pergi sekolah anak nak ambil report card. Lepas tu anak sedara bertunang. Dates dengan colleagues yang belanja makan, girlfriends night out, macam-macam.
So this will be the final entry about Bandung which dah nak terlupa pun apa-apa yang terjadik kat sana..hihi.
Tukar duit siap-siap kat Malaysia. IDR1000 = RM0.30 Lebih kuranglah. Lepas tu buat listing kecik, lekatkan belakang calculator ke. Like I did lah. Itu pun kalau puan-puan sama hobi mengira macam saya. Actually bukan hobi kot. Saje je..memang mata duitan..hihik.
Contoh:-
1000 = RM0.30
50,000 = RM17
100,000 = RM33.50
1,000,000 = RM335
Senang je IDR convert to RM = Darab 0.000335 (ikut currency semasalah kan). RM convert to IDR bahagi 0.000335. Bawak duit actually 2-3 ripu duit kita pun dah boleh shopping 5 bag macam kami. Tapi memang asyik terasa tak cukup lah kan. Habis tu ko nak bawak berapa? 10k?? Silakan. Memang tetap rasa tak cukup.
Kami pergi 3 hari kan. So saya memang siap-siapkan 5 envelope. Actually 10!! Sebab saya buatkan untuk Weq juer. Bertuah sungguh budak tu semua saya siapkan. Dia bawak bontot je tau. Actually memang saya suka buat. Saya kan control freak!! Hiks!
Contoh:-
Sampul hari 1 = 2 juta
Sampul hari 2 = 2 juta
Sampul hari 3 = 2 juta
Sampul 4 = 75,000 (untuk airport tax)
Sampul 5 = Duit untuk supir.
Supaya tak terhegeh-hegeh korek-korek handbag untuk carik duit. Bahayakan bawak duit banyak-banyak ni. Duit yang nak guna letak kat tempat yang senang nak ambil. Duit untuk hari lain letak dalam zip dalam handbag ke ok. Sila bawak sling handbag. Sila letak handbag kat depan. Jangan jalan lenggang kangkung terhegeh-hegeh especially kat Pasar Baru. Tempat sempit ramai orang. Pastu dia tau kita pelancong kan. Sila berhati-hati setiap masa. Tempat orang kan...gitu le. alangkan kat tempat kita pun kena tipu, inikan pulak kat tempat orang.
Airport tax tu mesti asingkan siap-siap ok. Kang tetiba dah takde duit nak bayar tax. Kenalah menyanyi ke buat show ke kat luar airport tu untuk kumpul duit pulak kang. Haru...Duit supir tu kami siap bagi lagi 100,000-200,000 extra. Saje je untuk tips Pak Endang sebab dia baik hati. Sila la..tak banyak pun kot RM30 je duit kita.
Hotel - Carik hotel siap-siap sebelum pergi. Kalau nak gamble carik kat sana pun boleh. Tapi mind you, selalunya penuh. Kami pergi hotel biasa-biasa je. Sebab memang pikir bukannya nak pergi honeymoon, just untuk tidur, mandi & simpan barang je. Fikir apa aktiviti yang puan-puan nak do most. Like us - shopping. So carik hotel yang berdekatan like Jalan Riau or Jalan Dago yang penuh dengan Factory Outlet Store.
Kalau asyik nak beli kain ela or telekung carik yang dekat dengan Pasar Baru. Type je kat google tu or agoda.com tu. Berpuluh nanti keluar nama hotel.
Transportation - Memang banyak & senang. Tapi for first timer dinasihatkan ambil supir. Tak mahal juer. Kami sewa avanza dia bukak harga sehari dalam IDR450,000 = RM150. Sila pandai-pandai mintak kurang. Kalau pergi berdua atau bertiga lebih jimat. No. telefon Pak Endang 006285322711666. Boleh mention nama saya (Intan) jangan pulak cakap Mak Kintan, memang Pak Endang tak kenal.
Owh..kalau ada yang perasan masa hari pertama kami sampai tu saya tulis nama supir = Pak Wahyu. Memang pun...sebab Pak Endang masa tu tengah hantar satu family lain ke airport. Petang tu baru Pak Endang took over. Pak Endang sangat best...semua pun "Santai aja Buk, santai aja"
Kalau nak naik public transport pun ok je. Tapi naik teksi Bluebird saja. Jangan naik yang lain. Sebab yang lain tak pakai meter. Tapi korang tempah supir jelah. Senang giler. Dia ikut je mana korang nak pergi. Boleh simpan barang dalam mobil. InsyaAllah boleh dipercayai.
Itinerary - kalau boleh sila google itinerary tiru je mana-mana travel agent kat internet tu. Senang kalau ada itinerary sebab tau mana nak pergi. Takde le kejap ke utara pastu selatan pastu nak ke utara balik. Kalau tak sure boleh tanya supir. Listkan juer, kat Pasar Baru nak beli apa, berapa quantity. Ehh...ni ikutlah kalau control freak like me ok. Kalau tak suka hati ketiak korang lah. Janji happy.
Tangkuban Perahu - Better pergi pagi-pagi buta. Like 8.00am waktu sana. Kat sana jangan lupa beli strawberries & segala bala berries yang ada. Jangan kena tipu. Harga yang betul dalam IDR20,000 saja. Derang kaan tekan harga sampai IDR50,000 pun ada ok. Ingat tau!! Habaq gini "Kami udah selalu ke mari Pak, biasanya harga 20 ribu saja..gitu"
Orang jual-jual - sila larikan diri kalau takmo beli. Tak payah la gatal-gatal nak belek-belek ke tanya harga ke ye. Nanti kalau korang tak jadik beli dia akan ikut dari atas saaaaaammmpai bawah ok. Tak jemu-jemu dia. Rasa macam nak sepak pun ada. Tapi nasib baik saya dah mendapat tips ni. So buat tak dengar je. Buat macam derang invisible. No eye contact, no word. Heheheh...tapi derang tak de le garang macam bangla or cina kat Petaling Street tu. Tu ala-ala samseng kan..hish.
Flight - Nak tambang murah silalah book setahun lebih awal. Kami book kejap-kejap tu terus pergi je so tak dapat yang murah sangat. Sila book luggage like 30kg seorang. Lebih pun ok kot. Takde le merunsingkan pemikiran macam kami. hihhi...tapi pakar Bandung si Mamapuza kata actually ok je seorang 30kg. Kami je yang nervous terlebih. Sila bawak beg kosong 2-3 beg..hihi...
Tempah siap-siap food masa book ticket tu. Kalau nak beli masa dalam flight pun ok je. Tapi selalunya makanan yang kita nak tu dah habis. Sebab dia akan kasik penumpang yang dah book siap-siap. Owh..ini untuk Air Asia flight lah ye.
Kalau nak turun di Jakarta pun actually lebih murah naik KLM. Tapi...itu kalau nak lepak di Jakarta 1 malam ok lah kot. Kalau memang nak terus ke Bandung kena book supir dari Jakarta juer. Perjalanan Jakarta-Bandung makan masa like 3 hours!! Macet dong!! Tak berbaloi. Baik terus je ke Bandung. Untuk flight balik ke KL, sila check in awal-awal like 2 hours before departure time. Supaya minda tak runsing.
Makan - Kami ni jenis perut biawak. Haha..so tak kisah makan kat mana-mana pun. Tapi silalah bawak pill chit ki teck aun ke, minyak cap kapak ke, charcoal ke siap-siap dari sini ok. Persediaan gitu. Sila makan pisang keju, ikan gurame, ice cream durian, mee kocok. Brownies kukus amanda/kartika sari. Minum alpukat juice, sirsak. Kalau tak cuba almaknanya rugi. Owh..teh botol juer...sedap!!
Ok, tu je kot. Owh..last but not least, please have fun!!! Sila jangan stress...just go with the flow. You guys kan sedang bercuti...sila relax je. Happy, jangan marah-marah. Yang paling penting kalau pergi dengan kawan silalah carik kawan yang betul-betul sekepala & sporting macam saya & Weq!! Kami sangaaaaaatttt enjoy!!! Kena tetapkan hati "Aku pergi nak shopping, nak jalan-jalan dengan kawan baik aku, jom kita relax & chill je orait!!"
Gitu.... have fun y'all!!!!!
1 comment:
Assalamualaikum Wr,Wb,. Tuan /Puan
Saya Tony dari Mutiara transport Bandung, menawarkan kereta yang baik dan selesa untuk sewa dengan pengalaman dan pemandu mesra dalam mengendalikan pelancong. Mutiara Bandung sewa kereta menawarkan beberapa pakej untuk kereta sewa tempatan yang anda boleh pergi ke mana-mana sahaja di Bandung.
Bandung Sewa Kereta membantu anda untuk meneroka Bandung, tempat untuk membeli-belah di Bandung, tempat untuk makan dan melihat pemandangan di Bandung, panduan kami akan membantu anda meneroka Bandung City. Dan membawa memori manis.
Jika anda mempunyai sebarang soalan, jangan teragak-agak untuk menghubungi saya melalui e-mel atau sms panggilan.
Hubungi kami Bilangan +62 858 6137 8328 ( Whats app bersedia ) atau email: tonybandung@smartfren.blackberry.com
Kereta + Pemandu + Parking + tol + makan pemandu ( semua dalam pakej) Bandung
Kereta Taip Daily/14 jam
Suzuki APV ( 7seat ) Rp 450,000
Toyota Avanza ( 6seat ) Rp 450,000
Toyota Innova ( 7seat ) Rp 600,000
KIA Pregio ( 10seat ) Rp 650,000
Isuzu Elf ( 11-15 tempat duduk ) Rp 750,000
Isuzu Elf Long 16 tempat duduk IDR 950,000
* semua dalam pakej termasuk pemandu, petrol, tol, makan pemandu.
Mengenai untuk pengesahan tempahan kereta kita perlu maklumat penerbangan anda / nombor atau nama hotel di mana anda tinggal di Bandung. Kami percaya pelanggan kami. Apabila anda mengatakan bahawa tempahan kereta untuk tarikh tertentu disahkan, maka ia disahkan. Kita tidak memerlukan wang pendahuluan . Sila ingat bahawa Kami akan menjemput anda jika anda mengatakan bahawa tempahan kereta disahkan.
Jika anda mempunyai sebarang soalan, jangan teragak-agak untuk menghubungi saya melalui e-mel atau sms panggilan.
CALL / hubungi / sms / Nego / konsultasi percuma :
HP / SMS / CALL : +62 858 6137 8328
WhatsApp : +62 858 6137 8328
pin blackberry : 30D1 82F0
email: tonybandung@smartfren.blackberry.com
Post a Comment