$

Wednesday 9 February 2011

Tips Di Dapur

Haiiii....bertemu kita kembali dalam rancangaaaannn....Moh Dogheh Masak!!!! Hari ini Chef Kintan bukan nak masak, tetapi ingin berkongsi tips-tips di dapur ye puan-puan. Banyak tips boleh didapati daripada chef-chef terkemuka seperti MasterChef Leha, ExecutiveChef Angah Liza & Chef-chef kengkawan rapat yang disayangi. Owh- jangan dilupai tips yang didapati di internet!! Semua itu berguna untuk penjimatan kita kaum-kaum ibu yang bercita-cita membeli handbag gucci, coach dan sebagainya. Tak lupa juer cita-cita ingin melancong & melencong bersama keluarga.

Bila kita dapat menjimatkan uwang yang telah dibelanjakan di dapur, maka pastinya tabung kedapuran kita makin lama makin penuh. Yahhuuuu... Eh..itu sudah satu tips itu.... 'Tabung Kedapuran' y'all!!!!

Banyak bona pulak bebel eh...jom tengok tips. Satu...dua...mula:-

Ehem..ehem.. (clear throat) nih MK translate dari some website that I found recently.

Mari jimatkan $$$ dan perjalanan ke pasar dengan tips-tips dari Rebecca DiLiberto’s Penny Saving Household Helper. Puan-puan akan terkejut betapa mudahnya untuk mengekalkan kesegaran makanan dengan cara terhebat.


1. Letak 2,3 lapis kitchen towel dalam tempat simpanan sayuran puan-puan. Ia akan menyerap segala lelehan (lelehan??) errr...lembapan berlebihan yang dikeluarkan oleh sayuran yang menyebabkan sayur kecut/busuk. (Ni.. Kak Jah tayah buek laaa... dio pemaleh makan sayur).

2. Pernah tak puan-puan alami, bila kita tengah nak masak celery or carrot yang kita simpan dalam fridge tu tiba-tiba kita tengok ianya dah hilang keanjalan (kecut daa...) dan tidak crunchy lagi. Ahh..ini case masak seminggu sekali macam MK lah ni. Jangan bimbang!!! Campak je carrot tu dalam mangkuk berisi air sejuk berais dengan sehiris kentang. Saksikan sayur kocot itu kembang fresh semula...tadaaaaaa magic! 

3. Kalau beli pisang, bila nak makan tu barulah ceraikan pisang tu dari sisir dia. Pisang akan lambat busuk bila ketika berada dalam sisirnya. (fuuhhh 'bila ketika' tinggi betul taraf bahasa Melayu Mk ni kan..hah)

4. Percaya tak bahawa madu lebah tidak ada tarikh luput? Ahaa..sila percaya..ini adalah kata-kata dari pakar ye. Jangan buang madu tu bila nampak dia dah tak jernih atau pun dah jadik macam cloudy tu. Masukkan madu tu dalam microwave medium heat panaskan 30 saat. Nescaya madu tu akan clear as crystal kembali. (Ini sessiapa dah cuba sila hantar report kat MK ye, hari tu Mk baru je buang 1/2 botol madu sebab dia dah jadik macam kepul-kepul awan)

5. Kalau kita nak tau telur ayam kita tu fresh lagi ke tak atau telur tembelang rendam dalam air. Kalau dia tenggelam maknanya ia fresh. Macam cerita Nujum Pak Belalang kan...
6. Untuk elakkan dari cendawan kesayangan puan-puan itu berair ketika disimpan dalam fridge, balut dengan kitchen towel sebelum disimpan ye.

7. Selalu container makanan, tupperware atau tippuware kita ada keluar bau semacam je kan. Untuk hilangkan bau tu, crumple kan surat khabar lama pastu letak dalam container tu semalaman. Esok boleh buang paper lama tu & cuci container kita. Bau hilang!!!

8. Bagi pencinta coffee seperti MK, kadang-kadang kita tertamak membuat coffeekan pastu tak habis. Ahh..janganlah buang. Cuba simpan dalam freezer, jadikkan ice. Esok pagi, bila kita buat coffee baru, letakkan 2,3 ketul ice cubes berperisa coffee tadi dalam coffee baru kita. Coffeeee...coffeee...kopi lah!!! Omputes sangat....

9. Bila kita boiled noodles/spaghetti bila dah masak mee tu, tapis air panas keluar dari periuk tu pastu cepat-cepat letak air sejuk (air masak) dalam periuk tu pulak. Mee puan-puan akan cantik je tak melekat-lekat.

10. Jangan simpan bawang & kentang toghether-gether, kentang akan cepat busuk.

Ada banyak lagi..... nanti MK bagi lagi ek. Tips halau cicak, tips baju luntur dan sewaktu dengannya. Tata!!!

3 comments:

Tijah said...

elehhh. ape kellas letak kicen towel. nak serap lelehan kita pakai libresse jer.

ehh...

chics said...

Wahh thanks kak! Berguna ni.

MK said...

Kak Jah: Libresse? aiyooo... hahahaha

chics: hihihih.. maseh dek chics