$

Saturday, 12 February 2011

Chilli Crab

Assalam, Salam Sabtu. Makan apa malam ni? MK baru je kekenyangan makan nasi ayam enteng. Resepi nanti Mk kasik kemudian ok. Nih kali ni nak kasik resepi Chilli Crab!!!

Cerita bermula pada hari Isnin lepas, MK puasakan. So seperti biasalah mengidam yang bukan-bukan. Nak makan Chilli Crab kat Fatty Crab Seri Kembangan tu dekat sangat dengan rumah. Dalam 10 minit je. So balik rumah bukak puasa minum air kosong je. Pakmir pun balik tepat pada waktunya. Lepas maghrib gerak ke Fatty Crab. Sadly......TUTUP!!!! Derang tak habis lagi raya cina.

Hmmm... ke Mines je lah kami..makan chicken rice shop. RM50 melayang.

So Selasa tu, tetiba je MK mendapat idea gila nak beli ketam. So lunch hour ni gigih ke Pasaraya HERO kat Bandar Sri Permaisuri. ala...belakang LRT station Bandar Tasik Selatan tu. Sekali tengok ada ketam ok!!! Being greedy as always, I took the biggest crab that I can grab. MK beli 3!!! heheheeheh.... harga RM20+. Dalam 1kg+ je. Simpan kat fridge opis. Satu opis berbau ketam. Wuuu..seb baik takde yang komplen.

Malamnya masih belum ada rezeki makan ketam tu. Terus simpan je dalam freezer sebab nak melawat arwah Ayah Lockman yang pada masa tu masih nazak lagi.

Panjang lak mukadimah ni. Resepi nye mana? Jom:-

Tuh bembahannya kecuali sawi tu la ye..sawi tu lauk lain terambik pulak gambarnya sesama. Jangan kompius okeh

Bembahan:-
3 ekor Ketam saiz besar
2 biji bawang besar
4 biji cili besar
Belacan 1 inci kiub
1 sudu kecil cuka (ini 1st time MK masak guna cuka ok. Kat rumah pun tak de cuka. Kena gi beli kat kedai acheh depan rumah)
Minyak untuk menumis
1 sudu besar sos tomato
2-3 biji tomato (blended)
4 sudu besar kicap cair
1/2 sudu kecil garam
4 sudu besar gula
Air secukupnya
1/4 sudu kecil tepung jagung + 1/2 cawan air
1 biji telur
Daun sup untuk perhiasan.

Cecaranya:-
  1. Blend tomato dulu untuk buat puree. Isi dalam mangkuk
  2. Blend bawang + cili sampai hancur.
  3. Panaskan kuali. Deep fry dulu ketam tu. Ketam tu kasik siang cantik-cantik & potong 2 ye. Ketepikan & rasa sket....sedaaaaappp.. Disebabkan ketam fresh maka serta merta tekak & bibir MK bengkak!! Iyeee....saya allergic ketam. Tak kiraaaaa...nak makan jugak!!
  4. Tuang minyak berlebihan yang goreng ketam tadi dalam bekas, tinggalkan sikit untuk menumis bawang+cili tadi. Tumis sampai wangi.
  5. Tambahkan belacan. Tumis sampai garing ye. Jangan hangus!
  6. Tambah cuka, tomato puree, sos tomato, gula & garam. Baunyaaaa...samapi Bayong Adam yang tadi kata kenyang terus tanya "Ibu masak apaaaaaaa?"
  7. Campurkan kicap, tepung jagung.
  8. Gaul-gaul kejap...rasa..ada apa-apa yang perlu ditambah sila tambah. Kalau takde...jangan gatal-gatal nak tambah.
  9. Masukkan ketam. Gaul kejap. Pecahkan telur atas dia.. gaul sampai puas hati.
  10. Hiaskan dengan daun sup.
  11. Senang & sedap.
  12. Makan panas-panas dengan nasi panas. Pengsan!!!!!! 
 Errr...naaaaakkkk lagiiii....
Nah gambar zoom sikit....ummmm..

Post mortem:-
MK tersilap bubuh tepung jagung 1 sudu besar. So gravy dia pekat sangat. Sepatutnya dia agak cair sehingga boleh dibuat cicah-cicah dengan roti. So sila ikut resepi kat atas tu je iaitu 1/4 sudu kecik je okeh!

P/S:- Masih ngidam lagi Fatty Carb..... tapi duit tabung pemakanan Fatty Crab telah dikorbankan dengan sepasang kasut wedges yang maha cantik...hihihih.... so...kena korek tabung kedapuran lagi.

Hingga bertemu lagi...tata love!!!

P/p/s:- Hari ni yelah birthday sahabat saya yang paling saya sayang iaitu Puan Matun. Akhirnya kita sama-sama remaja dah tun. Cukup 23 tahun dah kan? Pagi-pagi lagi phone aku dah menjerit-jerit bagi tau hari ni birthday ko. Semoga segala apa yang dihajati termakbul. aku doakan segala-gala yang terbaik untuk ko dan family. Selamat berpantang... pas pantang kita date ye....

5 comments:

deqya said...

Ntan.... klu lah aku tau ko sehebat ini...

dalin said...

tan.. aku benciiii.. bile aku nak buat ni tan.. nak buat lamb chop dan spaghetti ko pun tak terbuat..

chaiyok2... bagus rajin masak. aku ni selalu opt for makanan yg mudah dan semua org makan = aku pemalas.. hehe

MK said...

deq ya: kalau ko tau dari dulu ngape dekya? nak suruh aku masak kat hutan blkg asrama kita ke? keggi panggang buleh laa...

Ana: buat dia senang je ana...janji ade bembahan nyeee..

Ann Ishak said...

best makan ketam kan...tapi paling malas nak kopek kulit

MK said...

ann: kopek kulit tu yang feel lebih ann... :D