$

Thursday 10 February 2011

Shepherd pie

Yellowwww... semenjak dua menjak ni cuaca di KL agak panas kan? No..bukan komplen, saja je pembuka bicara gitu... ice breaking. Err..never mind, jom tengok apa MK masak!!

Yeahh...shepherd pie!!

Bembahan:-
2 ulas bawang putih (chopped)
1 biji bawang besar (diced)
Mixed vege (carrot, peas, corn)
Ayam (shredded)
Kiub ayam
2-3 sudu besar butter untuk tumis
Bahan-bahan perasa (sos tiram/garam/kicap) ikut pandai
Pepper
Fresh milk
Mozarella cheese
4 biji kentang

Cecara:-
  1. Kupas kentang, belah 4, rebus sampai empuk.
  2. Dalam pan lain, tumis bawang putih, bawang merah sampai wangi, masukkan ayam & mixed vege. Kalau kering sangat masukkan air sikit.
  3. Siap. Eh..belom...
  4. Panaskan oven 180' set 10 minit.
  5. Bila kentang dah empuk, mashed kan dia campur dengan pepper sikit & fresh milk. Jangan banyak sangat susu tu kang cair sangat kentang tu. MK mashed kan kentang tu kasar-kasar. Sebab suka kentang tu boleh kunyah-kunyah lebih feel.....hiks
  6. Masukkan campuran ayam, bawang, mixed vege yang dah siap tadi tu dalam loyang.
  7. Pastu letakkan mashed potato tadi atas campuran tu. Padat-padatkan sikit ratakan lah cantik-cantik ye.
  8. Last sekali taburkan mozarella cheese atas dia. Macam gambar kat bawah ni ek
  9. Bakar 20 minit atau sampai cheese melted & keemasan.
  10. Siap!!!!...Nyummmmm!!!


Nih dah siap bakar. Baunya....wooowwiieeeee

Nih dalam pinggan Bayong. Dia makan dengan nasi goreng..buat macam lauk hihih... dah kata Melayu kan..mesti makan nasik even makan makanan western.

Okeh...senang je kan. Selamat mencuba!!

P/S: MK cuti hari ni nak menziarah Uncle MK (kami panggil Ayah Lockman) yang baru je meninggal dunia malam tadi dalam pukul 11.00pm. Kebumi hari ni. Harap puan-puan yang baik hati dapat hadiahkan Al-Fatihah pada roh Ayah Lockman yang baik hati. Dia suffer from Liver cancer. Last Tuesday MK visit dia masa dia nazak tu kulit dia kuning sangat macam letak kunyit. Yelah liver dah fail kan...so kena jaundice. Semoga rohnya dicucuri rahmat yang Maha Esa. Amiinnnnn....

6 comments:

Sidratul Muntaha said...

lama dah aku tak buat SP ni mak kintan
aderlah setahun kot?
ni menu wajib once a month
buat kunyah2 si setot tu

MK said...

SM: ahh sila buat.. kasik dia kunyah-kunyah

emma said...

arghhhh tidakkk!!! mcm sedap sgt..

MK said...

emma: hihi.. sedap juer. habis sekelip mata

Ann Ishak said...

Al Fatihah kepada roh arwah

MK said...

ann: thanks babe