$

Thursday, 1 October 2009

ketam goreng dgn telur kuning masin (deep fried crab with salted egg yolk)

tolong translate sket puan2....

deep fried crab with salted egg yolk dalam bahasa melayu... blur lah petang ni.


ni mk masak masa raya ke-4. beli ketam rm30 lagi ko..sekilo lebih sbb nak masak resepi ni dah lama dah. terus ke resepi lah. ngantuknye petang ni...dah la makan karipap sardin 2 ketul tadi sedap la pulak. tambah-tambah karipap free kan...



bahan-bahan:-
  • 1 kg ketam bunga
  • 10 biji cili api (potong kecik2)
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 biji telur ayam
  • 3 sudu besar butter
  • 3 biji telur masin
  • 1 sudu kecil gula
  • 3 sudu besar susu cair
  • 2 biji bwg putih (ketuk)
  • tepung kentucky
  • garam
  • serbuk lada hitam
  • minyak masak utk menggoreng

cara:-

  1. rebus telur masin sampai masak. pastu asingkan kuning telur hancurkan guna gerpu ke apa2 la yg boleh kasik hancur. ketepikan
  2. bersihkan ketam, potong 2, celup dalam telur ayan yg telah dipukul sikit, celup pulak dlm tepung kentucky tu.
  3. goreng deep fried - asingkan
  4. bersihkan kuali, panaskan butter guna api slow ye puan-puan, tumis bwg putih, daun kari & cili api sampai wangi
  5. masukkan salted egg yolk tadik, kena kacau sentiasa ye..jgn biar hangus.
  6. masukkan bahan2 perasa & susu cair
  7. kacau kacau kacau
  8. besarkan api, tunggu sampai kuah tu berbuih kat tepi2 dia. pastu terus masukkan ketam goreng tadi kacau kacau kacau sampai puas hati.
  9. siap!!!
  10. tunggu org puji - kalau takde org puji, jangan lah makan hati, makanlah ketam tu....

kali ni mk buat tak letak daun kari. sbb tak jumpa bila carik kat pasar pagi tu. resepi ni leh ganti untuk udang pun sodap juer. jgn tak try ni..kacang bona!!

7 comments:

shikushika said...

sy nk puji, tp sy xsempat mau rase.. hihi.. tp, nmpk sodap lah kak.. hehe

darling8tabby said...

mak aihh..nampak bery der like kedai la...nak try gak la nanti..

MK said...

shikushika: tak pe dek..akak dah puji diri sendiri dah..

kakpinas: takde daun kari lah kak..kalu tak lagi nampak pro..hehe

Desert Rose said...

Mak Ai MK,

Dah 2 hari tak makan nasi ni hah, tadi nmpk tajuk entry awak ni, membuatkan saye laju2 membukanya. Waduh sedapnya lauk ketam itu dan ayam masak merah juga....waaaa sapa nak masakkan ni, aku malas de sakit2 ni.

MK said...

kasihan- kalau dekat boleh juer mk tapawkan. bubur malas juer sesuai untuk org domam

masbeautee said...

bila yer nak masukkan lada hitam

MK said...

masbeautee: erkss..dek.. mk tak nampak pulak comment awak ni. lada hitam yelah termasuk sekali dalam 'bahan-bahan perasa'

harap maklum. sowwyyy lmbt reply