$

Thursday, 27 November 2014

Praising Your Child - Pujian untuk Anakanda

Assalamualaikum - nanti suatu hari yang indah, anak-anak saya pasti jumpa juga blog ni. Pada ketika itu saya harap mereka bangga dengan saya seperti mana saya amat amat amat berbangga menjadi ibu mereka. 

Begitu juga dengan puan-puan. Waaahhh dah lama tak guna perkataan puan-puan dalam blog ni ye? Semenjak blog ni dah menjadi blog kecergasan hahaha. Dulu-dulu blog ni ialah blog masak-masak. Tu yang sikit-sikit 'ye puan-puaaaannn' 'Ye puan-puaannn" Dah bila chef MK menjadi gemuk sebab asyik masak & makan. Maka kita tukar blog ni menjadi blog kecergasan - Fitness bak kata orang kampung saya.

Ok. Ter-off topik pulak. Jom sambung kata-kata pujian untuk anak. Sebagai ibu yang serba serbi over (saya lah tu). Saya memang all out. Betul..kadang-kadang tiba mood gile saya memang saya lepaskan je semua...saya masuk bilik & tidur. Tapi itu mungkin lah 10% dari masa-masa abnormal saya sebagai ibu kot...ok lah kan....lagi 90% saya ibu yang normal.

Mana kata-kata pujiannya hoi?? Ok..ok...ni dia...saya senaraikan kata-kata pujian khaaasss untuk anakanda saya. Ada yang memang phrase yang selalu saya guna, ada yang dari internet, dah ada juga dari pendengaran & pemerhatian sekeliling.

Pujian adalah sangat penting bagi anak-anak. Actually bukan anak-anak sahaja ok!!! Orang tua pun perlukan pujian. Ini penting bagi boost their confidence level. Menjadikan anak lebih yakin, berani, pandai dan segala yang terbaiklah.

Mari lah puji anak:-

  1. Good job!
  2. Very good!
  3. Amazing!
  4. Pandai nyeeeee!!!
  5. Hebatnyeeee
  6. Ini memang apa yang kita perlukan. Terima kasih!
  7. Lebih baik dari apa yang ibu harapkan! Waahh
  8. Tahniah anak yang hebat!!
  9. Perfect!
  10. Ibu bangga dengan abang/adik
  11. Awesome!
  12. Ibu happy sangat!
  13. Ini memang kejayaan/kehebatan yang tak boleh dilupakan!
  14. Wow!
  15. Ibu memang selalu perlukan pertolongan Abang/Adik
  16. Seronoknya buat kerja/main dengan abang/adik
  17. Semua segala kesusahan, masalah, happy, sedih abang/adik adalah penting buat ibu. Sila Jom lah share cerita dengan ibu ye..
  18. Mengagumkan!
  19. Abang/adik memang berbakat!
  20. Makin hari makin tere!
  21. Tak ada orang lain sehebat anak-anak ibu!
  22. Lebih hebat dari semalam!
  23. Ajar lah ibu lukis robot tu.
  24. Cool!
  25. Ibu tau abang/adik memang boleh buat
  26. Tak ada orang lain boleh gantikan anak-anak ibu
  27. Handsome!!!
  28. Macam dalam cerita superhero!
  29. Ibu pun tak pandai buat macam tu
  30. Baru mula dah hebat? Esok mesti lagi handal
  31. Laju nyaaaa!
  32. Real lah!!
  33. Abang/adik ni memang kelakar
  34. Abang/adik memang anak ajaib
  35. Abang/adik adalah anugerah Allah yang terhebat untuk ibu
  36. Abang/adik adalah ahli Syurga
  37. Abang/adik adalah ticket ibu untuk ke syurga
  38. Doa dari abang/adik mesti buat Allah lebih sayangkan ibu
  39. Terima kasih sayangku
  40. Kalau abang/adik cium ibu..teruuuusss hilang sakit kepala ibu Kalau peluk lama-lama teruuusss hilang penat ibu.
  41. Finally........ I LOVE YOU - Ibu sayaaaaaaaaaaanggg abang/adik
OK - cubalah!!!

Macam mana tak sayang - diorang memang budak kelakar! Muaackkss!! Saya sibuk try try kasut, ini kerja diorang..



P/S: Kalau anak happy, ibu mesti 1000 kali lagi happy.



2 comments:

diana said...

hahaha.. lawak2.. betul tu semua nak kena puji. esp kids. bila puji, semakin gigih mereka berbuat baik. puji usaha, bukan hasilnya.
keep on writing tantan love.

MK said...

there's a different kind of way to praise a girl & a boy tau Ana. nanti2 lah share kalau ada rezeki :)