Hai y'all!!! Gembira tak bertemu lagi di coretan ini? Gitu.. FYI girls, right after saya letak surat resign daripada job sekarang yakni hari Jumaat 27 April hari tu, saya terus terbang ke Bandung pada hari Isnin 30/4 bersama dengan Weq yang kebetulan pun dah letak surat resign sebab dapat job baru. Alhamdulillah...
Seingat saya last saya pergi merambu ba rambu ramba dengan Weq maybe pada tahun 2002. Woaaaa dah 10 tahun ye mbak!!! Kami pergi Golok! Hihi seronok teringat trip tu. So after that semua orang busy dengan family masing-masing, beranak & beranak lagi. Tunggu anak-anak besar finally after 10 years here we are. Itu pun kira surprise ad-hoc lah juer. Like "Weq Air Asia ada promotion ni, jom gi Bandung" Weq jawab "Ok..book ticket sekarang" Terus saya book. Hujung minggu tu terus buat passport...gitu je.
Kami berdua kiranya emak-emak yang super excited dan kuat berangan. Masa buat passport tu pun siap berangan "Kito nanti kena posing-posing ambik gambar gini Tan" Kata Weq. Hihihihhi..
Flight kami 6.45am hari Isnin. Mind you, saya ni kan ibu yang nak meninggalkan anak & suami 3 hari 2 malam je pun tapi persiapan penginggalan tu adoi yaiii banyak juer. Iron baju siap-siap, beg nak pergi rumah baby sitter, nasihat serta wasiat (eh..tipu..). Saya tak boleh tidur malam tu mungkin sebab masa dinner minum nescafe tapi saya rasa sebab terlampau excited kot! Rupanya Weq pun sama.
Sampai airport agak lambat!!! Baggage check in counter dah tutup!!! Pintu check in pun dah nak tutup. Kami lari dari counter bawah ke imigresen laaaaaariiiiii sampai ke flight. Taulah kan flight A.A macam mana kan. Elok-elok kami duduk dan bernafas, flight boarding. Phewwwww....memang rasa hilang darah semua ok! Terasa kurus ok lepas berlari-lari tu..haha.
So touched down di Airport Bandara Husein Sastranegara Bandung tepat jam 8.00am waktu tempatan.
Dah sampai!!! muka excited tak dapat disorokkan
Lepas jumpa Pak Wahyu supir kami, terus ke Pasar Baru. Nak cari telekung & kain ela, lace segala bagai lah. Saya bawak duit tak banyak lagi-lagi ramai yang mengirim kain hmmm...tapi takpe excited nye memang sama walaupun banyak beli untuk orang je.
Weq mula-mula rasa macam terkejut beruk bila saya kata dengan Pak Wahyu kami di Pasar Baru dari 9am-2pm. Tapi lepas tu dia yang over ok. Sampai terlajak hingga ke 4pm. :P. Please be informed that kami pergi berdua je. Kau ambil gambar aku, aku ambik gambar kau keadahnya nya. Tulah pasal gambarnya banyak sengsorang je.
Ni masa baru sampai Pasar Baru terus beli prepaid card Indonesia nama dia Telkomsel IDR50,000. Call hubs & kids report selamat sampai & ready to rumble..haha
Ni bila dah tiba-tiba rasa tak boleh pikir apa-apa & tiba-tiba rasa bodoh. Rupanya lapar..hahaha meh makan mee kocok kaki sapi. Kami main bantai je ke kedai tepi-tepi jalan tu. Tak ade tourist pun kat situ. Redah je. S.e.d.a.p!!!
Cantiklah haiii sangat kain yang Weq pegang ni. Terus rasa macam nak kawin ok!! ni mahal sikit tapi still murah sangatlah kalau nak banding dari harga kat Malaysia.
Last-last kami lepak kat sini je. Seronok sebab dilayan macam puteri raja. Hihi...dapat orange juice & cakes & brownies free, just tunjuk-tunjuk je kain mana-mana yang berkenan sambil duduk di sofa empuk.
Ahhh ok...saya nak yang hujuuuuuunggg tu sila ambik!! Gitu....
Berebut kain bersama pembeli lain...eh..tak la eksyen je ni
Baju raya Weq si glamer
Dah kepenatan otak sebab banyak sangat pilihan sampai budak tu suruh duduk diam-diam pejam mata dulu berehat katanya. Last-last ambil 1 je untuk diri sendiri. Laahaaiiii...Tuh si Weq yang memborong sampai pengsan.
Beli telekung pulak. Ramai yang mengirim, penatnya Ya Rabbi, dah la tak tidur malam tu kan. Ni turun flight terus shopping. Ni telekung saya....beriman kan rupa saya...Alhamdulillah.....best kain dia. Tak pernah beli telekung sendiri seumur hidup...tsk.. asyik ibu belikan. Pastu telekung hantaran kawin dulu paling saya sayang..tapi tahulah kan..dah 8 tahun..kesian telekung tu. Banyak jasa dia ok...
Ni dah pukul 3.00+ carik-carik supir tah ke mana...rupanya kami salah lantai (level) last-last jumpa. Owhh...sebenarnya saya nak tunjuk kasut baru..hihihhi matching dengan baju... TunTun kekasih hati yang pilihkan kasut tu...comel kaaannnnn....
Muka-muka berminyak yang happy...
Ahh...dah sampai hotel. Hotel ni murah je IDR210,000 per night. Tapi lupa ambil gambar bilik lah. Anyway, bilik dia basic je ada katil king, ada almari, ada bathroom with hot shower. Better ambil ground floor ye sebab hotel ni takde lift.
Saya pulak nak posing. Bandung sangat dingin ye kawan-kawan. Malam tu kami tidur memang tidur kayu. Maybe sebab memang tak tidur pada malam sebelum tu & sangat penat shopping. Kami tidur tak switch on aircon dari pukul 9.00pm sampai 6.00am esoknya. Tapi berselimut sampai ke leher dua orang ok. Kalau tengok orang-orang kat Bandung ni semuanya stylo dengan jacket masing-masing.
Dinner - tapi lupa nama restoren ni. Mula-mula agak nervous sebab takut mahal. Pak Endang supir kami bawak ke sini. Mula-mula macam nak ajak pergi restoren lain tapi dah sampai kan..tak pe lah kot. Restoren dia agak grand pastu hanya kami berdua je customer dia. Masa ni dalam pukul 5.30pm agak lewat untuk lunch & pretty early for dinner maybe pasal tu takde orang kot. Tengok tu, ada calculator..hihihi..convert harga senang. Berjasa tau calculator suami saya ni. Sentiasa tak lekang di tangan.
Ikan gurame bakar, tempe goreng, chap choy, telur dadar, ulam-ulaman pastu apa bende lagi ek tauhu kot. Nasi tu memang tak habis, tapi lauk semua licin. Ikan tu besar gile macam serve dalam dulang kan. Sedap!!! Tsk tsk tsk sambil geleng-geleng kepala makan dia.
Muka kenyang gembira membelanja Weq untuk dinner. Jangan bimbang, esok Weq belanja pulak untuk lunch or dinner. Harga total IDR120,000 = RM40.00 tunaaaiiiiii. Tersengih-sengih membayarnya.
Lepas makan dah lebih kurang pukul 6.30pm. Di Bandung dah kira lebih kurang 7.30pm waktu Malaysia. FOS tutup dalam pukul 9.00pm. Penatnya Allah je yang tahu. Tapi tengoklah tu muka masing-masing berseri-seri kan. Esok sambung day 2 ok.
Tata!!!
8 comments:
yeayyyyyyyyyyyyy datang2 bandung. nanti datang lagi ye.
Seronotnya membacanya.. Xsaba nk baca day 2.. Kalo dpt pegi lagiiiiiii xtentu arah aku... Huhu
kalian adalah jelita okeh..cerita lagi..lagi-dakdianalayola-
Win: Hihih...suke baca blog ko..sila rajin update ye mbak.
TunTun: kalau ko kat sini mmg ko tak keruan. mmg akan aku marahi saje spt biasa sbb ko tu slalu hilang ingatan ketika shopping kan
Dak ana: bibiana layola...hahahaah lama aku tk dgr nama tu ana. hihihi
hi boleh tahu telekung yg u beli dalam berapa rupiah ye? nak survey telekung nak beli di sana.thanks
hello azzabuttercheese, telekung yg saya pakai tu IDR190,000 lebih kurang RM64. sgt sejuk & selesa pakai sebab labuh. yang lagi murah pun ade, yang lagi mahal pun ade. yang kualiti maybe started from IDR75,000
harap membantu!!
yeke..ok tq..yelah ramai yg kirim..tak tahu budgetnye..kata je rm 50..thanks again
Assalamualaikum Wr,Wb,. Tuan /Puan
Saya Tony dari Mutiara transport Bandung, menawarkan kereta yang baik dan selesa untuk sewa dengan pengalaman dan pemandu mesra dalam mengendalikan pelancong. Mutiara Bandung sewa kereta menawarkan beberapa pakej untuk kereta sewa tempatan yang anda boleh pergi ke mana-mana sahaja di Bandung.
Bandung Sewa Kereta membantu anda untuk meneroka Bandung, tempat untuk membeli-belah di Bandung, tempat untuk makan dan melihat pemandangan di Bandung, panduan kami akan membantu anda meneroka Bandung City. Dan membawa memori manis.
Jika anda mempunyai sebarang soalan, jangan teragak-agak untuk menghubungi saya melalui e-mel atau sms panggilan.
Hubungi kami Bilangan +62 858 6137 8328 ( Whats app bersedia ) atau email: tonybandung@smartfren.blackberry.com
Kereta + Pemandu + Parking + tol + makan pemandu ( semua dalam pakej) Bandung
Kereta Taip Daily/14 jam
Suzuki APV ( 7seat ) Rp 450,000
Toyota Avanza ( 6seat ) Rp 450,000
Toyota Innova ( 7seat ) Rp 600,000
KIA Pregio ( 10seat ) Rp 650,000
Isuzu Elf ( 11-15 tempat duduk ) Rp 750,000
Isuzu Elf Long 16 tempat duduk IDR 950,000
* semua dalam pakej termasuk pemandu, petrol, tol, makan pemandu.
Mengenai untuk pengesahan tempahan kereta kita perlu maklumat penerbangan anda / nombor atau nama hotel di mana anda tinggal di Bandung. Kami percaya pelanggan kami. Apabila anda mengatakan bahawa tempahan kereta untuk tarikh tertentu disahkan, maka ia disahkan. Kita tidak memerlukan wang pendahuluan . Sila ingat bahawa Kami akan menjemput anda jika anda mengatakan bahawa tempahan kereta disahkan.
Jika anda mempunyai sebarang soalan, jangan teragak-agak untuk menghubungi saya melalui e-mel atau sms panggilan.
CALL / hubungi / sms / Nego / konsultasi percuma :
HP / SMS / CALL : +62 858 6137 8328
WhatsApp : +62 858 6137 8328
pin blackberry : 30D1 82F0
email: tonybandung@smartfren.blackberry.com
Post a Comment