$

Monday, 7 February 2011

Habit

Puan-puan ada habit? Habit ye..bukan habitat... menurut kamus ensaikokintan, habit yelah perangai atau peel. bunyik pe'el bukan peel=kopek. Kopek = kupas bukan buah dada..opsss!! haha! Habit juer boleh dikatakan kebiasaan yang selalu dibuat, routine. Kot (wallahualam...cheewaahh cas ustazah jap)

Hmm...ni MK senaraikan dulu my own habit. Be it bad or not so bad lah:-
  1. Kalau puasa, suka countdown waktu berbuka. Hihih...owh BTW hari ni MK puasa so.. lagi 8 jam untuk berbuka. Tsk..tak baik tau kira-kira waktu berbuka..eh iye ke?
  2. Kalau puasa, suka google resepi or gambar-gambar makanan untuk mencari idea masak untuk berbuka. Err...
  3. Suka belikan hadiah disposable diapers untuk kawan-kawan tersayang yang baru dapat baby. Sebab rasanya diapers sangat berguna kan..kan.. pastu pulak nak kena guna banyaaaakkk...kat rumah MK ni senang je dapat diapers murah daripada pasaraya Gergasi, Taska, atau pun Kafu. (owh-bagi yang belom dapat hadiah diapers tu bukan bermakna puan-puan tidak disayangi, mungkin ketika itu hadiah rompers lebih cantik kot.
  4. Selain diapers, MK paling suka hadiahkan rompers/jumpsuit untuk babies!! Eiiii comellah pakai rompers!!
  5. apa lagi ek? Suka cuci kain malam-malam lepas balik kerja dengan harapan nak sidai sejurus selepas kejadian mencuci, tetapi janji tinggal janji, selalunya bangun pagi esok baru sidai. Hmm.. oleh itu silalah gunakan sabun cap Attack!! Err..ini iklan tidak berbayar ye. Sebab ditinggalkan semalaman dalam machine pun baunya tetap wangi. Sekarang dah ada sabun+softener, 2 in 1.
  6. Bila lipat kain suka lipat baju yang besar-besar dulu dengan harapan gunung kain akan menjadi rata soonest possible. Pastu suka delay-delay lipat kain yang kecit (spender) sebab leceh aahhh... dah lah menggunakan effort yang sama, tetapi ia bersaiz kecik. I hate u spenderrrrrrr!!!! Tapi last-last kena lipat juer.
  7. Malas sikat rambut, sebab nanti rambut gugur. Ahaha..nonsense kan.. even tak sikat pun gugur juer.
  8. Malas berbalas-balas SMS. Sebab kata Simple Message Services habis tu kalau dah berbalas-balas panjang-panjang lagi baik call saje kot. Tapi bila orang tak reply text marah pulak ye? haha
  9. Suka tarik kulit yang kat tepi kuku tuh. Pastu cedera parah kan? Jari bengkak giler..nak bengkok pun sakit. padanlah muka
  10. Last but not least..fuuhhh boleh pikir sampai 10 weehh kintan!! takde keje ke? takde...semua mood raya lagi. Suka pokok bunya. Tapi tak suka tanam...beli je lah..pastu siram...senang!
Ada lagi kot.... puan-puan ada habit? Jom share!!

P/s: Maka dengan ini saya nak mengucapkan TAHNIAH BESAR (big congrats) to my 2 beautiful friends yang telah selamat melahirkan baby mereka. Iaitu Puan Matun kekasih gelap kesayangan kalbu hamba dengan anak lelaki yang sekian lama ditunggu. Dan Puan Eyda adikku yang dekat tapi jauh gitu..sebab jumpa ketika on the way balik kerja saja. Eyda dapat baby girl.

Owh - kedua-dua babies lahir pada 3/2/11 CNY hari tu. Happy for both of you!! Dua-dua beranak normal..Girrlll power!!!!

Hah!!! Dah jangan nak suruh MK buat baby pulak yeeee......heeppp biasa diaaa tuh!!