$

Tuesday 7 May 2013

January 2013

Hai...Assalamualaikum..

Rasa gila lamalah kan tak update blog. Dekat nak 5 bulan dah. Itu pun semalam TunTun remind kan. Kesianlah haiii blog bucuk bacin saya ni. Macam-macam peristiwa berlaku dah sejak 2013. Memang patut diblogkan untuk kenangan saya sendiri. Nanti boleh senyum-senyum sendiri bila baca semula. Ye...saya memang baca semula cerita-cerita saya yang lama-lama tu. Saya memang syok sendiri...uweekkkk!!

So...moh kita random update for January 2013:-

Ni tak berapa nak January 2013 lah..hehehe...tapi nak kena masukkan dalam blog. Ayong dapat Holistic Award (Top 35) untuk Darjah 1-2012. Dia dapat No.6 terbaik dalam keseluruhan Darjah 1. Dia agak kecewa sebab dia nak Anugerah Perdana which is Top 5 student. Tak apa sayang...sila cuba lagi. As long as dia dapat A for all subject, saya happy.


04-01-2013
Ayong 8 tahun... owh anak sulung saya dah besar. Dah sunat, dah boleh solat saf depan, dah boleh jadik Iman. Owwhhh sooobbsss.... 

Saya belikan present simple-simple je. Budak 2 orang ni memang dimanjakan dek ayah derang dengan toys la komik la...so saya memang tak rajin nak beli hediah. Tak caya korang tanyalah anak-anak saya-ibu rajin beli apa? mesti derang jawab "Makanaaannnnn"...hihihi... saya rajin belanja makan je. sebab saya boleh menumpang sekaki, dua kaki 3 kaki.....

Disebabkan perkara diatas juerlah maka semasa birthday saya, PakMir dengan gembiranya memberi birthday kek berupa Ketam Rosdet. Heheh...saya suka suka sukaaaaa.....walaupun sebenarnya saya allergic ketam. Lepas makan ketam bibir akan bengkak macam Ahkak Nita (sila sengaukan suara sket). Tapi takpe...setakat 2-3 jam je bengkak...berbaloi dengan kesedapan ketam tu kan..kan..kan...

Siapa tak pernah pergi Resdet adalah orang yang rugi...hihihi... sila gugel lah Rosdet kat Kampung Baru...besssssssttttt!!!!! Sekarang kedai dia dah besar. Dulu siap kena beratur ok kalau nak dinner kat situ. Dah macam nak masuk Night Club VIP pulak tau kena beratur bagai.

Ok....sekian update January....hingga ketemu lagi dilain tahun....hahahaha... tata!!!



2 comments:

Dr Singa said...

atau jumpa lagi di PUR 14 !!
:)

MK said...

Melampau tau dokter...nak kena tunggu lagi 5 tahun...hehehe...