$

Thursday, 13 November 2014

Running Tips - To wear

Assalamualaikum.

Handal sangat ko Tipah? Baru masuk 2-3 race maksimum 10km je pun dah nak bagi tips? Hehe..takpelah kan...sharing kan caring... kalau taknak bca pun takpe..tak berdosa. Tapi kalau taknak solat..haa memang dosa. Dah solat ke belum??

Hari ni saya nak cerita pasal BRA!!!

Tips yang saya share ni adalah dari pengalaman sendiri, pembacaan dari blog-blog lain & tv, magazines dan google.

1. Paling penting - SPORTS BRA - High Impact

Sports bra ada banyak jenis. Low impact, medium & high impact. Ada yang ada hook ada yang sarung je seksa macam nak mamp memakainya. Ada yang strap halus ada yang strap besar. Macam-macam. Tapi untuk berlari, sila pakai yang high impact. Dia memang support kaw-kaw punya. Tak bergegar satu dunia ok. Haha..eh..ini bukan melucah..ini scientific reason ok. Sila percaya. Masa try tu sila buat-buat macam berlari ke, lompat-lompat ke...pilih betul-betul tau.

Sport bra pun memang tak murah. Tapi ini memang sangat penting. Ko nak ke hujung-hujung hari bila ko bukak bra tetiba kawan baik ko tu dah kendur sampai pinggang Senah? Nak ke? Haha...baca pun macam ngerikan..inian pulak tengok sendiri. Sila buat pencil test untuk check bahawa kawan baik kita pass ke tidak. Apa benda 'pencil test' tu? Pergilah google..manja sangat ni hah??!! "Pencil Test for Breast" go google.

Harga sports bra bergantung pada brand dia lah. Selalunya RM110-RM150 tu kira standardlah kot untuk high impact bra brand Adidas, Nike, Reebok. Lagi mahal pun ada. Lagi murah pun ada ikut kesesuaian dan budget. Tapi ingat Senah...jangan kedekut sangat nak beli yang murah lepas tu 'kawan baik' ko sorang ke utara, sorang ke selatan bila ko berlari....hmmmm not a good sight to look at. Hadoiii...melaburlah sikit untuk kepentingan 'kawan baik' anda.

Tengok berapa panjang ahkak membebel pasal sports bra ni. Serious penting kan?? Lagi satu saya suka jenis yang sarung je. I mean bukan jenis yang ada hook. Sebab...yang ada hook support dia tak sehebat yang jenis sarung. 

Ni jenis strap halus tu...saya tak suka. Support tak berapa bagus (for me lah ye)

This one is my favorite of all. Dah la safari printed...umm.. padded, getah bawah dia tu memang support yang bagus. Ye..memang seksa sikit la bila nak pakai dan bukak sport bra ni...Tapi it is vital!!

Ni fesyen yang ada hook & strap adjuster. Ni pun rasanya tak berapa sesuai untuk running. Sebab apa adik-adik??? Sebab support tak cukup bagus.....pandaaaiiii.... ni maybe low or medium impact kot. Sesuai untuk yoga ke, gym ke cycling ke.

Jangan lupa beli yang padded ye. Ada yang memang dah siap padding dia. Ada yang kita kena beli separately. Mana-mana satu pun ok. Padding pun ada size. Sila tanya dengan Sales Assistant tu. 

Belilah color-color kegemaran kita. Ada yang striking ada printed. Pilih je dan sediakan ongkosnya. Saya ada dalam 5-6 kot high impact sports bra. Memang selesa dan yakin memakainya. Rasa lebih cun!!! Haha..over!!! Lepas berlari masa dah balik rumah tu...terus boleh bukak je baju yang basah lencun tu. Pakai sports bra je kulu kilir depan laki. Eh..apa jadik lepas tu ahkak tak jamin aahh...hahaha.



Ok..nanti kita sambung cerita tips lagi ye!!

P/S: Siapa nak beli high impact sports bra yang tak sampai RM100?? Boleh email saya intansiza@gmail.com



Wednesday, 12 November 2014

Istanbul Aku Datang - Part 3

Day 3 ke ni? Hadoii...tah la dah lupa dah. Kami bermalam ni Bursa Gold Otel.

Ibu ayah memang kepenatan. Berlawan-lawan dengkur tu 2 orang tu. Entah-entah saya pun sama je. Saya memang bawak tu benda penutup telinga tu sumbat je lah...terus tidur dengan aman. Dengan penutup mata sekali...aaahhhhh indahnya.

Satu malam je kami di hotel ni. Esoknya dah kena bergerak ke Istanbul semula. Pagi tu kami breakfast sedap!!


Eh..semua sedap lah!!

Banyak sayur, cheese, cherries mmmmm

Us

Eh rasanya dalam hari yang sama ni masih di Bursa, tah kenapa saya tukar baju pulak..tak ingat. Saya memang tak bawak sehelai jeans pun. Ibu tak bagi...hahaha..lepas tu saya ikut je cakap ibu...eh..bagus lah kan ikut cakap ibu. Ish..ibu memang queen bee!! 

Kami pergi ke kedai apa tah..jual Turkish Delight. Memang sedap!! Mahal-mahal juer. Padahal kat Spice Market & Grand Bazaar ada jugak turkish delight ni. Tapi kata Si Ali kat sini memang terkenal dengan kualiti nye lah...

Ada jugak jual olive oil, safron, tea macam-macam perisa, perfume!! Saya beli Turkish Delight je dalam 2-3 kotak kot. Itu pun dah dalam RM100 duit kita. Memang le sedap...saya belikan untuk kawan-kawan kat office. Souvenir bagi barang makan-makan je senang...


Ibu ayah beli perfume kot...bau bunga mawar. Lepas tu balik dari hotel tah hilang ke mana perfume tu. Dah bergaduh dua orang tu. Lepas tu masa kemas-kemas...ayah hilang duit Riyal. Dekat 1000 riyal. Bergaduh lagi...haahah..masalahnya..ayah ni selalu kantoi dengan ibu. Dia kan..memang selalu hilangkan barang..tapi dia takmo cakap dengan ibu sebab takut ibu bising pot pet pot pet...tapi...ayah bila tegah carik baang yang hilang...mulut dia tiba-tiba menyanyi lagu gini ha.. "Teng..teng teeengggg!!!!" Gitu lagu nye...ibu mestilah dapat tangkap yang ayah tengah mencarik sesuatu. Sebab everytime ayah hilang barang, ayah mesti nyanyi-nyanyi gitu 'Teng teng teeennnggggg!"

Lepas tu terus kena sergah dengan ibu. Hihi...ayah pulak memang tak kedekut..tapi dia memang tak bagi ibu pegang duit tau. Semua dia nak pegang..dah la letak kat 1 tempat je..kan bahaya kan..kalau hilang..hilang semua.



Masa ibu ayah membebel-bebel tu saya diamkan je..bagi diorang berdua selongkar lah semua beg yang ada...habis dah terbalik semua beg. Bilik pun berterabur..hoho...saya buat tak tau je lepak kat katil berangan sorang-sorang. Bila dua orang tu dah penat kan...saya slow-slow pergi kat beg ayah. Carik pelan-pelan. Jumpaaaaa!!!!!

Duit jumpa....perfume jumpa...

Lepas tu..saya jadik veto. Saya berkuasa!!!! Saya ambik 500riyal..kasik kat ibu. Ayah diam je..terkulat-kulat tengok je..haahahah. "Nah, bu...simpan ni..kalau ada apa-apa senang" Ibu cepat-cepat ambik masuk handbag dia.

Ye..duit riyal tu untuk guna kat Madinah/Mekah nanti. Masa kat Turki ni guna Lira. Ibu memang takde chance pegang duit langsung. Duit ayah memang banyak. Saya pun kadang-kadang suruh ayah belanja barang...haahahah "Yah..nak kebab..bak duit!" best kan... :P

Lepas tu kami naik feri semula ke Istanbul. Ibu ayah selalu penat tau..yelah kat Turki banyak berjalan kaki jauh-jauh. So saya selalu sorang-sorang je berjalan. Masa kat Turki ni kami sesama ahli rombongan tak rapat lagi jarang borak-borak pun. Selalunya dengan family masing-masing je. So bila adik-adik dari family En.Hasnan ni maybe nampak saya kulu-kilir dalam feri tu sorang-sorang asyik selfie....diorang pun panggil saya duduk sesama berposing...hihihi


Muda-muda lagi anak-anak dara ni. Paling kecik Ain nama dia..rasanya baru 18 tahun. Diorang terkejut bila saya cakap umur saya 35 tahun dah beranak dua. Eh..ok lah..akak tipu je..umur akak 27...heheheh... dey..pigi dah!!! Yang ambilkan gambar ni abang kepada budak-budak ni. Nama dia Al-Amin. Mula-mula malu-malu je dengan saya. Tapi bila diorang ni dah tau saya ni pangkat auntie-auntie...baru lah diorang ok je. Mesra sikit...


Rumah dan bangunan kat Turki memang dekat atas-atas bukit. Bentuknya pun klasik & cantik...saya suka. Cuaca pun dingin je..memang selesa.


Bosphorus Cruise - B.E.S.T !!!

Feri kecil tu memang kami satu rombongan je punya. 23 orang termasuk Ali (tourist guide) Ibu mula-mula turun bas takmo pakai sweater. Tak sejuk pun katanya. Tapi saya paksa dia ambil shawl saya. Best nya cruisingggg!!!! 

Bosphorus is a strait that forms part of the boundary between Europe and Asia. The Bosporus, the Sea of Marmara, and the Dardanelles strait to the southwest together form the Turkish Straits. The world's narrowest strait used for international navigation, the Bosporus connects the Black Sea with the Sea of Marmara (which is connected by the Dardanelles to the Aegean Sea, and thereby to the Mediterranean Sea). ( copy paste Wikipedia)

Kat sini lah Kapal Mavi Marmara ditawan tu (tak tau ke cerita tu? Jangan malas!! go google!!)

Kiranya Bosphurus ni selat yang memisahkan antara Eropah dan Asia. Turki memang satu belah Asia dan satu belah Europe. Best kan?

Ibu Ayah - Syurga saya



Ayah memang suka photography. Dia memang suka camera & ambil-ambil gambar. Masalahnya ibu tak suka jadik model... so ayah kena layan diri ambil gambar bangunan cantik masa kami cruising. Seronok tengok bangunan rumah orang kaya-kaya, restoren, kelab-kelab ternama segala lah ada kat situ. 


Ni konon-konon orang lain snap kan. Takde maknanya...ni saya selfie..haha..tu entah bangunan apa tah. Bangunan kerajaan Turki Kot. 


Cantikkan? Classic je 

Ni Kak Normah - suami dia kaya...haahah..beli safron sebotal RM1k selamba je. Tapi diorang laki bini memang rileks je cool je. Boleh je diorang takmo join kita kot rombongan ala-ala Cik Kiah ni. Baik diorang join VIP punya tour. Tapi tak...diorang berdua rileks je. Memang tak banyak songeh langsung. Satu complaint pun saya tak pernah dengar dari mulut diorang.

This is Kak Mai. Kak Mai dulu keje gomen department statistic rasanya, Sekarang dah pencen. Kerja dia sekarang memang melancong je. Ni pun banyak duit wooo....umur 60 tahun. Tapi IT savvy. Kejap-kejap tanya "Taann...apa password wifi? tolong taaannnn, kak mai nak update fesbuk ni"

Ni saya lah...saya lapar!!!


Ni Yana - Yana ikut tour ni dengan husband dia Haris. Orang Klang. Kerja MPK laki bini. Peramah sangat. Baik hati pulak tu. Kira Yana lah yang saya rapat masa dekat Turki / Madinah / Mekah. /dia je yang saya boleh mintak pinjam eye liner...haahahah!!! Lepas tu diorang laki bini rajin berjalan...so saya rajin lah melompat ikut diorang. Sebab ibu  ayah berehat je kat bilik hotel kan so saya takde kawan nak berjalan-jalan. Since Haris & Yana rajin berjalan...saya pun apa lagi!!! Yeaayyyy!!! Ni dua orang laki bini memang otak business. Haris tu kalau boleh semua benda dia nak beli nanti nak jual kat Malaysia. Siap sempat promote monopod dekat orang Turki & Madinah Mekah...haahah cool Haris!! Eh..gambar Haris takde...nanti saya update gambar dia pulak.


Makaaannnn!!!! Kat Turki memang diorang tak makan nasik. Ali cakap..orang Asia suka makan nasik tu yang jadik mengantuk pemalas!! Ewaahhh sukati dia je tau!! Roti tu nampak je besar...tapi dalam dia kosong. Ada angin je..sedaaappp...panas-panas. 



Ali (Baba) - hihi...dia memang suka mengaku nama dia Ali Baba. Lepas tu panggil kami penyamun-penyamun..hoh!! Ali ok..banyak knowledge. Rajin bercerita. Kami ke Blue Mosque.


Ayah macam biasa...suka posing. Saya rasa, saya ikut pernagai ayah kot..hehehe...ayah memang pandai posing tau. Kadang tangan ke depan gitu. Kadang tangan dalam poket jacket..kadang cekak pinggang...I tell you...hihih

Dari dekat, Blue Mosque tak tak nampak warna biru pun. Kubah dalam Masjid Pun tak warna biru pun. Dari jauh pun tak nampak warna biru...heheeh so tang mana Blue nya tu. Entah la..tapi dari jauh kadang-kadang memang nampak biru. 

The mosque is known as the Blue Mosque because of blue tiles surrounding the walls of interior design (source)

Yana & I.

Saya sempat solat Tahiyatul Masjid di Blue Mosque - Alhamdulillah. Tapi lepas tu kelam kabut sebab tak bawak eye liner...huuuu...nasib baik nampak Yana. Pinjam eye liner Yana...heheh


Dalam Blue Mosque saya perhatikan memang ramailah pelancong kan. Tapi dia tak macam di Malaysia dia punya etika melawat Masjid nya tu. Bising, lalu lang depan orang solat. Dan tak dikawal berapa ramai orang yang keluar masuk. Tak macam di Malaysia...pelancong memang tak dibenarkan melawat sehingga mengganggu orang solat kan. Hari tu saya sempat teman Matun ke Masjid Negara solat Zuhur/Asar. Petugas kat situ garang juer...wuuuu...tapi sekurang-kurangnya pelancong memang tak ganggu jemaah bersolat.





Gambar ni saya paling suka!!!

Lepas tu kami berjalan kaki dari Blue Mosque ke Topkapi Palace. Sebutan dia yelah Topkapey Palace ye. Memang ejaan dia 'kapi'tapi bunyiknya 'kapey' heh..saya siap bergaduh dengan Ali pasal sebutan ni. Lepas tu Ali tanya saya "Who is from Turkiye? You or me?"

Saya jawab "Blueekkk!!!" Haha...

Jarak antara kedua tempat dalam 1.2km. Kena jalan kaki ye. Ayah ibu saya memang nampak penat. Nasib baik cuaca sejuk & redup je. Jalan pun pelan-pelan je..lepas tu banyaaaakk bunga ros. Ali cakap kalau bulan March-April banyak bunga tulip. Tapi masa kami pergi baru habis musim tulip tu. 




Pintu masuk Topkapi Palace. Semua tempat yang kami lawat ni semuanya dah termasuk dalam package kami. Transport & makan sedap-sedap pun semuanya memang dah termasuk dalam package. Duit untuk makan memang tak luak pun. Duit shopping je dia tak cover ah...

Topkapi Palace ni dahulunya yelah istana. Hehe..memang lah..nama pun palace ye tak. It was the primary residence of Ottoman Sultans for about 400 years. Sekarang ni dah jadik muzium lah. Ada macam-macam dalam muzium ni. Ada baju zaman nabi-nabi. Pada zaman pemerintahan Ottoman dulu..seramai 4000 orang tinggal di sini pada suatu-suatu masa. Ramai giler kan. Dapur istana pun besaaaaarrrr panjaaangg bangunan dia.

Layan gambar yelah..tak reti nak cerita pasal sejarah. Sejarah dah la masa SPM dapat C5!!







Nanti sambung lagi ye....penat lah!!

P/S: Sebenarnya banyak entry-entry saya semenjak dua menjak ni saya auto publish je. Bila saya ada masa saya tluis 2-3 entry sekali. Jangan ingat saya rajin update hari-hari okeh. Tapi since sekarang memang ada masa nak membebel, baiklah kita bebel banyak-banyak.


Tuesday, 11 November 2014

Istanbul Aku Datang - Part 2

Assalamualaikum,

Sebenarnya banyak nama tempat kat Istanbul - Bursa ni yang saya dah lupa. Almaklumlah..saya memang kanak-kanak lemah geografi. Mungkin tak bagus langsung ni kalau orang search-search blog untuk dijadikan bahan rujukan. Blog saya memang out lah kot..heheh tak membantu langsung.

So overall, ahli rombongan kami seramai dalam 22 orang kalau tak silap saya. Yang paling muda dalam 16 tahun. Yang paling ialah ibu (66) dan ayah saya (77). Diorang pergi dengan family, ada yang pergi berdua je dengan husband, ada yang bawak emak mertua, ada yang pergi dengan bff dan kami 3 beranak.

Ibu memang tak boleh dan memang tak nak langsung berenggang dengan husband dia :P macam dia sorang ada husband tau..huhu..tapi takpelah..saya ok je duduk sorang-sorang melayan perasaan dan asyik-asyik selfie.


Cuaca di Istanbul sejuk...tapi tak perlu pakai baju sejuk lah..ok-ok je macam Genting Highlands. Makanan memang saya suka lah. Tak pernah tak suka pun kot. Saya rasa campak lah saya ke mana-mana pun, makanan InSyaAllah saya sapu je semuanya.

So kami ke Masjid apa tah..saya lupa...haha hampeh kan. Kat situ banyak bunga ros. Berderet-deret.

Ibu - muka penat tapi happy

Kucing nya pun bulu di tebal-tebal. Ni actually kucing macam kucing kampung je ni tapi bulu dia tebal. Sesuai lah dengan cucaca kot.

Ini Ali (Baba) tourist guide kami. Pandai cakap Melayu. Kecek Kelate pun pandai. Dia Muslim. Actually majority rakyat Turki is Muslim. Tapi rata-rata macam tak practice lah..Wallahualam. Tapi Si Ali ni memang macam orang kita. Memang beramal dan beriman..hehe Alhamdulillah. Saya sukalah sebab Ali ni pandai cakap Melayu sebab ibu saya memang tak berbahasa inggeris. So nampaknya ibu faham apa yang Ali membebel banyak-banyak. Ibu enjoy je. 

Tu 1st stop kami. Makaaannnn...Ali Baba belanja.

Happy nya nampak makanan. Tuhan je yang tahu..lapar tau. Last makan masa dalam flight. Kami masih jet lag masa ni. Mata pun alahai...memang tak vouge lah. But who cares...

Kedai ni kecik je, tapi saya pandai mencelah-celah untuk duduk sebelah ayah. Ibu dapat duduk kat tempat lain...hihihi...pastu buatkan air teh ayah tu kan...saya letak gula 1 cube je...dia kata "Lotak lagiiii" nak 2 cube koraanngg...hish...takpelah..saya kasik chance sebab ibu tak nampak. Berseri-seri ayah sambil kacau-kacau gelas kecik kenot tu.

Lepas melawat Masjid dan makan siapa tah..hehe kami terus ke jeti sebab nak ke Bursa naik feri. Dengan bas-bas sekali naik feri tu. Sejukkkkk...paksa jugak ibu ambikkan gambar saya. Kalau tak memang takde lah gambar kenangan saya. Ibu tekan banyak kali "Eh..camno nih? camni ko?" Heheh...tokan yolah bu...janji jadik. So banyak kali saya kena sengih...pastu pergi berjalan ke arah ibu nak betulkan camera phone, pastu posing semula..sengih lagi...hahaah..tah berapa kali gitu. Lantaklah...janji happy. Tu memang motto saya kalau nak berjalan. Mood mesti kena baik...mesti relax, cool, baru le boleh enjoy nak berjalan. kaaaannn?


Sampai ke kedai makaaaaannn.. Suka..suka...

Makanan sedaaappp...ada daging, ada tomato, ada olive...ada olive oil banyaakkk... Olive oil dia memang rasa lain. Sedap tau..takde rasa menggigit macam yang kita beli mahal nak mamp kat Malaysia ni. Setiap restaurant setiap meja memang ada olive oil. So..saya curah jelah banyak-banyak mana saya suka. Ibu jeling-jeling je...hihihi...

Alafranga - tandas duduk. Tandas cangkung nama dia -Alfonso de Albuquerque...hehe tak la tipu je.. ada lah saya ambik gambar sign toilet tu..tapi malas la nak tunjuk semua...eh..perlu ke?

Sausage diorang besar-besaaarrr...ngeri pulak tengok

See...ni sebesar lengan saya tau

Lepas tu kami ke Green Tomb. Ayah macam biasa suruh saya ambik gambar dia posing-posing. Ibu pun macam biasa...marah-marah ayah asyik nak posing..hahaha... Memang tau diorang berdua ni..asyik gaduuuuhhh je. Saya tukang gelak je.

Bila tengok saya terhegeh-hegeh asyik selfie, last-last Ustaz Soleh offer nak ambikkan gambar kami bertiga. Ni jelah kenangan yang paling elok lah gambar nya kat Green Tomb ni. Green Tomb tu apa? Entah...google lah..haha

Lepas tu masuk ke Silk Market yang betul-betul sebelah Green Tomb ni. Memang takde rasa nak beli apa-apa pun kat sini. Ayah tetiba nampak tasbus lepas tu dia nak try.Sambil ketawa-ketawa happy nya ayah saya...hihihi ayah memang cheeky, suka main-main. Saya rasa perangai ayah yang ni memang menurun kat saya lah...

Lepas tu saya paksa ibu try pulak tasbus tu..hahaaha...ayah ambikkan gambar. Ehh...ibu nak pulak main-main tau...haha...tengok tu..saya kalau excited memang terus jadik arnab bergigi dua gitu..heheeh..

Tengok 2 orang ni..happy betul tau..ketawa-ketawa gurau-gurau..kejap kang gaduh..haha.. Berbahagialah ibu ayah...dah 50 tahun kawin..

Ayah snapped kan gambar ni. Masih lagi di Silk Market. Kami takde beli apa-apa pun. Gambar ni pun ayah kejap ambik video kejap camera..haha penat tau saya senyum..rupanya ayah ambik video...haha

Ni tak ingat siapa yang ambikkan gambar kami. Yang saya tahu...ibu memang tak bagi saya bawak jeans. Hehe..seluar pun dia suruh bawak palazzo je. Takpe la..ikutkan saje...dah la kami memang dari KL semalamnya tu kan..lepas sampai je Istanbul terus ke Bursa pulak. Belum check in hotel lagi ni. Belum mandiiii....tapi tak busuk pun...

Ni Ustaz Soleh. Umur 32 masih bujang. Takde girlfriend. Tengok tu mula-mula terkepit-kepit malu nak ambik gambar. Ehehe...Masa kat sini Grand Bazzar ni ibu ada beli apron masak-masak kot. Bertuah tau ibu...tunjuk je apa nak semua ayah bayar. Tapi ibu tak de tunjuk-tunjuk sangat pun. Apa daa...cuba lah tunjuk emas ke...diamond ke...ni tunjuk apron je. Lepas tu sampai Malaysia apron tu tah mana-mana tah..sampai sekarang pun tak jumpa..hihihi..Saya takde beli apa-apa pun kat sini. Saya tunggu nak ke Spice Market dengar nya murah sikit. 


Dalam Masjid. Kat Turki ada lebih kurang 80,000 masjid. Itu Ali yang kata ye..kalau Ali tipu...saya tak tau lah..hehe

Sambung lagi la ye....