$

Thursday, 24 December 2009

meh buat bergedil daging

salam selasa,

al-kisah ada org panggil bergedil, ada org panggil pegedil, ada org panggil pedegil..eh tak..tak..yg last tu mk tipu je..apa2 pun nama dia, mende nye sama je.

pada suatu hari mk membuka freezer maka ternampak lah ada lagi daging lebihan hari raya korban tempohari (giler lama simpan). bukak pulak bahagian sesayur tu ada banyak kentang (giler kentang! - ok tak lawak)


bergedil mk terhangus - sbb sambil masak sambil sidai kain. multitasking kan...

jom buat bergedil daging!!! hambik resepi moh:-

bembahan:
4-5 bijik kentang
daging ikut suka banyak mana tp jgn lah byk sgt ye
4 bijik bawang kecil
3 tangkai daun sup
1 bijik telur
garam & lada sulah secukup rasa

cecara:
  1. cuci kentang pastu rebus dgn kulit dia sekali bila dah empuk angkat & rendam dalam air sejuk kejap.
  2. bila dah sejuk sket - boleh kopek kulit dia. pastu lecek la sket.
  3. racik bawang merah - pastu goreng. buat bawang goreng.
  4. campur dalam kentang. time ni pun sebenarnye rasa dia dah sedap dah. kalu puan2 nak rasa sikit pun boleh gak. tapi kalau rasa sampai perut kenyang tu alamatnye takyah lah buat bergedil. beli je lah kat restoren shaheed alam maju tu.
  5. rebus daging sampai empuk, potong kecit-kecit campur dalam kentang + bawang tadik
  6. daun sup pun hiris kecit-kecit campur jugak skali.
  7. perasakan dengan garam & lada sulah. kalau tak reti sgt, guna je maggi cukup rasa tu. baru lah ada feeling2 lisa surihani kan...
  8. ambik sejemput campuran tadi, buat bentuk bulat-bulat leper. buat sampai habis campuran itu
  9. pukul telur dalam bekas lain. pastu celupkan bergedil kita dalam telur tu pastu terus goreng. lebih afdal jika guna non stick pan.
  10. guna api sederhana besar & pastikan bergedil tu dah masak sebelah dia baru terbalikkan. kalu tak dikhuatiri pecah dan terbarai2 isi kandungannya.
  11. dah siap, tunggu sejuk & makan la...

sekian - rancangan di dapur bersama mk. jangan lupa mencuba okes!!!

9 comments:

Desert Rose said...

oke ok I loike I loike...tapi MK ai slalu makan masa ngn meehun soto, tapi ni kiraa balun camtu je pun boleh lah ekk?? Ke aku makan ngan dressing dan salad?? sedap gak aku rasa *ke ko rasa nak lempang aku sedass???

myselfndots said...

suka suka suka.. sgt suka ..

this weekend aku cuba ekk.. teringin nak buat soto..

iksssh lah.. tgh2 malam citer pasal makanan... *lapor

MK said...

desert rose: malaysia negara bebas - jadi cara pemakanan bergedil juer adalah bebas. samada dimakan dgn soto atau nasik atau dibuat seperti cekodok. hihi

long zura: kalu aku peknen lagi skali (IF la..) akan aku meminta-minta ikan pari masak asam melaka darimu....heheeh bolehkan..kan..

green apple said...

aku selalu buat ngan ikan tenggiri.

myselfndots said...

mk~boleh boleh.. errkkk x peknen dah mintak macam2.. [ mcm dah lekat ajer nie.. :P ]

*lalalalal.. suka ajer nak timbulkan spekulasi mk pregnant. :)

MK said...

long zura: takde maknanye peknen. ni tgh period ni. migraine lagi nih..haishhh

MK said...

green apple: bergedil ikan tenggiri? camne buat dia...ajar plis...

Zarina said...

bonda saye kate klau tak nak begedil tu terburai mase goreng, campurkan biskut mary dalam ramuan

MK said...

campur biskut meri? wow..akan mk coba nanti. thanks zarina