$

Wednesday, 6 January 2010

Alhamdulillah syukur


Salam sejahtera puan-puan,

cerita pendek aje untuk pagi ini. seperti biasa, bangun pagi at 5.25am (5 minit tu untuk golek-golek sebelum bangun betul-betul pada 5.30am). agak lambat pagi ini sebab gorengkan keropok lekor untuk kawan-kawan office. hantar anak-anak ke taska. tsk - minyak kereta kering pula.

lepas isi minyak naik MEX Highway. tekan pedal minyak nak pecut sedikit sebab memang sah akan lewat untuk punch card. ambil lane tengah-tengah. ada 3 lanes di MEX highway itu. kereta bersusun-susun. tiba-tiba ada kereta Exora brek mengejut. kereta kecil MK tu berada no.3 di belakang Exora itu. habis tu dah semua kereta brek. MK pun tekanlah brek.

tak ada lah laju sangat. baru saja masuk highwaykan. tapi dari cermin pandang belakang itu MK nampak kereta Vios belakang MK tu laju macam tak perasan kami kereta-kereta depan dia tu dah brek. akhirnya dia pun brek jugak. tapi siap dengan bunyi-bunyi tayar dan kereta dia terhoyong-hayang nak elak kereta MK.

memang singkat saja kejadian itu. adalah dalam 5 saat aje kot. tapi dalam pada masa dia tengah brek tu. macam-macam MK pikir. terutama anak-anak kesayangan MK. terus terfikir insurans nyawa yang tak seberapa itu adalah sedikit peninggalan untuk dua beradik itu. lepas itu terpikir nanti PakMir nak kawin lain ke, nanti kat mana dia nak buang baju-baju MK tu semua sebab hendak letak baju bini baru dia? (eh..tipu..tipu.. tak ada pikir yang ini). rasa syukur sebab dah hantar anak-anak ke taska dulu. kalau dua beradik tu ada sama mesti terpelanting sebab MK brek mengejut.

masa Vios tu brek terhoyong-hayang elak ke kiri, MK pandang side mirror tengok lorong kanan kosong. jadi MK pusing ke kanan. kalau tak pusing, mesti kemeklah kereta kecil MK tu jadik sandwichlah. semua kereta-kereta lain hon-hon lah Exora tu. kenapalah pulak kau tiba-tiba brek hah? kan ke jalan memang clear je. tsk tsk tsk....

Ya Allah, terima kasih kerana panjangkan lagi umurku. Alhamdulillah syukur.




Tolonglah panjangkan lagi umurku Ya Allah, kurniakanlah kesihatan yang baik buatku supaya dapat lagi menjaga & mendidik dua orang cahaya mataku yang tidak ternilai harganya buatku ini. Amin, Amin Ya Rabbil A'lamin.

3 comments:

mama cas said...

Oh intan...berhati-hati yek. semoga selamat semuanya. amin.

myselfndots said...

aku pulak yg panik. *tee hee.maklum le pagi2 mmg ramai ajer yg nak cepat and paling tak besh bila dlm ramai2 tu ada yg terhegeh2tekan brek tak sudah. :P

take care mk.

myselfndots said...

aku pulak yg panik. *tee hee.maklum le pagi2 mmg ramai ajer yg nak cepat and paling tak besh bila dlm ramai2 tu ada yg terhegeh2tekan brek tak sudah. :P

take care mk.