$

Wednesday 20 January 2010

Ikan Pari Bakar



Hai...

Setelah menyepi diri dekat seminggu - here goes something. ikan pari bakar 'ala Kak Dalia'. Ikan pari ni adalah sangat fresh. Dibeli oleh Pak Mertua mk kat Pantai Cempaka-Tanjung Lumpur Kuantan. Dibedah eh..disiang oleh beliau juer. Tak caya? Aahhh..jap aaaa...



Tadaaaaa....ngerilah! Tak pernah tengok orang siang ikan pari. Besar juer pulak tu. Kami bakar separuh di kuantan pastu emak bekalkan 3 keping besar-besar untuk menantu kesayangan (kesayangan kan..makkkk kan..kan..). ekor pari tu - kalau ade sesiapa degil tak mau ikut cakap..boleh rotan dia guna ekor tu.

Balik ke KL lama jugak mk simpan dalam freezer. Kami asyik dok makan kerepok lekor je. Tiba-tiba (sila baca dengan bunyi suara suspen) pada suatu hari mk terbuka freezer itu. ternampaklah plastik ikan pari. Maka teringatlah juer resepi ikan bakar Kak Dalia.

Balik dari office terus ke kedai Acheh depan rumah konon-kononnya nak beli kacang panjang tapi lisut-lisut je (paham ke 'lisut'?) pastu tengok pulak bendi dah tua-tua pulak...tsk..tsk..tsk.. tak pe..tak pe..ia tetap juer tidak mematahkan sengat mk untuk memasaknya.

terus ke resepi lah:-

bahan-bahan:-
ikan pari 2-3 keping
1 biji bawang besar (potong 4)
2- biji bawang putih (ketuk - hiris)
kunyit, garam
1 btg carrot (sebab takde kacang panjang/bendi - nyampah)
1 biji limau kasturi
aluminium foil

cara-cara:-
  1. panaskan oven 190' celcius - 10 minit
  2. bersihkan ikan, gaul dengan garam & kunyit
  3. letakkan dalam aluminium foil
  4. potong-potong semua bahan lain
  5. campakkan sekali dalam bekas ikan tadi
  6. bakar 20 minit
  7. mandi - busyuk la...baru balik keje (eh..ini tak termasuk dalam resepi)
  8. selepas 20 minit, periksa ikan tu. kalau belum masak, naikkan suhu 210'-220' bakar lagi 10 minit.
  9. dah siap - keluarkan, perah limau kasturi. (hari tu mk terlebih letak limau- masam laaaa)
sambalnya mk buat asing sebab askar 2 orang tu nak makan jugak. mk buat sambal sweet sour. puan-puan boleh cuba buat sambal pedas ke sambal cili api ke. terpulang kepada selera  masing-masing ye. owh-bekas sambal mk itu adalah comot sbb malas nak lap-lap sebelum ambil gambar. biarlah begitu - barulah nampak seperti reality show (eh..?) 'meet the kintans' ahahaha...

selamat mencuba!!!




5 comments:

Mak Ton said...

besar sungguh ikan pari nih...

susah kan siang ikan nih... kulitnya koreih...

tp aku takot la tgk muka ikan nih...

emma said...

sedapnye!!!!! nakkkkk!!!

MK said...

tun-tun: darahnye banyak. hatinye pun boleh dimakan. abah aku suh goreng. ngeri aku. hati ikan? whaattt??

emmot: dah hapish... nanti ko nak dtg umah aku..sila impom..nanti aku bakar ikan lain pulak..okeh!!

Anonymous said...

:D, :D, gegege.. muka bangga tapi segan2 taik kucing, hahahaha.. awat tak habak pak mentua bedah siasat ikan pari tuh, lagi gory bunyiknya, hahahaha

MK said...

Edisi siasat kan....