Assalamualaikum semua.
Cerita ni berlaku masa minggu pertama persekolahan hari tu. Saya pun dah tak ingat hari apa. Tapi rasanya hari ke-3 sekolah yakni hari Rabu 14 January a.k.a birthday saya.
Wohh...dengan ini saya mengambil kesempatan sambil menyelam minum air memberitahu bahawa 14 January adalah birthday saya..hahaha. What evs...
Anyway...jangan sengih-sengih ini bukan cerita kelakar, ini cerita seram ok.
Tiap-tiap malam saya akan borak-borak dengan anak-anak saya sambil tunggu diorang tidur. Pada malam itu Ayong pun macam biasa berceritalah apa yang terjadi masa dia sedang tunggu van Cik Ani datang jemput dia balik sekolah. Saya panggil anak sulung saya kadang-kadang Ayong kadang Abang, kadang nama betul dia. Dia selalunya bahasakan diri dia Abang.
Ayong : Tadikan Bu...masa Abang & Shamil (kawan sekolah dia) tunggu Cik Ani kan...ada orang dalam van berhenti dekat tempat Abang tunggu Cik Ani tu. Dia cakap "Nak keropok?"
(Masa ni mata saya dah besaaarrr.... jantung pun berdebar-debar. Lepas tu Ayong sambung bercerita.)
Ayong : Abang tanyalah keropok apa? Orang tu jawab - Kalau nak keropok meh la masuk dalam van ni.
MK : Van tu warna apa Yong?
Ayong : Putih.
MK: Putiiihhhhhhh?????!!!!! Lepas tu Ayong buat apa?
Ayong: Lepas tu Abang cakap taknaaakkk...lepas tu Abang lari sampai hujung. Kenapa Bu?
Saya pun bercerita lah dengan muka-muka saya yang mungkin agak over drama tentang van putih penculik dan pembunuh budak -budak. Sambil menunjukkan google search pada anak-anak saya. Berbakul-bakul pesanan saya untuk diorang supaya lebih berhati-hati.
Lepas tu saya suruh baca doa tidur dan saya pun baca doa untuk diorang "Ya Allah Ya Tuhanku, jauhkanlah anak-anak ku dari malapetaka & keburukan, Aamiinnnn"
Ayong & Ayen peluk-peluk dan cium saya dan baring semula. Kejap-kejap tu diorang suruh saya baca doa tu lagi sekali. Saya pun baca...sekali lagi
Anak-anak saya terus tertidur masa tu. Tidur dalam ketakutan. Kesiannya diorang. Saya pun masa tu macam hmmm...speechless tak tau apa nak buat. Saya pun meminta nasihat dari whatsapp group ex-classmate saya. Apa aku nak buat ni? Perlu ke bagi tau cikgu sekolah? Polis ke? Jaga ke? Ha? Ha? Ha? Apa nak buat ni? Perlukah aku report kat sekolah nanti tak mendatangkan suasana panik ke? Ha? Ha? Ha?
Salah seorang kawan saya mintak semua details sekolah anak saya & terus report ke kawan dia yang berkerja di Jabatan Pendidikan.
Ok, settle satu perkara. Jantung masih berdebar. Maka saya whatsapp Kak Ani. Kakak yang hantar/jemput anak saya ke sekolah. Ceritalah pasal tu. Saya cakap dengan Kak Ani, saya pun tak tau maklumat yang lengkap tapi tolonglah risik-risikkan perkara ini. Kak Ani pun cakap bahawa kita mesti mengambil berat cerita yang anak-anak cerita pada kita. Hish...lagilah saya tak tenteram.
Kak Ani pun hampir panik. Lalu dia berjanji untuk menyiasat dan bertanya-tanya dengan 'persatuan van-van tempatan'. Kak Ani ada tanya orang van tu lelaki ke perempuan? Saya terus jawab dengan yakin "Lelaki kak". (Padahal saya tak tau pun lelaki ke perempuan driver van tu)
Seram kan cerita saya ni....berdebar tak? Hehe...
15 minit lepas tu Kak Ani wasep saya semula katanya setelah diselidik, memang ada van putih yang hantar & jemput budak-budak sekolah. Tapi driver perempuan. Nama dia Devi. Devi juga menjual keropok dalam van dia. Devi hantar/jemput budak-budak area Kinrara.
Haha!!! Mungkinkah kepanikan saya sia-sia belaka? Ish..rasa macam nak kejutkan Ayong tapi kesian pulak. Saya nak tanya Ayong driver tu lelaki ke perempuan? Lepas tu saya cepat-cepat wassep group ex-classmates saya. Abort mission! Abort mission. False alarm! False alarm!
Haha...tapi terlewat sebab kawan saya dah pun membuat aduan pada Jabatan Pendidikan. Saya dah suruh dia buat damage control dah.. False alarm rupanya.
Esoknya Ayong bangun terus dia datang pada saya sambil cakap "Abang rasa orang van tu bukan orang jahat, sebab Abang nampak Ikram naik van dia tu" (Ikram yelah classmate Ayong duduk di Kinrara). Saya pun tanya Ayong yang bawak van tu lelaki ke perempuan. Dia jawab perempuan.
Haha...memang sah!! Memang sah saya overrrrr....kesian sungguh lah anak-anak saya tidur dalam ketakutan. Saya juga mendatangkan kekalutan kepada kesatuan van-van area rumah saya. Saya sempat berpesan dengan Kak Ani nanti send regards dekat Devi.
Esoknya Kak Ani sambil gelak-gelak call saya. Dia cerita Devi panik sebab Devi siap imagine kena tangkap dengan polis pasal aduan saya. Heheheeheh...
Haha...mintak maaf ye Puan Devi...
P/S: Sayangilah anak anda....hehehe... & janganlah jadi omak-omak yang over sangat macam saya. Perangai saya memang exactly macam Kak Ngah (Susan Lancester) dalam cerita Keluarga Iskandar. Hmmmm....
5 comments:
Sayang, I'll rather be a paranoid mother rather than a sorry mother huhuhuhu... IMO tindakan kau ni tak salah sebab berdasarkan motherly instinc kan.
As for any pihak berkuasa yang bertanggungjawab menerima segala aduan dari pihak ibu bapa, I'm sure dorang akan siasat dulu betul2 sebelum ambik tindakan. Kalau tak dorang sendiri yang akan malu.
Aku baca cerita kau ni pun meremang bulu roma. Ya Allah, Kau jauhkanlah segala bencana, mala petaka, mara bahaya dan kejahatan manusia dari orang-orang yang kami sayangi. Amin.
heheheh memang yang membaca ni pun panik..baca dalam debaran hahahha
Cicik: Yeah...better jadik paranoid drpd menyesal kemudian hari kan...
Mak jemah: saya pun rasa nak sakit jantung bila dgr anak bercerita gitu. Kuusss semangat...hehe
Yang Devi ni ponnnn..
Statement masuklah ke dalam van.
Iols pun akan bertindak gittew.
Oh nasib kau tak lodge police report ok.
Maka terpampang muka kau, Ibu kes Van Putih haha..
Choyy, harus kita risau Atan :)
kakakaak tinggi betut imaginasi ko Ana..lawak
Post a Comment