$

Sunday 17 June 2012

Father's Day

PakMir & Bayong takde ni, pergi tengok kawan baik dia lawan snooker somewhere in Kuchai Lama. Kawan ni pro ye. Bukan main sesaja. Tu yang kena pergi tengok kot. Dulu masa belum ada anak, saya ada sekali ikut dia tengok kawan dia main kat Klang. Wow..kagum juer. Macam dalam tv tu. Siap kena pakai smart-smart bila main tu. Pakai vest siap bow bagai..hihih..

Ayen tidur. Kain baju tengah busy di mesin dek mesin basuh. Sementara menunggu tu moh le kita membebel selagi ada masa. Esok dah start kerja balik. Kejap je ek weekend.

Hari ni best. PakMir ada kat rumah sehari suntuk. Susah tau nak dapat dia ada depan mata melakukan aktiviti sama-sama. Selalu kalau dia ada pun dia tidur..hehehee...Tapi hari ni tak. Dia rajin. Tapi masalahnya dia ni kalau dah start berkemas tu kita akan rasa rimas ok!! Sebab teliti sangat. Mengambil masa yang lama sangat. Bayangkan, bersihkan kipas yang tower fan tu. Tau tak tower fan (sebenarnya..saya pun baru tau nama dia tower fan..kekeke) dia ambil masa 1jam 30 minit. Penat tunggu dia habis buat kerja. Tapi hasilnya memuaskan... Nasib baik dia kena pergi Kuchai Lama pulak. Kalau dia start mem-vacum rumah pulak tadi... jawabnya..Mungkin sampai pukul 10.30pm pun tak sudah-sudah lagi. Hadoooiiii....


Jangan banyak komplen laaa Dolllll...bila orang tu tido ko hangin..bila orang tu berkemas..ko rimass...kikiki.. Bila orang tu busy kerja ko marah jugak...Haruuu...

Tadi lepas breakfast kat Sungai Besi kami jalan-jalan window shopping. Kedai yang paling dia suka yelah kedai sports. Ala..yang jual barang-barang sukan le..kasut ke, bola ke, baju ke..janji sports. Boleh berejam-jam ok. Layan je lahhh..jangan banyak songeh. Janji dapat spend time together-gether gitu. 

Ada satu kedai kat Summit Subang tu. Kedai favourite dia kot. Tetiap kali pergi sana meeeessssti singgah. Kadang-kadang rasanya orang kedai tu pun belum sempat nak letak barang baru kot. Tapi dia naaaakk jugak gi check it out. Iye...layan kan je...bukannya susah pun. Duduk je dalam kedai tu. Tengok anak berlari-lari macam tak pernah pergi mall sambil jengil-jengil mata bila derang macam nak terlanggar orang lain. Hihih...

Apa sebenarnya nak cerita ni? Tadi sebenarnya nak cerita pasal x-boss. Tapi dah tercerita lain pulak. Tulah...mungkin memang Tuhan tak kasik saya ngumpat pasal x-boss kot. Kan dah janji blog ni hanya untuk cerita benda-benda yang happy je kan. Maybe next timelah cerita pasal tu ek.

So..takpe lah. Saya cuma nak cakap Selamat Hari Bapa pada suami saya. Terima kasih sebab dia memang ayah yang hebat kepada anak-anak saya. Budak-budak ni memang adore dia, sayang dia. Dia pun sangatlah sayang anak-anak dia. Memang dia yang selalu spoil kan anak. Budak-budak ni kalau keluar dengan ayah (without saya), balik nanti ada jelah bawak balik toys baru. Kalau dengan saya..memang tak dapek. Adik ipar saya dulu pernah tanya Ayen "Ibu suka beli apa untuk Ayen?" Ayen jawab "Umm...makanan!"

Hehehe...tau pun. Ibu korang memang kedekut belikan toys. Sebaaaaabbbb malas nak kemas!! Kalau mintak belanja makan ke, buku ke, baju ke..haaaa...ibu rajin. Kalau toys...mintak maap.

Eh..melalut. Lagi sekali...Happy Father's Day to all fathers in the world especially suami saya yang tersayang.  

~Infinity~







2 comments:

Dr Singa said...

awak..
kita dah pindah...

MK said...

Roger dokter. Nanti balik umah kita godek sidebar kita