$

Friday, 17 February 2012

Pembuli vs Pembela

Pernah tak puan-puan menghadapi pembuli? Tau tak puan-puan bahawa si pembuli memang kenal dan akan memilih mangsanya? Dia hanya akan memilih mangsa yang lebih lemah saja daripadanya. Yelah...takkan nak pilih mangsa lagi kuat kot..silap-silap dia yang kena buli.

Tau ke puan-puan bahawa si pembuli pada masa dia kecil dulu pun adalah mangsa buli? Ahhh tak tau kan..sebab saya baru reka info tu kejap tadi..haha!

Ada banyak kategori pembuli. Meh kita tengok satu-satu yang saya ingat je lah ye:-

Pembuli di sekolah:-
Ini macam biasalah, suka buli-buli budak yang lebih kecik badannya. Atau pun kurang bijak. Atau pun kurang bising. Seperti dibaling-baling batu-batu kecik pastu pura-pura pandang ke arah lain sehinggakan budak india itu tukar sekolah (eh...ni macam pernah dengar cerita ni di mana ye?) Adakah budak india yang saya buli itu sekarang menjadi seorang pembuli setelah dia dewasa? No!! What have I done?!! Sorry tanggechi...

Pembuli di Office:-
Owh..ko budak baru ye...meh sini tolong photostate paper work ni 100 copy. Tetiba dapat tau bahawa budak baru tu sebenarnye yelah boss ko. Ok, selalunya ini hanyalah dalam drama je. Takkan le kita tak gossip-gossip dulu kot sapa colleague baru kita kan. So..teeetttt...tipu.

Pembuli di office selalunya yelah buat-buat sibuk dan meminta colleague membuat kerja untuk dia. Colleague yang dipilih selalunya tak pandai nak melawan atau malas nak panjang-panjang cerita.

Pembuli di rumah:-
Hmm...agak complicated. Senang cerita silalah sayangi suami/isteri kita tu. Mereka pun manusia gak. Ada jugak kemahuan lain selain daripada menjaga keluarga. Mereka pun ada juga ibu, ayah, kakak, abang, KAWAN, eh..kawan hurup besar pulak..ehh...? (Mengingatkan diri sendiri supaya tidak selalu membuat moncong jika suami balik lambat sikit) Biarlah...sekali sekala dia pun nak juga bersosial bersama kawan. Ada jugak cerita-cerita yang dia rasa kawan dia oran yang lebih bagus untuk mendengar. Ahh...tapi jangan le kita pulak ambil kesempatan ye, seperti:- "Saya pun manusia bang...ada perasaan...so hari ni saya nak keluar, esok pun, lusa pun tulat pun, saya nak bersosial"

Amboi..amboi... amboiii....ini lah yang dikatakan dibagi betis nak peha. Eh..peha sedap kan..drumstick..kfc..Sekali sekala je ok!!!! Eh..ni cakap dengan sapa sebenarnye ni?

Pembuli jalanraya:-
Ini banyaakkk...kat office saya ni pun ada. Hihi oppsss.. kadang-kadang pembuli jalan raya ni bila dia membuli tu akan menjadi satu kepuasan buat dia tau. Bila dia dapat memotong kita 'potong pancung' gitu..hihih.. hebak ah tu..nyampaahhhh!!! Lepas tu bila kita bagi signal nak masuk tu tiba-tiba dia lajukan kereta dia...eeeeiiiii!!! Pastu pandang-pandang slack bila kita macam membuat kesilapan sekecil zarah contohnya terlambat jalan semasa lampu hijau. Lambat pun adalah dalam lebih kurang 0.5 saat. Dia pun terus memotong lalu memandang hina kita ni..Chittt....

Jangan layan. Pembuli jalanraya selalunya psycho!! Eh..ye ke?

Last but not least Pembuli yang membela:-
Hehe...pembuli yang tau modus operandi pembuli-pembuli lain biasanya akan menjadi pembela terhadap orang yang disayangi. Maka adakah ini bermakna orang yang selalu membela kita sebenarnya seorang pembuli yang hebat? Mungkin...hihihi..hanya orang yang dibela oleh pembuli sahaja yang mengetahui perkara sebenar.

Pembuli yang membela selalunya akan memarah orang yang disayanginya itu sebab orang yang disayangi memberi peluang kepada pembuli lain untuk membuli. Pembuli pembela juer akan berasa seperti ingin pergi memarahi orang yang membuli orang yang dia sayangi. Hihi..tapi kadang-kadang bukan semua sutiasi kita boleh jadik hero ok. Ingat tu semua pembuli pembela.

Haisshhhh apa saya merepek ni...sebelum lagi kalut..benti sini dulu lah...jom balik!

P/S:- Kita tak boleh nak puaskan hati semua orang. Lagipun kita janganlah dengar sangat cakap-cakap orang yg takde kepentingan dalam hidup kita. Kalau kita nak dengar cakap semua orang dalam dunia ni...bengkok lah dek...lagi pun orang yang bercakap-cakap membuli kita tu ke yang bagi kita makan? Dia ke yang bagi anak ko susu? Ah? Ah?

~Tak baik tunjuk kuat, tapi jangan pulak tunjuk kita lemah~

~kalau kita tak kuat takpe, tapi sekurang-kurangnya kita kena berlakon jadik kuat, balik rumah kang kita nangislah, depan pembuli jangan nangis ok!!~

Pesanan dari ketua pembuli yang menyayangi rakan-rakan..hihi

1 comment:

Mak Ton said...

Ha... Br boleh nk komen...

Sy suka pembuli bdk india tuh.. Hihi..

Btw.. Sy learn frm lesson.. Sy xmo pleasure org.. Sy nk jadik jugak pembuli.. ... Hahaha 