$

Tuesday, 9 March 2010

Mee Hailam Busu Leha

Salam Selasa Puan-puan,

Semalam MK puasa, hari ni pun puasa lagi. Puasa nazar - nazar MK "If ayah selamat operation bypass & sihat semula MK nazar nak puasa 3 hari" Alhamdulillah, ayah selamat menjalani operation, dan nampaknya ayah cergas dan sihat sesuailah dengan keadaan umur dia yang tahun ini dah menjangkau 73 tahun. Hmmm... ok lah, lewat jugak MK tunaikan nazar ni kan. Ayah operate bulan Mei 2009. Hiks... by the way, hari ni yelah hari last puasa nazar. Hopefully semuanya ok.

So, semalam MK masak Mee Sup Busu Leha untuk berbuka. Tapi kali ni MK nak kasik resepi Mee Hailam Busu Leha dulu. Bagi sesiapa yang belum tahu Busu Leha yelah ibu MK okesss..jangan tanya-tanya lagi lepas ni. Eh- takde sapa-sapa pun tanya sebenarnya. heh!

Masa MK masak, siap rasa-rasa 2-3 kali time tambah garam & perasa tu. "umm..sedap..sedap!" Waktu tu jam pukul 7.25pm dah. Lagi 5 minit nak buka puasa. Tiba-tiba baru sedar yang MK tengah puasa!!!! Arrgghhhh... 5 minit lagi nak buka ok. Tapi ibu kata kalau kita lupa kira rezekilah tu kan. Iyelah, lagi 5 minit ko nak batalkan puasa ko Semah? Gilo ko apo?

Jom kita ke resepi:-

Bahan-bahan (2-3 orang makan)
300gram mee kuning (off course)
3 ulas bawang putih
2 pokok Sawi
1 batang Carrot
7-8 biji Fishballs
1 kiub ayam
1 biji telur ayam
1 piring kecil ayam yang dah hiris nipis
1/2 sudu lada hitam
1 sudu besar sos cili (kalau nak pedas tambah lagi)
1 sudu besar cili boh
1 sudu besar sos tomato
kicap manis
1 sudu teh susu pekat manis (psstt...ni bahan rahsia ok-jgn kasik tau orang lain)
air secukupnya

cara-cara:-
  1. Tumbuk bawang putih + lada hitam, tumis sampai naik bau
  2. Masukkan cili boh & kiub ayam 
  3. Masukkan ayam & carrot, kacau lagi
  4. Pastu sos cili, sos tomato & kicap manis, kacau-kacau
  5. bila dah agak empuk masukkan air 2 cawan biarkan mendidih
  6. Bila dah mendidih pecahkan telur ayam, biarkan sekejap, jangan gatal nak kacau pulak. Nanti telur tu pecah tak nampak handal lah kan
  7. 30 saat berlalu (sila guna jam randik ye)
  8. Rasa. Tambah kalau ada apa-apa yang kurang
  9. Masukkan susu pekat, sawi, fishballs & mee
  10. kacau rata- hidang!
Masa tengah type entry ni pun MK terasa lapar ok. Padahal baru pukul 10.00am ini. Hmmmm.... malam ni MK nak masak kari ayam, esok gulai lemak sardine. (kalau rajin...hiks)

Puan-puan nak tau, sebenarnya MK ni tak pandai masak. Ummm maybe TAU but tak handal pun. Hampir hari-hari Mk call Kak Ngah, Ibu or kadang-kadang Matun nak tanya apa derang masak. MK nak tiru.Pastu time masak tu kadang-kadang sampai 2,3 kali call tanya nak masuk bahan apa dulu, "santan dulu ko kubih dulu ngah?" gitu...hehe.

So, bagi puan-puan yang baru kahwin tu ke, yang tak pandai masak tu ke, jangan le runsing pemikiran. Kalau puan-puan jenguk balik entry-entry MK yg mula-mula dulu pun boleh tengok betapa bongoknya MK dalam dunia dapur ini (sekarang pun takde lah pandai sangat).

Resepi yang MK kongsi pun yang senang-senang je. Benda-benda realistik yang boleh dimasak cepat & sedap (kot) & budak & bapak budak suka makan. Semua main campak-campak je. Kalau ada masa lebih puan-puan masaklah yang special sikit.

Sempena kejayaan drama Halimah Jongang - askar-askar MK pun sekarang dah pandai buat gigi jongang. Sensitip ok jongang-jongang ini. Chiittttt....dia orang itu tidak sedarkah bahawa ibu mereka juer jongang. Tapi jongang lite-lite (nak jugak cover lagi tu...)


Abg Lon' pandai buat jongang, tapi adik tak jadik sangatlah. MK? Memang MK pandai buat. Takyah nak buat-buat pun... memang au natural..hahahaha...anyway... kami tak pernah pun tengok cerita tu. Selalu tengok iklan dia je. Kontroversi nampaknya cerita tu ye.

5 comments:

Ms.Lilies said...

aku pun ngong gak weih.....blm pernah buat mee ni lagik...nnt aku nak try gakla....tocei bebeh

Anonymous said...

nasihat lagi tepat dan jitu, masak ajelah kan.. campak semua yg berpatutan, dri takut sgt masuk dapor, apa kes.. :)

Mak Ton said...

ooooo.... susu pekat rahseia nye ya...

akan dicuba... sgt wallahhh rupanya...

tan tan... serupa la kita... masih xterel2 msk2 nih... huh...

dalin said...

weh atan..sungguh gumbire ok ini makanan feveret aku..dan keluarga ku..wahaa..sunggu hepi nak try walopun maybe tak sedap aku masak nanti..wakaka

MK said...

mimi: mee helam senang & sehat-semua campak masuk dlm.

tuntun: ye..susu pekat- or org ganue panggil susu pekak hehe

k.dalia: bukan takot kak. m.a.l.a.s

diana: ish..never ever ckp kita masak tak sedap ok. pantang!! ewaahhh...