$

Tuesday, 13 January 2015

Road Trip Krabi, Phuket - Part 3 (Thai Food)

Day 4 - 28.12.2014 (Sunday)

Macam biasa, breakfast Abang Amran hantar sedulang. Hari ni takde aktiviti sangat just relax & chill saja. Kami sneak out ke Home Pro. Adik dah setting kat Waze dah tempat tu. Sebab kalau cakap dengan Abang Amran nanti mesti dia yang nak bawakkan kami pergi. Padahal kami pandai je pergi drive sendiri. chewaaahh eksyen ye? Waze & GPS kan ada...hehe

Home Pro ni macam Ikano lah kalau kat KL. Besaaarrr...banyak barang. And cheaper than KL. Adik beli tool box bertingkek-tingkek idaman kalbu dia. Murah katanya. Semoga adik akan mimpi indah bersama tool box dia. Dia memang suka benda-benda gitu. Janji happy dek.

Then we went to Methee Chestnut Factory. Semua tempat ni dekat pekan Phuket. Kami cakap je nak beli apa or nak pergi mana. Semua Abang Amran tunjukkan. Dia siap bawak semua anak dia 3 orang ikut kami convoy ramai-ramai 4 bijik keretalah jadiknya. 



Actually boleh je nak bagi kami jalan-jalan sendiri. Tapi dia tak kasik... tak boleh katanya. Ish..ish..sayang betul dia kat kami ye? Hehe...layanan memang tip top 1st class. Kalaulah Abang Amran and family datang ke KL kami mesti bagi layanan yang sama macam dia buat ni jugak.

Dah la bab makan minum pagi, petang, siang, malam, minum-minum & tempat tinggal semuuuuuaaa dia tanggung. Jalan kaki ke Phuket Square tempat orang tempatan beli baju-baju, kudap-kudapan. Ada jual toys jugak. Jersey pun murah-murah. Kat sini boleh beli T-shirt untuk souvenirs or kalau nak beli kerepek-kerepek pun ada.



Lunch kami di Big-C. Big-C sama macam Tesco or Giant la lebih kurang. Kami makan nasi goreng ketam. Dia memang letak isi ketam betul-betul wooo...sedap!!! Dekat food court si Phuket ni rasanya semua tempat yang kami pergi tu menggunaka sistem prepaid card. Means kita kena beli card macam touch & go tu di kaunter, lepas tu baru pergi beli makanan so bayar guna card tu je lah. Ada jugak food court yang everytime beli prepaid card tu dia kasik percuma bekas makanan ala-ala tupperware. 

Lepas makan on the way nak ke Sap Phan Hen tempat pasar malam terbesar di Phuket ni. Ternampak pulak Phuket Premium Outlet. Ala..yang macam JPO kat JB tu. Ehh...mana boleh tak singgah kan. Mesti le singgah. Tapi saya tak beli apa-apa pun. Layan emak je yang happy-happy membeli. "Ni untuk bibik, ni untuk bibik, ni untuk orang tu, orang ni...bla..bla..bla" Hehe..tak susah nak happykan emak..layan je dia shopping. "Ye mak, ni lawa...ni pun lawa..wuiii tu pun lawa mak..beli...beliiiii"

Kami teruskan perjalanan ke Pasar Malam di Sap Sap Soii. Hehehe..korang mesti percaya je kan bila saya tulis nama tempat tu sap sap soi...kiikiki. Saya tipu laaahhh...ish.. sap sap soi tu maknanya senang/kacang/easy peasy dalam bahasa kantonis. Jujurkan saya...saya mengaku saya menipu...

Nama tempat tu yelah Sap Phan Hen. Ni betul tau. Saya tak tipu. Saya siap tanya Abang Amran and adik ipar saya apa nama tempat ni. Lepas tu saya cepat-cepat tulis dalam memo di phone saya. Supaya tak lupa. Almaklumlah saya ni memang selalu lupa nama tempat. Sebab dulu masa SPM tak ambik geografi.


Siapa nak try? Ulek ulek ulek...belalang belalang dan bermacam-macam jenis ulek. Ayong & PakCu nya beli belalang goreng. Erks...betul-betul diorang try. Ish ish...


Saya beli ni je. Mula-mula tu pandang je. Tengok macam sedap. Tapi tak nampak pulak sign lambang bulan bintang (halal) kat gerai tu. Lepas tu menggelupur carik emak mengadu pasal teringin nak makan ni. Emak pun pusing balik satu round pasar malam tu ok. Sebab nak tolong tanyakan benda ni halal ke tak. Ish..ish...sayaaaanggg emak. Lepas tu siap belikan untuk saya. 

Saya nak try 1 je sebenarnya. Sebab perut dah kenyang tapi jahat jugak nak try. Saya fikirkan kita kena makan gajus goreng bersalut madu tu bersama-sama dengan daun tu sekali. Cheehh..tengok nama yang saya pandai-pandai bagi untuk makan tu. Gajus goreng bersalut madu...hahah.

Anyway...saya pun bersungguh-sungguh menggigit gajus tu dengan daun tu sekali sambil disaksikan oleh emak mertua & adik ipar saya dengan penuh kehairanan. Agaknya bila tengok saya tak berputus asa sangat bersungguh-sungguh gigit daun tu barulah emak cakap "Daun tu tak payah makaaaaannnn" Hahaha...ye ke...mana nak tau..ingatkan makanan kesihatan ala-ala ulam gitu. Kikikik...

Emak senyum-senyum je. Pasrah agaknya dapat menantu sengal macam saya.



Ada macam-macam lagi makanan di sini. Warna-warni. Tapi awas!! Sila beli hanya di gerai yang ada lambang bulan bintang. InsyaAllah halal dan toyyiban. Sushi ni saya tak beli sebab takde tanda bulan bintang.


Kuih ni saya beli sebab nampak macam lazat je. Tak tau apa namanya.Rasa macam kuih kapit atau apam balik yang kecil nipis macam kat Malaysia tu kan. Tapi inti dia tu dia letak whipped cream. Manis sangat lah.Lepas tu liat pulak. Mungkin dah sejuk kot. Kalau panas-panas mungkin rangup.


Last but not least ice cream kelapa. Owhhhh sedapnya. Saya habiskan. Siap offer orang lain macam ajak-ajak ayam je. Sebab tamak nak habiskan sorang-sorang..hihihi. Selesai semua orang makan, kami pun balik lah ke rumah untuk tidur. Hari esoknya kami dah nak berangkat ke Krabi semula. So kita sambunglah cerita ni di hari yang lain ye. Ish..ish.panjang bebenor ceritanya. Bila nak habis ni?

Bye!!


3 comments:

Mak Jemah Jual Vitamin said...

bestnya jalan-jalan sana, mak jemah belum berpeluang ke phuket lagi..

diana said...

sap sap soy yuhuuu.. Eh aku pun selalu ajak-ajak ayam bab makanan. Sekadar di pinggiran aje mengajaknya. Tak dengar pun takpe haha

MK said...

mak jemah: saya pun murah rezeki mak mentua sponsor. sedara mara pun ramai sana. so tempat tinggal free je. Syukur Alhamdulillah jimat belanjo.

Ana: haha.."tak dengar pun takpe" kejam ko Ana