Hai korang....
Rindunya Ya Allah!! Nak membebel, nak mengadu, nak gossip nak macam-macam lagi dengan korang. Tapi kekangan masa yang amat-amat. Mula-mula memang rasa bunyik macam poyo je kan cakap busy lah takda masa lah kan...tapi memang...ini serius!!
Dekat nak setahun berlalu gila menggigil nak share dengan korang cerita saya tapi memang tak dapek. Dah la kojo banyak, kedudukan meja tak strategik, balik rumah PC dalam bilik anak. Lepas tu saya dah start banyak aktiviti baru. Ha...ni lah yang nak cerita ni kan...
Meh la kita recap apa yang terjadi dari tarikh saya bercuti menulis yakni June 2013.
Dimulakan dengan vacaton bersama Pinkies!!!!!! Owh...how I looooveee my Pinkies. Kegedikan tak dapat dibendung tatkala berjumpa kawan-kawan yang sama gila geli gedik geleman ni. Kami pergi Pulau Perhentiaaaannnn!!!! Gila ko, plan dari bulan February 2013, perginya June 2013. 3 hari 2 malam. Perhentian-Golok weeeeee...seronoknya samapai sekarang pun tersengih-sengih bila terkenang. Ada beratus lagi gambar semuanya cantik-cantik belaka. Al maklumlah kami semuanya jelita...huhu. Tapi share yang ni cukuplah ye:-
Lepas tu balik dari berriang-ria dapat berita sedih Nenek pulang ke Rahmatullah. Sobss...sobss...sampai sekarang ni saya masih lagi rasa Nenek masih ada tapi mungkin ada kat rumah Induk Cha ke or kat rumah Ibu Aro ke (makcik-makcik saya) Tapi hakikatnya Nenek memang dah pergi selama-lamanya. Al-Fatihah untuk nenek. I love you nek!!!
Bulan 8 Amira nikah dengan tunangnya Alif. I love you baby girl. Dah besar dia. Cantik macaaammm Mak Teh dia...(nak jugaaakkk) Ok la...Kak Long lagi lawa la dari Mak Teh..(itu pun sebab Mak Teh dah tak remaja :P)
Nanti sambung....arrghhhh....
No comments:
Post a Comment