$

Thursday 13 June 2013

Macaroni Cheese Bakar (Baked Macaroni Cheese)

Siapa dulu pernah tengok cerita Rona Roni Makaroni? Kelakar juer cerita tu. Bront Palarae dengan Sharifah Amani. 

So...semalam tiba-tiba rasa nak makan macaroni cheese. Tapi dulu pernah buat yang instant punya lah kan. Memang di-reject oleh anak-anak. Terus merajuk takmo masak lagi. Kali ni kita baked pulak lah. Tapi seperti biasalah kan. Chef Wannabe perasan handal ni suka alter-alter resepi tau. Kalau resepi Chef Wan mesti dah kena sumpah dengan dia sebab suka tukar-tukar ikut sukahati. Bukan apa puan-puan, saya ni sebenarnya ikut bembahan yang ada dalam dapur saya je. 

Saya beli bahan yang betul-betul tak boleh ditukarganti saja. Contoh tepung gandum. Tak kan saya nak ganti dengan tepung beras kan....kang tah hape pulak jadiknye. So..bersedialah menerima resepi ikut suka hati saya ye. Yang penting laki saya cakap sedap!

Moh ke Bembahan:-
Makaroni siku (hihiih elbow macaroni lah)
1 biji bawang besar (potong dadu)
2-3 ulas bawang putih (potong dadu)
1 piring kecik ayam/daging/udang (saya guna ayam) - (potong kecil)
4-5 sudu besar tomato puree (saya guna sos bolognese prego)
1 biji telur ayam
Mozarella cheese (tapi saya guna slice cheese)
1/2 cawan fresh milk (saya guna susu tepung Ayen-dutch lady 456 - hihihi)
2 sudu besar tepung gandum (ahh yang ni jangan tukar tepung pulut pulak ye...nahas kang)
Sedikit Italian Herbs
-Google-
Sedikit perencah 'cukup rasa'
Sedikit coarse black pepper 
gambar adalah di Google

minyak masak untuk menumis
dan akhir sekali keyakinan 100% (kikiki)

Cecara:-
  1. Rebus macaroni sampai lembut. Tos, ketepikan.
  2. Tumis bawang besar & bawang putih hingga wangi
  3. Masukkan perasa
  4. Masukkan ayam. Kacau selalu hingga empuk
  5. Masukkan tomato puree
  6. Kacau selalu hingga agak kering. Siap. Padamkan api. Biarkan dia kat situ kejap
  7. Dalam bekas lain pukul telur, susu, tepung gandum, mixed herbs & pepper hingga sebati.
  8. Pastu masukkan macaroni. Gaul Lagi.
  9. Masukkan ayam yang kita tumis mula-mula tadi. Gaul Lagi
  10. Saya potong-potong cheese keping dan gaulkan jugak bersama dengan bancuhan ni.
  11. Panaskan oven 200' celcius selama 10 minit
  12. Lepas tu sila decide. Nak buat sebijik godang ke or mini mac & cheese.
  13. Saya decide buat children friendly punya version. Yakni saya scoop dan letakkan bancuhan tu tadi dalam cuppies!
  14. Last sekali saya letakkan cheese keping kecik-kecik atas cuppies tu.   
  15. Saya bakar selama 20 minit.


Hasilnya cenggini:-


Anak-anak saya suka. Siap makan bersungguh-sungguh. Husband pun suka. Siap mintak lagi sebijik. Makan sambil membuat kerja di depan komputer hikmat dia.

P/S:- Perasaan paling best bagi seorang pemasak yelah ketika melihat orang tersayang makan masakan dia bersungguh-sungguh...fuuuhhhhhhhhhhhhhh



No comments: