$

Wednesday, 29 February 2012

Sup Ikan Jenahak

Hai y'all!

Lepas balik kerja hari Isnin hari tu kan, terus saya heret anak lelaki 2 orang tu pergi Giant sebab nak beli lauk. Dah dekat 2 minggu masak cincai-cincai atau memang tak masak langsung. Sebabnya lauk dah habis & pemalas.

Dalam otak dah fikir nak beli ikan 2-3 jenis sebab kalau asyik ayam ayam ayam nanti lama-lama muka pun jadik macam Colonel Sanders ala...orang tua yang model KFC tu kan. Disebabkan Yen suka sup, saya pun dah bercita-cita nak beli ikan merah. Sedap dibuat sup kan. Ok..beli beli beli solat kejap kat surau Giant tu. Masa saya tengah solat tu, saya perasan yang Yen kejap-kejap pergi ambil wudhu je..tapi solatnya tak pulak. Hehehe..main air le tu. Chiitttt...

Selasa pagi borak-borak dengan Matun, dia tanya mahal tak ikan merah? Saya pun check le resit tu. Lepas tu baru tau yang ikan yang saya beli semalam tu sebenarnya ikan jenahak...heheheh rasa sedikit ngeng di situ dasar tak kenal ikan. Tapi kan, dekat signage tu dia tulis ikan merah ok. Masa nak beli tu pun saya ada berfikir dalam hati (memang le pikir dalam hati karang kalu pikir kuat-kuat kang orang ingat sewel pulak) eh ngapa ikan merah ni kaler dia lain ek? Tak fresh kah? Ewaahhh pandai sangat le tu. Dia kaler lain sebab dia bukan ikan meraahhh. Pfftttttt!

Ok resepi:-

Bembahan (Sekeping ikan je ye):-
1 potong ikan jenahak (nak ganti ikan merah pun ok je)
1 biji bawang besar (potong 4 ke 6 ke)
1 ulas bawang putih (hiris)
1/2 inci halia (hiris)
1/2 kiub ayam knorr (masak ikan tapi guna kiub ayam-magic kan?!)
1/2 batang timun (potong panjang-buang biji dia)
1/2 batang carrot (potong panjang)
sedikit soo-hoon
sedikit daun sup
1-2 cawan air
garam & lada sulah
minyak untuk menumis

Macam banyak je ek bembahannya. Tapi yang senang-senang je kan. Semuanya macam ada kat dapur je kan?

Cecara:-
  1. Tumis bawang besar, bawang putih, halia sampai bau wangi
  2. Masukkan kiub ayam, lada sulah
  3. Masukkan carrot
  4. Campur air sikit untuk lembutkan carrot tu, bila dah lembut sikit masukkan lagi air
  5. Bila dah rasa yakin (hehe) & sup dah mendidih boleh masukkan timun
  6. Masukkan ikan, soohoon
  7. Adjust rasa, tambah garam ke.
  8. Bila ikan dah masak, tutup api, masukkan daup sup kacau sikit tutup periuk vision (Chewah) dengan penutup (lid) dia.
  9. Sekian, sedap!!!!
Semalam saya kawankan sup ikan tu dengan ayam belado. Sedap juer. Dan memang saya ada masak lebih sebab ada cita-cita nak bawak ke office untuk lunch hari ni. Memang tercapai cita-cita saya tu. Tapi kan, suami saya sangat baik hati, mungkin dia kesian tengok saya, so dia tolong bawakkan beg bekal tu. Baik nawaitu dia kan. Lep u (tetiba)...tapi dek kerana mungkin dia terlalu gagah menghayun langkah semasa membawa beg so ayam belado saya dah jadik sup ayam belado. Sup ikan saya dah kering (rujuk appendix A)....hihihih...

Appendix A

Hah...tengok tu. Tapi tak kesah lah labu..nanti masuk perut semua campur-campur jugakkan? Ni gambar saya baru ambil tadi ni. Sup pun dah beku sikit sebab simpan dalam fridge untuk panaskan masa lunch hour nanti. Tu je...kesian..eh..sekian!!!

Tata!!

P/S:- Cabaran seterusnya yelah merendang ayam. Tah bilalah nak tercapai?


3 comments:

dalin said...

hiks..aku mggu ni maleh balik tan.biaselah nak period. aah mmg selalu malas pon.

syabas pak mir pandai mengambil hati gittew

Mak Ton said...

Bnyk juer nasik n lauk2 nya..

Go go tan.. Mari merendang..

MK said...

Ana: Dah 2 minggu malas terpaksa taubat & merajinkan diri memasak semula

TunTun: tak besaq pun..bekas tu kurang dari sejengkal saje. nasik pun kurang dari 1/4 dr piuk vision yg paling kecik (perlukah aku explain) hihih