Pernahkah puan-puan mengajar anak-anak puan-puan untuk memukul anak orang lain? Saya pernah. Hahaha..sounds brutal! Well...bukanlah tiba-tiba memukul anak orang lain, ia actually lebih kepada self defense.
Saya ingat lagi sewaktu Bayong Adam berusia dalam 3-4 tahun. Dia budak tinggi so other kids easily thought he's like 5-6 years old. Jadi selalunya dia akan dibuli secara sengaja atau tidak di playground. Semasa di playground, saya selalunya akan memerhatikan dia dari jauh, biar dia berdikari & join other kids. Selalunya dia akan ditolak oleh budak lain. Bayong tak tau macam mana nak react, dia hanya menjauhkan diri & memandang saya meminta pengertian. Kadang-kadang siap jatuh tertonggeng-tonggeng ok. Kesian anak saya.
Yang menggeramkan saya ialah, parents or penjaga budak-budak lain tu. Hello....boleh tak ko cakap dengan anak ko jangan main kasar-kasar?! Anak aku ni baik ok...sebab emak dia tak ajar tolak-tolak anak orang lain. Nak main buaian ke slides ke dia ikut giliran, sebab emak dia ajar gitu. Dia tak tolak-tolak anak orang lain. Emak dia siapa? Ahkak la....hihihi
Kadang-kadang saya pergi selamatkan dia, bangunkan dia ke. Tapi dia tak serik, nak jugak berkawan dengan budak-budak tu. Mentang-mentanglah dia jenis tak menangis, so budak-budak lain bulilah dia sesuka hati. Tak kan lah saya nak larang dia bercampur gaulkan? Cuba ko buat dengan Yen sekarang, ko belum cuit lagi dia dah menjerit atau lagi best terus berlari mengadu sambil tunjuk-tunjuk tangan dia kat budak tu so saya bolehlah memandang budak tu dengan pandangan mata yang dah macam nak terkeluar ok. Horror..!
Sambung cerita Bayong:-
Bila balik ke rumah, saya cakap dengan dia;
Ibu: Yong...lain kali bila orang tolak Bayong, Bayong kena lawan balik tau!
Bayong: Boleh ke Bu, Ibu kata tak baik buat orang.
Ibu: Ehhh... kalau orang dah buat kita dulu, kita mesti lawan!! Tapi kita janganla buat dia dulu.
Bayong: Takpe eh camtu?
Ibu: Takpe...kita mesti mempertahankan diri sendiri.
Bayong: Ok, esok Bayong tolak dia!!!! (Semangat ni!!)
Ibu: Good boy! (Semangat juer)
Esoknya, benda yang sama terjadi lagi. Seperti biasa saya akan meminta pengertian parents budak yang membuat onar itu. Seperti biasa juer, dia pandang saya dengan pandangan sepi dan buat tak kisah. Bayong sekali lagi meminta pengertian & kadang-kadang hanya menjauhkan diri. Tapi budak itu tetap ikut dia & buli-buli dia. Saya memandang Bayong dengan mata dan anggukan yang mengharapkan dia mempertahankan diri dia, tapi mungkin dia tak sampai hati or tak tahu cara macam mana nak buat.
Ok FINE!!!! Meh sini ibu take action. Nanti ko ye budak noty...meh sini auntie ajar ko. Mak ko tak nak ajar ko kan...kejap eh..ko tunggu. (Emo ni ok).
Sambil dukung Yen yang masa tu baru umur 1+ kot, saya pun pergilah dekat-dekat dengan group yang main buaian tu. That particular kid pun ada kat situ sedang bermain tolak-tolak dengan kawan-kawan dia. Bayong masa tu tengah main kat slides.
MK: Hai...
Kid: Huh? (Buat muka comel, memang dia comel pun)
MK: Nampak tak budak yang pakai baju biru tu?
Kid: Nampak! Kenapa?
MK: Selalu antie nampak awak buli-buli dia, tolak-tolak dia..kenapa ek? (Tanya dengan ramah & nada ceria ni tau)
Kid: Saje....
MK: Owhh...saje ek.
Kid: ~buat muka puas hati sambil pandang Bayong~
MK: Ok, dengar sini, budak tu ialah anak auntie, dia budak baik..dia tak kacau awak, so baik awak jangan tolak-tolak or kacau dia lagi. Kalau auntie nampak sekali lagi, auntie cubiiiiiiiiiiiiiiiitttt perut awak tau! (Dengan muka serious ya hamat)
Kid: ~Angguk tanpa henti~
MK: Good boy! ~gosok kepala dia, senyum, berlalu pergi sambil angkat tangan dekat emak dia yang duduk kat hujung sana yang sedang bergossip~
Ok, call me KEJI, but I would do anything for my son. If you don't know how to teach your son/daughter, let me help you - thank you!
Itu dulu.... since Bayong dah masuk sekolah dia tau protect diri sendiri. Lagipun sekarang dia lagi besar/tinggi dari rakan sebaya, so kebarangkalian untuk dibuli amat tipis semasa di tadika. But now, dah masuk sekolah rendah, mungkin dibuli semula oleh budak darjah 2 or 3.
Malam tadi saya dengar ayah dia memberikan lecture tentang self defense & sebab musababnya. Harap Bayong faham & mempergunakan ilmu yang diajar.
P/S: I am maybe not the greatest mother in the world, but I wanna be the best for my children. Sila memahami. Tengkiu!
2 comments:
Haha!! Jgn sampai auntie wer bg nano nano ok...
erks...aku patutnye bagi dia nano2 kan.... ehhehe ewww
Post a Comment