$

Friday 5 August 2011

Update rawak saje

Lama sungguh rasanya tak membebel di sini. Entah apa yang di-busy-kan entah. Sedar-sedar orang keliling dah sibuk tanya baju raya tahun ni apa theme color. Kuih tat nenas berapa ringgit sebalang. Hihi...So MK update rawak sajalah. Apa rawak rawak tu? Rawak = Random. Itu pun nak translate ke MK ooiii? Memanglah.. dah namanya anak cikgu..mesti dapat genetic cikgu sikit.

Our family pergi short vacation dekat Tiara Beach Resort PD. Frankly MK mulanya memandang rendah terhadap keseronokan bercuti di PD ok. Al-maklumlah kampung MK dengan PD tu cuma sepelaung saja. So memang tak pernah terfikir nak bercuti di situ. Akhirnya kami pergi juer memandangkan tempat itu paling convinient buat semua adik beradik. TETAPI - surprriiseeeee... seronok to the max ok! Gambar nanti MK update lain kali lah.

Jumpa Dekya!!!! Fuuu...seronoknya tak terkata. Dekya is my roomate kat sekolah dulu. Walaupun jumpa like 45 minit saja tapi at least kami berusaha untuk berdating. Hihi... tapi seperti biasa terlupa ambil gambar. Sebab MK hanya hantar dia ke tempat dia kursus. Tempat tu penuh dengan abang askar beruniform..woww... oppsss puasa..

Jumaat petang, kereta comot MK dicium oleh sebijik Mitsubishi Storm yang otak pemandunya tak berapa pandai. Langgar tu satu hal, tapi taklah marah sangat sebab tak de kemek apa pun. Lagipun setakat cium gitu je walaupun kira tersentaklah juer MK kat dalam kereta tiba-tiba kereta comot tersentak ke depan kan. Orang yang drive kereta tu tak mintak maaf ok. Dia siap hon hon lagi bila MK berhentikan kereta untuk check apa-apa yang rosak ke. Hantu betullah. MK geram...terus ambil phone snap snap snap gambar dia. Konon garanglah tu. hihihhihi....

Kami balik Kuantan weekend sebelum puasa tu. Ombak kuat - tak boleh mandi laut so settle dengan swimming pool saja. BBQ dengan family malam tu ada ketam bakar... nyuummmm. Kuantan masih menjadi destinasi kegembiraan MK so far. Fantastic food & free vacation..weeeee...hihihih.

Bulan puasa pulak - 1st day puasa dah terpeleot. Migraine yang teruk muntah-muntah. So terpaksa mengorbankan puasa pada pukul 2.30pm selepas dibebel-bebel oleh PakMir yang kebetulan ada di rumah juer sebab demam. (tapi dia puasa aahhh). Bayong puasa penuh setakat hari ini. Oh..tidak..puasa ke-3 hari tu dia tidak tertahan meminum air di dalam kereta pada pukul 6.00pm..pffttt... tapi dia consider dia puasa jugak. Haha..alahai budak 6 tahun yang sangat cekal.

Baju raya kanak - hadoiii haaiii mahallah!! I mean just a simple t-shirt for boys dah less 50% pun still mahal?? Tak ada ke like 7-8 ringgit (haha u wish). Yen pun dah pandai memilih... "Nak baju meyah..nak baju meyah" tak padan dengan kecik & tak puasa...baju raya sebok nak yang mahal. Chittt...

Ok itu saja setakat ini. Dengan ini MK & family ingin mengucapkan Selamat Berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia. Harap maafkan segala kesalahan tutur kata MK kepada puan-puan selama MK bersiaran di sini ye. Semoga Ramadhan ini mendapat keberkatan untuk semua.

P/S: Tahun ni balik raya mana?






5 comments:

Norazirawati said...

post akak mcm express jek kali ni.. byk2 citer dihimpit mcm nasik himpit.. ;p
pastu ntah knape saya plak baca laju2 sekali napas.. fuhhhh!!
selamat berpuasa dan hari raya!!!

Kasih D Hati said...

sis rindu u updated blog. rindu nak tau citer 2 org kanak-kanak tue...

MK said...

hahah...selalu nak update tapi takde idea & cerita. Zira siap baca sekali napas...tere tuh!!!

Kasih D Hati said...

akak tulis sikit pun tak apa.. asal tulis.. sbb nak tau rahsia tak? kwa kwa kwa.. kalau orang tension, orang mesti, bukan mesti lg dah, wajib buka blog ni dan baca..pastue dah leh senyum sorg2... suka jua... semoga bulan Ramadhan nia pahala akak bertambah sbb buatkan hati saya yg lara dan penat menjadi gembira... hehhehe

MK said...

maseh dek..terasa dihargai gitu...awwww..hihi