$

Friday 22 July 2011

Perangai manusia yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya

Wiuuyooo panjangkan tajuknya. Skema pulak tu.

Biasalah puan-puan, hidup di KL. Sana-sini jem. Nak beli roti tak boleh pulak nak disapu dengan 'jem' itu (ok tak kelakar). Peak hours memang critical. But how about we enjoy it rather than we marah-marahkan? Well kalau bawak kereta auto bolehlah enjoy scenery. Cuba kalau bawak kereta manual...aaahhh menjawab!

Kadang-kadang bila bawak kereta ke office especially, MK drive macam zombi, tak sedar tiba-tiba je dah sampai ke parking office. Eh..tak ingat apa yang terjadi di jalan raya. Kereta apa yang lalu lalang sebelah MK. It's like macam dah terlalu routine-kan. Hari-hari di waktu yang sama ikut jalan yang sama, kadang-kadang jumpa kereta familiar, yelah dah dia pun ikut route yang sama.

Semalam MK drive sorang, tiba-tiba ada kereta kancil kat sebelah MK tu ngorat-ngorat ok. Pffttt....tak malu kah dia kepada his baby's car seat yang ada kat seat sebelah dia tu? Lupakah dia?? Masa tu MK bukak tingkap sebab nak betulkan side mirror ada motor sudah langgar sikit. Masa tu lah dia ngorat-ngorat. Nyampah ok!!!

Disibabkan kereta kami sangat dekat maka tak perlu menjerit, tapi suara dia masyaAllah, rasanya 4-5 biji kereta depan belakang pun boleh dengar. Sapa nama, nak berkenalan, mintak no phone boleh? Hishhh!! Last-last MK bersuaralah sikit "Anak bini sihat?" Sambil tunjuk/pandang ke arah car seat tu. Laju je dia jalan lepas tu..hihihhi mungkin telah tersedar dari lamunan. (bisik - dah la tak hensem :P)

Ada yang bercinta dalam kereta, gelak-gelak, tepuk tampar beramas mesra. Which is fine...but boleh tak jangan drive terhegeh-hegeh sangat. Akak nak balik cepat dek...nak jemput anak & nak masak dinner.

Ada jugak yang sengih & bercakap-cakap sorang-sorang. Itu mesti tengah cakap phone lah tu.

Ada lady driver tengah marah-marah anak dia kot. Sebab nampak macam jerit-jerit. Tapi anak dia yang duduk belakang tu buat tak tau je. Sambil buat muka badut lekatkan hidung dia kat cermin tingkap sampai kemek-kemek muka & hidung dia. Menghiburkan hati sungguh budak tu. Sungguh berbakat.

Ada yang SMS, make/take calls (without hands free), or even FB-ing dalam kereta. I use my pretty little phone too, tapi dengar lagu Uji Rashid..hihih "Bila memandang gambarmu, hatiku rasa tak senang. Senyuman di bibirmu, menawan kalbu..la..la..la.."

Well TunTun once asked me about touchscreeen phone that I've been using. "Senang tak nak texting while driving?

MK jawab "Macam mana canggihnya phone tu pun MANA BOLEH TEXT WHILE DRIVING!!"

Dia gelak je tapi terus insaf katanya..hehehe...for me SMS means tak berapa urgent. Kalau seriously hidup & mati punya urgent, people will call you when you don't reply their messages.



P/S: Enjoy life!!! Jangan tense semasa di jalan raya.





1 comment:

Mak Ton said...

mcm2 kerenah org kan...

lom yg eksiden terbarai sana sini..

sy insap tan tan.. xtext lg ketika drive.. :D