$

Tuesday, 5 July 2011

Puding Karamel - Caramel Pudding

Pac Man (telah dibaham oleh Bayong)

Pada suatu malam, pada pukul 9.45pm, seorang surirumah tiba-tiba teringin nak mengunyah benda yang manis. Nak buat kek pasti lambat dan dia perlu tidur pada pukul 10.30pm. Hmmmmm... lepas itu keluar mentol ajaib di atas kepala beliau. Tiingggg!!!!!! Puding caramel!!! 30 minit boleh dimakan!!


Bembahan:-
4 biji telur (kalau telur tu besar guna 3 je)
2 sudu besar gula
1/2 tin susu pekat
1/2 tin air (guna tin susu tadi)
1 sudu kecil esen vanilla

Cecara:-
  1. Panaskan loyang atas api, letakkan 2 sudu gula dalam loyang tadi, biarkan sekejap hingga gula hangus.
  2. Sediakan periuk pengukus, panaskan air semualah ye
  3. Kacau-kacau sikit sampai cair semuanya. Tutup api, ketepikan loyang.
  4. Dalam bekas lain, pukul telur dalam 2-3 minit (lenguh ketiak). Masukkan susu pekat, kacau-kacau
  5. Masukkan air, kacau-kacau. Masukkan esen vanila
  6. Masukkan dalam loyang tadi. Kukus 20 minit
  7. Siap!!!
Resepi dari Si cantik manis mama Hanis Zalikha Model 80-an

Hmm..last Friday ada potluck kat office. MK dipaksa membawa Shepherd pie. Buat 3 loyang. 2 bawak ke office. Loyang kecik vegeterian, loyang besar karnivor..hihih... 1 loyang untuk orang rumah (special request without mushroom).

Sebelum dibakar.


Hasilnya. Tetiba ada loyang panjang tu ek. Hihihhi..itulah orang di rumah punya.


3 comments:

mashi said...

glupppp!!!
saya puasa....

btw saya tukar sikit...

1 org cik dah kasik komen~~wohaa

:)

Mak Ton said...

haiyoooo...

sedap nya sumer... must try shepherd pie tuh... sabtu punya projek lah...

MK said...

mashi: cik ke? ok ok..kena tukar nanti ni..

1 org cik/puan telah mengomen

tun: dah buek lomm??