$

Monday, 15 August 2011

Nasi Minyak & Ayam Masak Merah

Hai... selesai sudah puasa ke-13 ek. Minggu depan dah boleh pasang lagu raya. Hari Sabtu memang hari yang ditunggu-tunggu oleh Bayong & Yen sebab hari jalan-jalan katanya.

Owh..we went to National Library to return the books which they borrowed hari tu. Lepas itu ke KLCC sebab Yen lapar. Err..malu juer nak beratur belikan nasi ayam kat Signature foodcourt KLCC tu tapi bila tengok raai ibu-ibu yang beratur juer untuk anak-anak yang kelaparan so tak kesah lah.

Bayong mula-mula masih bertahan. Tapi bila tengok adik makan dengan sedapnya, last-last dia kata "Boleh tak Abang rasa sikit nasi ni?" Alahaaiii kesian lah pulak...masa tu pun dan pukul 2.00pm. MK kasik je lah dia makan. Seronok juer ke KLCC hari ini sebab tak penuh dengan orang. Parking pun senang carik &the boys berperangai sangat baik. Tapi penaaattt....sebab melayan dia orang jalan-jalan ke toys r us la tengok cultural show la..bla..bla...laparrrr....

Balik rumah cuci kaki, tutup curtain rapat-rapat, switch on kipas & paksa dua beradik tu tidur. Yen tidur 3 jam!! Woooo best!!!

So project memasak nasi minyak bermula.

Resepi macam yang dulu. Puan-puan boleh search dekat search box kat tepi blog ni ek. Anyway disebabkan MK ni baik hati (chewaahh) nah ambiklah lagi sekali resepinya. Dah namanya resepi campak-campakkan. So kita buat je dengan apa-apa bahan yang kita ada kat rumah. Tak payah susah-susahkan diri.

Alas meja Mak Mentua bagi..hihihi

Nasi Minyak:-
1 1/2 cawan beras (cuci bersih, ketepikan)
1 1/2 cawan air (didihkan)
1 biji bawang besar (hiris halus)
3 biji bawang putih (hiris)
1 batang kulit kayu manis
3 biji cengkih (eh ke bunga lawang - matilah tak kenal spices!)
2 biji pelaga
1/2 kiub ayam/daging
2 helai daun pandan (tak letak sebab malas nak turun kedai untuk beli)
garam sikit je
1/2 cawan susu cair

MK guna serbuk kayu manis & serbuk pelaga sebab yang betul-betul punya tak beli lagi. Eh..serbuk pun kira betul/original lah kan..eh..apa-apa lah labu...MK beli serbuk kayu manis & pelaga hari tu sebab nak buat teh masala yang sangat manis!!! Hihi...1st time try buat sendiri ok sebab rindu teh masala kat Ampang Park. Pastu bulan puasa macam mana nak rasa kan.

Ok...cecara:-

  1. Cuci beras bersih-bersih, ketepikan.
  2. Didihkan air dalam periuk.
  3. Tumis bawang besar, bawang putih, kayu manis, pelaga, segala bala rempah ratus yang ada kat dapur puan-puan tu letak je lah. 
  4. Tetiba hari ni MK letak kiub daging padahal takde pun dalam resepi sebenar. Lantak lah!
  5. Pastu tuang semua tu termasuk minyak menggoreng tu tadi dalam periuk yang airnya dah mendidih tu.
  6. Lepas tu masukkan beras & daun pandan (kalau ada)
  7. Masukkan garam sikit.
  8. Tanak nasi macam biasa bila dah dekat-dekat nak kering air dia tu, masukkan susu cair.
  9. Siap!!
  10. Owh..pastu ada agak-agak 1/2 jam nak berbuka baru MK perasan nasi MK tu mentah!!! Wuuuu....ini kes terlebih konfidenlah ni..padanlah muka.. Never fear tho!!! Sediakan periuk kukus...kukus 20 minit nasi tu..jadi lebih gebu & delicious!!

Ayam masak merah:-
Terus ke cara-caralah kan. Malas pula nak letak bembahan. Sheeeesshhh...
  1. Goreng ayam. Ketepikan
  2. Tumbuk bawang merah, bawang putih. Tumis kasik wangi garing
  3. Masukkan halia yang hiris nipis halus
  4. Masukkan cili boh buatan sendiri sikit je
  5. masukkan gula 1 sudu teh (ikut pandai lah)
  6. Asam jawa sikit je
  7. sos cili mcdonald 3 packs (hihih..ini sebab pagi tadi kami sahur McD so kasik habiskan sos tu)
  8. Tetiba sos tomato habis pulak. MK bantai pergi letak tomato puree yang untuk buat spaghetti tu. 2-3 sudu besar.
  9. 1/4 cawan susu cair. Entah kenapa tiba-tiba mendapat azimat untuk memasukkan susu cair. Haha..bantai yolah!
  10. Kacau-kacau mendidid masukkan ayam.
Disebabkan Bayong tak puasa, so MK suruhlah dia tolong rasa ayam tu. Tanya dia ada apa-apa yang kurang ke? Kena tambah garam ke? Dia jawab "Entah lah sedap je, nak nasik boleh?" Erkss...sedaplah tu kot.

Suami makan sangat banyak, siap request untuk buat lagi ayam masak merah tu untuk berbuka esoknya. Baik Boss!! Nasi minyak MK juer sedap & gebu..woohoo... tauhu jepun tu MK & Yen je makan.

Hari-hari terasa pendek dan sekejap je kan dalam bulan puasa ni. Kenapa ek?

P/S:- Sekarang ni kan setiap kali azan subuh berkemandangkan, anjing-anjing kat luar rumah MK selalu menyalak-nyalak ok. Seram sungguh bunyiknye...entah apa lah yang dia orang nampak tu kan... nyiiieeeeee hihihihhihi!!!!






5 comments:

emma said...

lapaaaaaaaaaa....

dali said...

babe, i tried ur lambie recipe. rakyat jelata makan dgn gumbira.along cakap mashed potato sgt sodapp hehe..

Tijah said...

wahhhh! misti guna susu cair dairy champ ketok ketok romodon kann?

Mak Ton said...

sedapnyeeeee.......

thumbs up to tan tan...

MK said...

emma: tak sabar nak potluck berbuka di rumah mu emmot!!

dali: aku pun meleleh saliva tgk lemak-lemak kambing yg ko masak tu ana...wuuuuu

tijah: ketok ketok ramodhon katanya. tah apa brand tah.. main taram yo kak

tuntun: maseh darl!! tapi blom dpt celen kerajinan ko...bravo!!