$

Wednesday, 17 August 2011

Ultraman melawan Ikan Keli

Semalam kami berbuka cincai boncai. Walaupun nasi beriani yang PakMir beli kat pasar ramadhan Sungai Besi tu nampak sangat sedap. Lagi-lagi orang tu menggunakan beras basmathi namapk nasi tu sebutir-sebutir panjaaaannggg... tapi semuanya itu terus jadi tak sedap sebab tiba-tiba Yen tercekik tulang ikan keli.

Ye- mungkin salah MK juer sebab membenarkan dia suap sendiri makanan dia. Tapi dengan diawasi oleh ayah beliau jadi harapan MK semuanya ok. Tetapi malangnya (ayat skema-hihi) Yen tercekik juer. Ikan keli pada fikiran MK yelah antara ikan yang paling selamat di dunia untuk memberi kanak-kanak makan sebab tulang dia sekeping je kat tengah-tengah. Tetapi anggapanmu salah belaka MK.

Selingan Info: Tahukah anda lagu Anggapanmu nyanyian Ziana Zain telah memenangi Anugerah Juara Lagu suatu ketika dulu?

Yen telah menjerit sekuat-kuat hatinya dengan niat untuk mengeluarkan tulang itu. Bila PakMir suluh haaa... dekat seinci panjangnya melintang dalam tekak Yen. Cuba tarik 4-5 kali tak berjaya sebab jari kami besar mulut cikonet tu pulak kecik.

Terus berhenti makan secara panic. Masa teman Bayong cuci tangan kat dapur MK nampak air mata dia meleleh. Poor boy....dia sedih sebab adik dia sakit & dia tak dapat nak tolong. MK peluk dia, kata "Takpe Yong...kita pergi jumpa Doctor ye, nanti doctor tolong adik"

Sampai kat klinik doctor pun terkejut tengok tulang tu panjang sangat. "Macam mana Ryan boleh makan tulang yang besar begini?" tanya Dr.Kavita dengan lemah lembutnya.

Doctor cuba 3-4 kali jugak tapi tak berjaya. Walaupun dia ada equipment yang rupanya macam tweezer tu tapi disebabkan Yen asyik tutup mulut dia sebab terasa macam nak muntah tu so tak berjaya.

Doctor kata kalau tak berjaya keluarkan, kena bawa Yen pergi hospital, bius & tarik keluar tulang tu. Kalau pergi hospital tak dapat main bunga api. Tetiba Yen jawab "Eh..dah takde la" (berlakon) Konon-konon tulang tu dah takde. Mesti dia takut tak dapat main bunga api lah tu...

Doktor pujuk Yen "Ryan....doktor nak tolong Ryan. Jangan tutup mulut ye. Kita try lagi sekali last..last..." kata Doktor.

Yen siap buat muka serious sambil tunjuk jari ala-ala warning kat doktor tu "Last aaahhh!!" Hahaha....

Doktor cuba lagi sekali. Dengan bantuan 3 orang nurse tak berkaliber..hihih.. MK pegang tangan & kaki Yen, sorang nurse pegang kepala Yen, lagi satu nurse pegang torch light & doctor dengan equipment dia tu. Rasanya Yen sangat takut tengok benda tu ok. Yelah...panjang & mengerikan nak dijolok masuk tekak dia. Huishhhh seriau!

Yen menangis kuat! So mulut nganga besarlah kan. Finally doctor dapat tarik tulang tu. Siap cakap dengan MK "Nah ibu...simpanlah buat kenang-kenangan" Sambil tunjuk tulang ikan yang ada darah sikit. Huh...tak sudi lah nak simpan tulang tu.

Bayong yang duduk kat kerusi tepi MK tu sangat sedih tengok adik dia jadik gitu. Sebak juer dia. Tapi bila dah settle semua, doctor suruh beli ice cream!!! Hihih..sebab ada swollen sikit tekak dia so kena makan benda yang sejuk-sejuk.

Lepas tu barulah Yen menjadi diri dia sendiri semula. Melompat & membebel tanpa henti. Alhamdulillah syukur semuanya selamat. Terima kasih doctor!

Nih Ultraman. Sorry gambar ikan keli tak sudi MK ambil sebab telah mencederakan baby bucuk bacin MK ni walaupun MK tahu ikan keli tu mesti tak berniat nak buat gitu kat Yen.


Ni gambar Ahad lepas kat Summit USJ tengah tunggu Upin Ipin datang beraya.

Berjaya jumpa Ipin!!

Kawan baik

P/S: Entahlah...takde P/S hari ni..tak boleh fikir pulak. Masih trauma dengan kejadian semalam.

2 comments:

dali said...

mesti masa anak2 sakit tu kita tepikir lebih baiklah dia lompat2 etc kan dr tgk dia sakit kan. or lebih baik kita je amik tempat dia. along pergelangan kaki kiri dia patah last year. bukan salah dia pulak tu. aku sampai x updet psl tu kat blog pun sebab sedih sgt.. so i understand ur feeling tan. mcm satu bencana to see the kids like that. luckily that along dan aaron lasak jua spt biasa. syukurrr..

MK said...

ye ke ana? kesiannya along! itu lagi sakit ok!!! syukur along tetap aktif meloncat2 non stop