$

Wednesday, 24 August 2011

Marah di bulan Ramadhan

Hari ini terasa hendak menggunakan kataganti-nama - AKU.

Iye - aku baru je lepas marah ni. Pasal apa? Pasal... ada orang tak berpuasa kat office ni lepas tu macam bangga dengan perbuatannya. Mengharap orang lain memahami bahawa mereka boleh hidup tanpa makanan, tapi tanpa rokok... tak boleh hidup. Habis tu kenapa engkau melantak macam orang kebuluran? Kata terpaksa merokok je? Kenapa engkau tanya pasal sisa makanan meeting semalam pulak? Bodoh!

Mind you, aku ni bukanlah ustazah ke alim ulamak ke bijak pandai agama ke. Tapi aku tahu kalau tak puasa tu berdosa. Inikan pulak engkau sengaja. Engkau tu boleh bekerja, kuat, LELAKI lagi ok. Engkau tahu tak anak aku umur 6 tahun tu puasa cukup waktunya? Masa umur dia 5 tahun lagi dia dah mula puasa. TAK MALU! Kami orang perempuan yang ada waktunya diharamkan berpuasa pun makan menyorok-menyorok ok.

Boleh tak engkau buat perangai buruk tu kat tempat lain. Jangan tunjuk-tunjuk macam engkau bangga & perbuatan bingai engkau ni kononnya kelakar? STUPID!

Nasib baik aku terserempak tadi korang dah habis buat kerja bodoh tu. Kalau aku dapat tangkap red-handed memang aku jerkah je. Tak kira lah kawan-kawan ke, adik ke. Ingat ye... korang buat pasal in my territory ok.

Last warning ahhh!


P/S: lagi satu benda yang aku sangat tak puas hati iaitu bila hari jumaat orang lelaki tak pergi solat jumaat tapi boleh pulak pergi dating & makan-makan dengan awek. Aku pernah tanya tepat-tepat kat sorang lelaki tu "Tak pergi solat jumaat ke? dating boleh pulak" masa tu kat Chili's KLCC. Huh!!! Terus dia tak jadik makan dan insaf terus memakai kopiah lebai dan berlari ke masjid KLCC (ok ayat yang last ni aku tipu je..hihi)







No comments: