$

Friday, 29 January 2010

sambal telur rebus & kentang


Kalau musim orang kawin mesti banyak dapat telur rebus kan. Atau lainlah puan-puan pergi kenduri kawin yang tuan rumahnya kasik emas setongkol buat bekalan. Wow... ada tak? Jemputlah mk datang kenduri tu. Hehe.

Bila dah banyak sangat telur rebus ni. Nak buang nanti membazir, Tuhan marah. Jom kita buat sambal telur rebus. Pastu tak mau dia nampak boring (telur pun boleh boring) moh kita campur dia dengan kentang.

Bahan-bahan:-
telur rebus obviously; maybe 3 biji
2 biji kentang (direbus)
1 biji bawang besar (hiris nipis)
1 ulas bawang putih (hiris nipis)
1 sudu besar cili boh
1 sudu kecil gula
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
garam + perasa secukupnya

cara-cara:-
  1. tumis bawang putih + bawang besar (1/2 je) sampai wangi
  2. masukkan cili boh, tumis sampai cili boh garing
  3. masukkan gula
  4. masukkan sos cili & sos tomato
  5. masukkan garam & perasa
  6. kalau nak masukkan air bolehlah letak sikit je, dalam 1/4 cawan.
  7. biarkan mendidih sekejap
  8. masukkan kentang rebus yang dah dipotong 4
  9. masukkan lagi 1/2 bawang besar yang dah dihiris tadi
  10. last skali masukkan telur rebus yang sudah dipotong 2
  11. kalau nak cantik masukkan daun sup
  12. hidang.
senang giler. sap sap soi kata orang cina. feeling-feeling gong xi fatt choi dah. angpow lai lai.

p/s-hari ni mk pakai baju merah menyala. dengan harapan tahun harimau ni dapat lebih angpow. hah!!!

Monday, 25 January 2010

Poll's result

Hye,

Thanks kepada kawan-kawan yang sudi vote. Nampaknye - jawapan memihak kepada 'Tak payah padam, biar je"

So I think biar je lah kot.

hiks.

p/s- there are 3 things in my mind right now that I have to let it out from my head. tapi today is not a good day to burst it out. owh Tun - where art thou... I need you...

Wednesday, 20 January 2010

Ikan Pari Bakar



Hai...

Setelah menyepi diri dekat seminggu - here goes something. ikan pari bakar 'ala Kak Dalia'. Ikan pari ni adalah sangat fresh. Dibeli oleh Pak Mertua mk kat Pantai Cempaka-Tanjung Lumpur Kuantan. Dibedah eh..disiang oleh beliau juer. Tak caya? Aahhh..jap aaaa...



Tadaaaaa....ngerilah! Tak pernah tengok orang siang ikan pari. Besar juer pulak tu. Kami bakar separuh di kuantan pastu emak bekalkan 3 keping besar-besar untuk menantu kesayangan (kesayangan kan..makkkk kan..kan..). ekor pari tu - kalau ade sesiapa degil tak mau ikut cakap..boleh rotan dia guna ekor tu.

Balik ke KL lama jugak mk simpan dalam freezer. Kami asyik dok makan kerepok lekor je. Tiba-tiba (sila baca dengan bunyi suara suspen) pada suatu hari mk terbuka freezer itu. ternampaklah plastik ikan pari. Maka teringatlah juer resepi ikan bakar Kak Dalia.

Balik dari office terus ke kedai Acheh depan rumah konon-kononnya nak beli kacang panjang tapi lisut-lisut je (paham ke 'lisut'?) pastu tengok pulak bendi dah tua-tua pulak...tsk..tsk..tsk.. tak pe..tak pe..ia tetap juer tidak mematahkan sengat mk untuk memasaknya.

terus ke resepi lah:-

bahan-bahan:-
ikan pari 2-3 keping
1 biji bawang besar (potong 4)
2- biji bawang putih (ketuk - hiris)
kunyit, garam
1 btg carrot (sebab takde kacang panjang/bendi - nyampah)
1 biji limau kasturi
aluminium foil

cara-cara:-
  1. panaskan oven 190' celcius - 10 minit
  2. bersihkan ikan, gaul dengan garam & kunyit
  3. letakkan dalam aluminium foil
  4. potong-potong semua bahan lain
  5. campakkan sekali dalam bekas ikan tadi
  6. bakar 20 minit
  7. mandi - busyuk la...baru balik keje (eh..ini tak termasuk dalam resepi)
  8. selepas 20 minit, periksa ikan tu. kalau belum masak, naikkan suhu 210'-220' bakar lagi 10 minit.
  9. dah siap - keluarkan, perah limau kasturi. (hari tu mk terlebih letak limau- masam laaaa)
sambalnya mk buat asing sebab askar 2 orang tu nak makan jugak. mk buat sambal sweet sour. puan-puan boleh cuba buat sambal pedas ke sambal cili api ke. terpulang kepada selera  masing-masing ye. owh-bekas sambal mk itu adalah comot sbb malas nak lap-lap sebelum ambil gambar. biarlah begitu - barulah nampak seperti reality show (eh..?) 'meet the kintans' ahahaha...

selamat mencuba!!!




Thursday, 14 January 2010

update - menerima hakikat

As I'm typing my previous entry just now. Ada flower man datang. My colleagues bising-bising "owh..I thought Intan..bla..bla.." the bouquet was for Kak Puza. She always receive flowers lah... it is a norm for her.

After a couple minutes - my colleagues bising-bising lagi "Intaaaannnnn bungaaaa!" I thought they were joking. Tapi hey...what do you know..betul-betul ada bunga. I again thought "Owh maybe it was from them (colleagues) but when I signed the receipt, I saw PakMir's name on top of it.

Grin..grin... Thank you Cinta!!! Just when I typed 'p/s: dah lama tak dapat present' tiba-tiba dah dapat. Owh..saya sangat happy!

Lagi-lagi when the card says - from: "Yg Syok Kat Lu".... ahahaha my PakMir is just so rempit like that.

To Abie: "Wa pun dah lama syok kat Lu"



bunga-bunga cinta (ahahah...jgn muntah aa..kasik chance la)

menerima hakikat

hai....

Today is my birthday :). I'm 31 years old (in case you don't know). Malam tadi MK tidur agak lewat just to wait for the clock to hit 12.00am. Not that I over excited ke apa, but tak mau phone tu bising bising with the ringing sound & the beep beep sound of the calls or sms'es from precious friends. Nanti terjaga pulak 2 beradik tu yang dah kena paksa tidur pukul 10.30pm tadi. hiks..

Well this year I'm looking forward for my birthday. Compared to last year, maybe I was in denial stage that I am in my third decade of life already. ppffttt....

To all my beloved friends (just to name a few); Matun my Love, Emmot, Moie, Iqma Bebeh, Nin, Diana A, Mimi, Cath, Chics, Intan A, Justin, Lily, Lin Cas, my bro Ameng, Erid, Fatti my twin sister (today is her b'day too), Adlin, K.Finas, Nik Faisal, Chikong Darling, Nalinee, G-No, Abg Zaheed, Sha Ishak, Long Zura, Ayu, Kak Nita & Emon (the list will goes on - as I'm typing this) who has called, texted, emailed and whatsoever, I thank you. A LOT!!!!

Terasa disayangi (wipe tears). Emmot for instance - texted me at 12.15am last night hoping that she will be the first one to wish. awww how sweet. I love you munchkin!! Nin, Iqma & Ameng - wished me early in the morning at 6.00 something. Knowing that Iqma is not a morning person pun 'terasa diriku begitu berharga (Loreal). While Ameng pulak siap tahan mata takmo tidur since last night just to wish me at 8.00am just now.

Well of course not to forget the important person in my life - PakMir & my family Ibu, Ayah & siblings. Abg Lon' bangun pagi-pagi tadi dengan air liur basi & muka gembira meloncat sebab he does not wets his pants (dia dah tak pakai pampers tidur malam) tiba-tiba ckp "happy birthday Ibu" - and lari-lari to hug me without his pants sebab dia baru je pergi toilet.

Just when I thought I only have like 4 good friends. But today I realized that I have MORE than that. Thanks a lot darlingsssss... I'm really happy today. Owh - yesterday my colleagues celebrated my birthday jugak. Ada pizza & black forrest cake. Dah bertahun-tahun tak tiup lilin, semalam kena tiup lilin banyak pulak tu. nasib baik tak menyembur air liur..hehe..

Hoping for the best!!!



p/s - hmmm rasanya dah lama jugak tak dapat present - *Hi Hubby*

Tuesday, 12 January 2010

poll

i've just created a poll. as you guys can see it ------->>

would you help me to decide, please.....

thanks a lot!

muacckksss (sloppy kiss!)

Wednesday, 6 January 2010

Alhamdulillah syukur


Salam sejahtera puan-puan,

cerita pendek aje untuk pagi ini. seperti biasa, bangun pagi at 5.25am (5 minit tu untuk golek-golek sebelum bangun betul-betul pada 5.30am). agak lambat pagi ini sebab gorengkan keropok lekor untuk kawan-kawan office. hantar anak-anak ke taska. tsk - minyak kereta kering pula.

lepas isi minyak naik MEX Highway. tekan pedal minyak nak pecut sedikit sebab memang sah akan lewat untuk punch card. ambil lane tengah-tengah. ada 3 lanes di MEX highway itu. kereta bersusun-susun. tiba-tiba ada kereta Exora brek mengejut. kereta kecil MK tu berada no.3 di belakang Exora itu. habis tu dah semua kereta brek. MK pun tekanlah brek.

tak ada lah laju sangat. baru saja masuk highwaykan. tapi dari cermin pandang belakang itu MK nampak kereta Vios belakang MK tu laju macam tak perasan kami kereta-kereta depan dia tu dah brek. akhirnya dia pun brek jugak. tapi siap dengan bunyi-bunyi tayar dan kereta dia terhoyong-hayang nak elak kereta MK.

memang singkat saja kejadian itu. adalah dalam 5 saat aje kot. tapi dalam pada masa dia tengah brek tu. macam-macam MK pikir. terutama anak-anak kesayangan MK. terus terfikir insurans nyawa yang tak seberapa itu adalah sedikit peninggalan untuk dua beradik itu. lepas itu terpikir nanti PakMir nak kawin lain ke, nanti kat mana dia nak buang baju-baju MK tu semua sebab hendak letak baju bini baru dia? (eh..tipu..tipu.. tak ada pikir yang ini). rasa syukur sebab dah hantar anak-anak ke taska dulu. kalau dua beradik tu ada sama mesti terpelanting sebab MK brek mengejut.

masa Vios tu brek terhoyong-hayang elak ke kiri, MK pandang side mirror tengok lorong kanan kosong. jadi MK pusing ke kanan. kalau tak pusing, mesti kemeklah kereta kecil MK tu jadik sandwichlah. semua kereta-kereta lain hon-hon lah Exora tu. kenapalah pulak kau tiba-tiba brek hah? kan ke jalan memang clear je. tsk tsk tsk....

Ya Allah, terima kasih kerana panjangkan lagi umurku. Alhamdulillah syukur.




Tolonglah panjangkan lagi umurku Ya Allah, kurniakanlah kesihatan yang baik buatku supaya dapat lagi menjaga & mendidik dua orang cahaya mataku yang tidak ternilai harganya buatku ini. Amin, Amin Ya Rabbil A'lamin.