$

Friday, 22 July 2011

Perangai manusia yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya

Wiuuyooo panjangkan tajuknya. Skema pulak tu.

Biasalah puan-puan, hidup di KL. Sana-sini jem. Nak beli roti tak boleh pulak nak disapu dengan 'jem' itu (ok tak kelakar). Peak hours memang critical. But how about we enjoy it rather than we marah-marahkan? Well kalau bawak kereta auto bolehlah enjoy scenery. Cuba kalau bawak kereta manual...aaahhh menjawab!

Kadang-kadang bila bawak kereta ke office especially, MK drive macam zombi, tak sedar tiba-tiba je dah sampai ke parking office. Eh..tak ingat apa yang terjadi di jalan raya. Kereta apa yang lalu lalang sebelah MK. It's like macam dah terlalu routine-kan. Hari-hari di waktu yang sama ikut jalan yang sama, kadang-kadang jumpa kereta familiar, yelah dah dia pun ikut route yang sama.

Semalam MK drive sorang, tiba-tiba ada kereta kancil kat sebelah MK tu ngorat-ngorat ok. Pffttt....tak malu kah dia kepada his baby's car seat yang ada kat seat sebelah dia tu? Lupakah dia?? Masa tu MK bukak tingkap sebab nak betulkan side mirror ada motor sudah langgar sikit. Masa tu lah dia ngorat-ngorat. Nyampah ok!!!

Disibabkan kereta kami sangat dekat maka tak perlu menjerit, tapi suara dia masyaAllah, rasanya 4-5 biji kereta depan belakang pun boleh dengar. Sapa nama, nak berkenalan, mintak no phone boleh? Hishhh!! Last-last MK bersuaralah sikit "Anak bini sihat?" Sambil tunjuk/pandang ke arah car seat tu. Laju je dia jalan lepas tu..hihihhi mungkin telah tersedar dari lamunan. (bisik - dah la tak hensem :P)

Ada yang bercinta dalam kereta, gelak-gelak, tepuk tampar beramas mesra. Which is fine...but boleh tak jangan drive terhegeh-hegeh sangat. Akak nak balik cepat dek...nak jemput anak & nak masak dinner.

Ada jugak yang sengih & bercakap-cakap sorang-sorang. Itu mesti tengah cakap phone lah tu.

Ada lady driver tengah marah-marah anak dia kot. Sebab nampak macam jerit-jerit. Tapi anak dia yang duduk belakang tu buat tak tau je. Sambil buat muka badut lekatkan hidung dia kat cermin tingkap sampai kemek-kemek muka & hidung dia. Menghiburkan hati sungguh budak tu. Sungguh berbakat.

Ada yang SMS, make/take calls (without hands free), or even FB-ing dalam kereta. I use my pretty little phone too, tapi dengar lagu Uji Rashid..hihih "Bila memandang gambarmu, hatiku rasa tak senang. Senyuman di bibirmu, menawan kalbu..la..la..la.."

Well TunTun once asked me about touchscreeen phone that I've been using. "Senang tak nak texting while driving?

MK jawab "Macam mana canggihnya phone tu pun MANA BOLEH TEXT WHILE DRIVING!!"

Dia gelak je tapi terus insaf katanya..hehehe...for me SMS means tak berapa urgent. Kalau seriously hidup & mati punya urgent, people will call you when you don't reply their messages.



P/S: Enjoy life!!! Jangan tense semasa di jalan raya.





Wednesday, 20 July 2011

Berasapkah Dapur?

Hai...It's Wednesday already?? Weehooo...middle of the week. Soon will be week end. Itu pun nak happy?  Well...have you cooked sor far? Dah rajin ke belom?


Marinara - tak berapa sedap. My favourite marinara is in KLCC Signature Food Court. Yummieeee to the max!! Owh...so..I insaf tak mau buat marinara lagi. I'll do bolognese instead sebab my bolognese is sedap. Hihi..puji diri sendiri.

Omelette. Makanan atkins diet (konon) I only bertahan like 3 days..pffttt..but it was sedap. But to have this everyday for every meals...I don't think so. I rather fast!

Tom Yam putih. Favourite dish!! When PakMir not coming back for dinner, I'll cook this. Simple, pedas, all-in-one dish.

Umm..atkins breakfast (so-so) :P

Balance tomyam jangan dibuang. Bila tiba-tiba lapar & menggelupur. Don't panic, juet reheat your tomyam & campak a bit meehoon. There you go - meehoon tomyam. Yen likes it!!

What the heck is this? Kek gula hangus. Bahahah...well I know how to cook. But photography? You can't be the best in everything can you? (Ayat cover malu)

Pan cake (recycle pic) breakfast for Sunday. Requested by Bayong.

Itu saje... apa project hujung minggu ni? MK and family are going to PD!!! Excited!! Have fun y'all!!


Friday, 15 July 2011

Ibu best apaaaaa

Hai peeps.

My kids age 6 & 3 prefer not to play with me nowadays. They think I am not fun to play with.

"Tapi kenapa? Ibu best apaaaa? Ibu can dance & ibu pandai berlakon jadik orang gila"

Budak lelaki 2 orang itu menggelengkan kepala. Like begging me "Please jangan malukan kami Bu"

You see, I am the one who send & fetch them, cook for them, clean them, wash their dirty clothes, mandikan derang basuh bontot!!! You name it... still... Ibu tak best???

Ibu tak best...ibu tak pandai tengok tv terbalik

Grrrr....

When ayah balik from work, OT (Oh Tuhan - asyik sebut OMG je kan..kasik tukar pulak)!! Sambutannya macam nak menyambut perdana menteri datang ke rumah ok!! Hiruk pikuk "Ayah baliikkkkkkk!!!!!!"

But when ibu comes homes they were like "Owwhhh..Ibu" Lepas tu continue playing macam takde apa-apa special berlaku. Huh!!

Bukan MK tak try ok main dengan dio orang berdua. I tried, hard. But dio orang still cakap "Isk..takmo lah main dengan ibu, ibu tak pandai main askar-askar"

Apa pulak tak pandai main, I just ask the askar to sleep whaaaat...dah kata masa tu hari dah malam, tidurlah. Sekali salah lah pulaaakkk...waktu malam yelah waktu menyerang musuh ok!!

Lepas tu askar ada tempat menyorok it's like bukit or something, the bukit is so plain ok...boringgg...so I took some kain tu cover the bukit. Konon-konon kreatiflah kan...kata nak join main. Tapi kena marah jugak.

Bayong: Ewww...bukit warna pink??? Apalah ibu ni!!?

Ibu: What? Pink is cute...pink bukit is cute!

Bayong: Ok...takpelah ibu...ibu pergilah masak

Huh!!

But Bayong & Yen, when you were younger you said I'm fun. We main masak-masak & make up kan. Yen kan suka pakai lipgloss? Bayong kan selalu kasik ibu tocang rambut Bayong

Yeah..not anymore.... They hate girls!!!

"Ibu pompuaaannn...not fun"

Huh ok...jangan carik Ibu masa korang lapar or nak susu ok!!!



Cerita lain pulak - Selasa hari tu MK bawak kanak ke Giant OUG. Kenapa suka pergi situ? Sebab Giant Supermarket not Hypermarket means...takde toys!! Hanya ada groceries je. So takde le budak-budak tu macam lari sana sini nak tengok sana tengok sini.

But I was wrong...mereka tetap pandai juer menghiburkan hati sendiri seperti berebut mengambil troli. Dan berebut tolong ambik sayur & ikan. Yen duduk dalam troli & Bayong kejap dalam, kejap panjat keluar. Dia sangat excited menolong MK ambil itu ini. I just need to point the thing that I want, he will pick it for me.

Tapi lepas tu Giant cinonet itu digegarkan oleh suara kuat seperti halilintar membelah bumi.

"NOOOoOOOoOOOoOOO!!!!"

Sebab?

Sebab Bayong happily lari laju-laju sambil berkata "Wowww...sausage..naaakk!!!!" ke section 'Non-Halal'!! Wuuuuwuuuu..nanges..MK terpaksa menjerit kuat-kuat sampai 3 orang sales assistant datang dengan niat untuk membantu. Hhihihih...Jari Bayong lagi 2 inci nak sampai ke sausage non-halal itu ok. Kang tak pasal-pasal MK kena korek tanah kat luar supermarket tu pulak nak samak.

Bayong said "What....halal apaaa tuh eja h.a.l.a.l"

Well dia belom belajar makna NON. Maafkan lah dia...hihihihih...

Sekarang dia dah tahu. Non = NO NO Nehi nehi.....

Yen dengan roti teddy bear dia. Pastu dia kata dia makan telinga bear tu..siap ada taik telinga katanya...ewww!!!

Bayong dengan roti besar..sedap ok..habis pulak tu


P/S: Ibu will try to be FUN again ok anak-anak!!! Nanti kita main manicure pedicure nak??