$

Wednesday, 31 March 2010

Kek Pisang Gemuk

Salam puan-puan! Hari ni hari Rabu. Jalan ke opis MK adalah ditutup. F1 punya angkara. Dah dekat seminggu kami disajikan dengan bunyi-bunyian yang bingit. Bunyi kereta-kereta hebat itulah. Hari ni Michael Schumacker SusahnakEja (haha confirm salah spell nih) datang sini. So ramai juer colleagues cuti 1/2 day. MK tak cutilah kot.

Resepi kali ini yelah Kek Pisang Gemok!! Kenapa gemok? sebab sapa slalu makan kek ini boleh jadi gemok. Sebab bembahan nya menggemukkan. hiks... never fear tho!!! sebab kek ini sedap bangat!!

Bembahan:-
4-5 biji pisang (tak kisah pisang apa, pisang awak, pisang aku, pisang emas - janji yang dah masak. Owh pisang tanduk jangan lah ye)
1 1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
1 sudu kecil soda bikarbonat / baking powder
1 cawan gula (kalau takmo manis sangat boleh letak 3/4 cawan - tp Mk buat 1 cawan pun tak manis sangat pun ok-ok je)
3/4 cawan minyak masak (hmmmm gemok- resepi 1 cawan. Tapi MK ngeri so..kurangkan lah sket)
3 biji telur ayam
Secubit garam (takde pun takpe)
1/2 sudu vanilla essen (takde pun takpe)

Ni sebelum dibakar. Cantik kan? (perasan)

Cecara:-
  1. Panaskan oven 180' selama 10 minit api atas & bawah ye adik-adik
  2. Pukul telur ayam bersama gula sampai kembang.
  3. Masukkan pisang yang dah potong nipis-nipis.  Tinggalkan 1/2 biji untuk hiasan (kalau nak nampak macam tere lah kan)
  4. Kacau dengan hebat.
  5. Semasa kacau adunan tu, lenyek-lenyek le sket ye.
  6. Masukkan tepung gandum
  7. Masukkan tepung jagung
  8. Masukkan soda bikarbonat
  9. Masukkan garam & vanilla essen
  10. Kacau mesra. Messrraaaaa kata Bob AF (ewwww...)
  11. Last sekali masukkan minyak & jangan lupa kacau bersungguh-sungguh
  12. Ketepikan, griskan Loyang puan-puan dengan minyak atau butter. Ikut pandailah.
  13. Tuang adunan ke dalam loyang.
  14. Bakar 45-60 minit.
  15. Siap!!!
Bau wangi seisi rumah!! Kek ini tahan lama. Tak payah masukkan dalam peti sejuk pun takpe. Dia tahan 3-4 hari. Sekian...selamat mencuba!!!


Cantik Tak? Sedap tau!!!!

P/s: kalau nak letak madu pun sedap juer. Ganti gula 1 cwn itu dengan 1/2 cwn gula, 1/2 cwn honey. Kalau puan-puan ada bermadu pun boleh gak letak. Panggang terus dalam oven itu!!!!! Biar masak rangup!!! Huh!!!

Tuesday, 30 March 2010

Surat untuk Ibu

Hai Ibu..Assalamualaikum,

Ibu sehat? Yen nak kereta baru, boleh? Semalam ibu beli untuk abang yang hebat la.. Yen pun nak! Ibu beli lori angkut-angkut kereta je untuk Yen. Yen nak macam abang punya. Parking parking!

Sorry ibu...semalam Yen bukan berlakon tak boleh jalan. Kaki Yen memang sakit. Cramp!! Yen takut nak pijak tumit kaki tu. So Yen merangkak je la. Ibu panic ke? Pastu ibu hantar Yen ke klinik. Mula-mula Yen takut doktor tu cocok Yen. Tapi tidaaakk..doktor tu geli-geli je kaki Yen. Tak jumpa apa-apa masalah, sama macam ibu check Yen pagi tu.

Ibu kena bayar RM14 ye? Murah je tak mahal kan. Maybe untuk consultation doktor tu je. Lagipun ibu guna insurance card company ayah kan? So ibu tak marah Yen. Kalau ibu nak tau, tengahari tu Yen dah boleh lompat-lompat macam biasa. Jadi sekarang ibu pilihlah... nak Yen lompat-lompat ke nak Yen merangkak? aahhh jawablah? Ibu kan selalu marah bila Yen lompat-lompat tak henti-henti.

Ibu sakit ye semalam. Sorry ibu..Yen tak tau ibu tak sempat breakfast sampai masuk angin terus muntah-muntah. Lain kali Yen tak makan dah biskut emergency yang ibu simpan time ibu lapar dalam kereta ok. Yen tau ibu sorok kat mana. Tapi nanti Yen buat-buat tak tau lah. Sian ibu.

Balik semalam Yen dah boleh jalan dah. Tapi Yen malas. Yen nak manja-manja je. Yen suruh ibu dukung jugak. Ibu sakit kepala lagi ye. Ok lah..Yen jalan sendiri, naik tangga sendiri. 10 anak tangga je. Ibu jalan belakang Yen ye..supaya Yen tak jatuh. Tapi sampai kat anak tangga yang last kenapa ibu tak tunggu Yen? Owh..ibu nak selamatkan abang yang tersepit kat pintu ye? Kaki Yen tersangkutlah ibu. Sebelah langkah je lagi untuk sampai.

Yen jatuh!!!! Tergolek-golek, terguling-guling sampai bawah. 10 anak tangga. Ibu jerit. Abang berdiri tegak je, abang terkejut. Ibu campak semua barang. Ibu kejar Yen tapi tak sempat. Yen nangis..sakitlah...Ibu peluk. Ibu check-check mana-mana sakit.

Yen ok la ibu..cuma terkejut sikit je. Ibu dukung Yen naik atas. Walaupun tangan ibu penuh dengan mainan abang, beg sekolah abang, beg Yen, handbag ibu yang keychain itiknya yang ibu sayang itu Yen yang patahkan. sorry ibu, Yen tak sengaja jatuh.

Sorry sebab Yen buat ibu nangis. Nanti kita naik lift je lah ye ibu. Yen jalan sendiri. Yen tau Yen dah berat.

Yang sayang ibu,
Ar-Rayyan Zikri


Friday, 26 March 2010

Di sebalik langsir itu

Nampak ada apa bende?

Nampak tak?


Ryan nyorok - dia uk-uk

"Eeeeiiiiii!!!" Haa..kan dah marah! kacau je orang tengah konsentrate ok!

tutup balik...

BamBam ni ada habit, nak uk-uk dalam pampers yang bersih je. Pastu dia nyorok balik langsir la..bawah meja lah. Pastu tak boleh ditegur selagi dia belum selesai business dia tu. Kalau tak dia marah! Kadang-kadang kita dah tukar pampers dia yang dah basahkan. Kejap-kejap tu kena tukar lagi sebab dia uk-uk pulak. Bila kita bawak gi toilet dia tak jadik pulak. Dia memang nak dalam pampers jugak.

Nak kena train lagi nih nampaknya.

emph....

p/s- ryan kalau dah besar, dah pandai baca nanti pastu terjumpa blog ibu, ryan jangan marah ye.... i love u even tho u suka nyorok.