$

Wednesday, 8 August 2012

Cembeng

Pagi tadi lepas sahur, saya lipat kain sambil tengok tv. Channel Olympic masa tu dia tunjuk semua atlet-atlet yang menang pingat emas. Dia tunjuk la..orang tu nangis kegembiraan. Ada yang senyum sambil mengalir air mata, ada yang melompat, ada yang sujud syukur, ada yang bila sampai garisan penamat & jadi juara je terus keluarkan gambar anak daripada dalam baju & cium bersungguh-sungguh.

So I cried... hahah...biasalah kan... tapi dah banyak sangat tunjuk muka-muka winners yang bertungkus lumus menjadi juara untuk negara derang tu made me emotional..haha..apa je la yang ko tak emo kan..

Tapi...tiba-tiba..

Bayong : Ibu nangis ke? Ibu ni kenapa?? Chong Wei kalah ibu nangis...ni tengok orang menang pun nak nangis? Ibu ni kenapa sebenarnya?

Ibu: Wuuuu....wuuuu....


Monday, 6 August 2012

Gobi Manchurian

Apo tuh? Gobi Manchurian??

Tiba-tiba hari ni teringin nak makan Gobi Manchurian. Pernah makan 2-3 kali kat Betel Leaves Restaurant Lebuh Ampang dengan colleague 1 Malaysia. Hehehe..my makan kaki dulu kat office lama terdiri daripada 2 Indian girls, 1 Chinese girl & me.

So I google for the recipe. Here goes my 1st attempt. Huuuu...I imagined it to be crispier..tapi takpelah..kasik chance for the first timer kan...:P

Ni la rupanya....

Ni Betel Leave punya...huwaaaa...naaakkkk!!!

It is an Indian dish sebenarnya. My boys kat rumah don't even know what it is sebenarnya. Derang teka ayam? Ikan? Kentang? Haa...sebenarnya...yelah Bunga Kobis!!! Cauli-flower y'all!!!

Bembahan:-

1/4 pokok cauli flower potong cantik-cantik
1/2 bijik bawang besar potong dadu
3-4 tangkai daun bawang
Tepung jagung+ tepung gandum
1 inci halia Halia (shred)
1 ulas bawang putih (shred)
1 biji Capsicum hijau
Daun ketumbar
Sos tomato
Garam
Air sikit

Cecara:-
  1. Rebus bunga kobis dengan stalk ayam dalam 10 minit. Dah masak toskan airnya.
  2. Buat batter untuk deep fried bunga kobis, masukkan halia & bawang putih dalam batter. Gaul dengan bunga kobis yang dah direbus tadi & gorenglah sampai golden color. Ye..seperti biasa saya kan terlebih pandai (read:malas). Saya guna tepung kentucky..hihihih. Dah siap ketepikan
  3. Tumis bawang besar, capsicum, daun bawang & sos tomato (owh..saya tambah plum sauce pulaaakkk, pepandai kan)
  4. Tambah air sikit je...
  5. Gunakan api besar ek.
  6. Masukkan daun ketumbar
  7. Last sekali masukkan deep fried cauli flower tadi. Kacau kejap. Siap!!!
  8. Sedap!!! Mesti cuba!


Saya lawankan dengan ayam balado. Special request dari Bayong tersayang.

Ok..salam Nuzul Quran. Selamat Berpuasa lagi tak sampai 2 minggu nak raya. Saya belum cuti puasa lagi...suke!! Berat dah turun 4kg. Eleh...jangan kagum...sila kagum nanti bila raya ke-2, berat saya mesti naik balik 4kg...hehehe...

Till then!!! Tata!!


Friday, 3 August 2012

Buka puasa

Hai..dah puasa yang ke berapa hari ni? Jap kira...umm owh 14. So tinggal lagi lebih kurang 14 or 13 hari lagikan.

Amacam semua..mesti dah tere berpuasa. Sapsap soi gitu kata orang cina. Semalam kami berbuka puasa di rumah baru emma-saggaf. Seperti biasalah si pemasak handalan emma memang akan masak vava voom. Ada ikan sweet sour, sambal sotong, masak lemak udang galah!! Di import dari labuan ok! Besaq giler! Umm pastu ada spaghetti.

Saya bawak kepak ayam madu saja. Hikhik. Nak buat caramel puding emma kata tak payah sebab weq dah beli banyak kuih. Rumah baru emma sungguh cantik & besar!! Kalau saya ada rumah gitu mesti hari-hari nangis sebab penat nak menyapu.

Hehe..patutlah belum dapat rumah besar sebab malas menyapu sampah kan... :p. Tapi lepak kejap sangat sebab nudak-budak dah letih nak lolap dah. Adalah dapat borak kejap kat dapur emma yagg besar tu.

Siap berangan nak pergi trip bersama sebelum emma pregnant, & saya pregnant lagi. Lagi ke? Wuuuuu entahlah...takat ni belum ada perancangan penambahan ahli keluarga. Cukup 2 hero dulu. Tapi kalau Allah ada perancangan nak bagi..maka bertambahlah lagi kot.

Ni saya type guna phone ok. Gigih lepas sahur malas nak tidur balik takut terlajak sampai ke siang. Emma bekalkan spagheti meletup dia untuk sahur kami. Tapi yang makan Bayong sorang. Saya memang macam biasa time sahur kalau makan di rumah sendiri memang tak lalu. Main sumbat je. So saya malan roti massimo sekeping cicah neslo.

Baju raya anak dah siap beli. Tinggal nak tambah sehelai dua je lagi kalau sempat & kasut. Bayong dah tak muat kasut size kanak-kanak ok! Tsk..dah size 4 dewasa dah dia. Isk..cepat betul besarnya.

Ok lah..nak pergi basuh kain yang melambak tu. Nama je tinggal 4 orang kat rumah ni tapi kainnya macam 10 orang. Rasanya selang sehari mencuci. Eh ke kita cuci kain hari-hari wehh? Isk nak melipat satu hal. Bilalah Bayong nak besar ni sebab dia kata nak jadik saintis mencipta mesin melipat kain untuk ibu dia yang lembab mengemas. Hihi...

Ok..tata!!