$

Wednesday, 1 June 2011

Kongsi


Dah tengok filem Kongsi? MK dah...dengan anak-anak lagi. Kami tengok tru internet saja. Gi carik dekat 'ceritamelayu.net'. Macam-macam cerita kat situ. Tak perlu download. Boleh tengok online je. Dah berapa lama tak gi cinema daaa....

Well maybe this will be my 1st film review. Chewaahhh macam pro sangat nak review review ye cik kiah. Overall cerita ni ok la..kelakar. Tapi jalan cerita masih boleh diperbaiki & dikemaskan. Like apa ke nama watak Bront Palare dalam cerita ni - dia ketua gangster Siam lah. Dia tak nampak cukup kejam & zolim. Zolim kata kau!! hihih...pastu masa mula-mula dia tak pakai wheel-cha. Tapi pastu tetiba pakai wheel-cha. Apsal? Tertanya-tanya I tau... kenapa abang? kenapa abang...kau diam peaahhh!!!! Cer citer sket apsal Kimpedu (aahh dah ingat nama dia dalam citer tu) tu pakai wheel chair.


Ni lagi satu, Inspector Olla ke namanye. Tak logik lah awak ini....mana de polis kejar penjenayah sambil menjerit "Berhenti...berhenti..!" Apa ko ingat penjenayah tu nak ikutkah cakap kau? Nanti dia berhentikah & bagi kau tangkap dia? "Baiklah inspector..saya berhenti...saya menurut perintah..tangkaplah saya" gitu??

Lepas tu MK rasa, Yana ni tak fit to be a policewoman. Dalam scene lawan-lawan pun dia macam alaaahaaiii... macam menari makyong pun ada..bukannya bertumbuk "ihh..ihh...ihh..." pastu melompat pun macam lompat katak?? Pastu silalah pakai baju yang properrrrr...tak ada polis Malaysia pakai baju cenggitu ehh!!! Kalau ada yang pakai sexy gitu..tak perlu kejar penjenayah ok...penjenayah yang kejar dia..hihih... baju tight putih pakai suspender bila lari-lari...wowww!!!! "Adammmm!!! Ryaannn!!! tutup mata!!!!" Pastu Yana tu dialognya asyik membebel. Wataknya pun macam tak kena dengan dia lah.

Yang jadik Mikail (rasanya nama pelakon tu Azat) kot. Katanya dia 'Abg Long' kawasan. Tapi awat bodoh sangat wataknya. Macam pelawak pulak...hmm...tak ganazzzz...tapi boleh lah nak buat orang ketawa-ketawa kot.

Inspektor Sarip Saripudin (Fizo) ok la...dia memang orang Klate kot. Panda kecek klate mu nih.

Sam (Tumulak) - menghiburkan. Jadik watak dia sebagai penjenayah yang psycho. Eventho rasanya tak logik but hey...at least unique lah Sam itu. Bakpo nye weeehhh... mmolek gitu nyo guuu

Overall - cerita ni boleh diperkemaskan lagi. Sila padat-padatkan jalan cerita. Ada beberapa persoalan timbul bila tengok cerita ni. Mungkinkah ada sambungannya kot....

Akhir kata : Pandai sangatlah tu..nak review review konon...hihihihi...

Sudah pupuskah lelaki budiman di Malaysia?

Lelaki budiman atau dalam bahasa Inggeris nye Gentleman. Di mana mereka semua pergi? Sudah pupuskah? Yang ramai sekarang ini bukanlah lelaki budiman atau gentleman. Yang ramai hanya tinggal Gentel Man (ngehhh...) menggentel je pandai..tapi tak budiman langsung.. opsss emo pulak.

Semalam MK menghantar kereta untuk dibuat balancing tyre. Bila rasa macam lama nak tunggu..so kami (MK & Tun)  rasa macam nak duduk. Dalam bengkel tu ada 3 stools (rujuk gambar):-


Gigih MK meng-gugel gambar ini ok sebab nak sangat puan-puan paham cerita ini. Hihi...Kerusi pertama ada sorang kakak duduk. Kat sebelah kakak tu ada seorang lelaki (gentel man) berdiri. Bila MK & Tun berjalan menuju ke arah kerusi tersebut & gentel man itu ternampak kami dan ternampak di pemikiran kami bahawa kami nak duduk, dia cepat-cepat duduk!!! Sambil memandang sinis ke arah kami yang jelita (sempat je puji diri sendiri..hihi)

It was like lagi 3 langkah MK nak sampai ke kerusi yang tengah-tengah itu ok!!! MK rasa macam nak lepuk muka dia yang besar tu. GrrRRrrrRR!!!! Tun tun pulak macam terpaku sebab melihat perangai gentel man yang tak senonoh itu. Bini si gentel man itu pun macam senyum senget (senyum sinis) ke arah kami yang lemah lembut gadis desa. Hello..Encik...encikkan lelaki yang gagah perkasa (brader tu berbadan besar), kereta besar, takkan lah tak boleh bagi kami gadis-gadis yang lemah lembut ini duduk?

So, end up kami dua-dua berdiri. Tun-tun kekasih hati tidak sampai hati melihat MK berdiri seorang. Lepas tu Encik Gentel Man berdiri akhirnya sebab nak menjenguk ke dalam kereta Alphard (bukan dia punya) yang ada dalam bengkel itu. Disebabkan MK rasa dia kureng sopan memperlakukan kami gadis-gadis yang lemah gemalai sedemikian rupa... so here goes... gambar dia.


Actually...bukanlah MK ni desperate sangat nak duduk pun. Dah kami nampak kerusi tu ada 2 yang kosong. Kami pun pergilah nak duduk kan. Kalau dia memang sejak dari tadi dah duduk, kami takde nye nak suruh dia berdiri kasik kami duduk pun. Ini tidak...dia macam sengaja berperangai haprak begitu. Sheesshhh...

P/S: Balik karang MK nak tulis dalam buku 'Ilmu kehidupan' untuk anak-anak MK pasal perkara ini. Guide No. 1003: "Kids, please be a gentleman not gentel man, sila beri gadis-gadis tempat duduk"

Lipas

Ye..semenjak dua menjak ni pantry office MK diserang lipas. Lipas yang kecik-kecik tu sebesar kuku jari kelingking wanita bersaiz kecil. Haha..yelah kang kuku kelingking gorilla kan besar.

Lipas tu jenis yang tak pandai terbang. Mungkin emak dia belum sempat ajar kot. Sebab dia merayap-rayap je. Dia suka duduk bawak termos elektrik tu apa ke nama benda tuh?

Well...itu tidak berapa ngeri. Yang bertambah ngeri yelah, meja MK adalah dalam 5 meter dari pintu pantry. And yesssss...cik cik lipas itu merayap sampai meja MK!!!! Dulu, MK selalu melompat-lompat setiap kali cik lip datang menjenguk. Sampai tumbang-tumbang kerusi meja dek non. Tapi ni dah dalam 2 minggu kejadian berlaku..dah macam terbiasa tengok cik lip itu. It was like "Hi...what u doin" (ikut intonasi Joey dalam cerita  F.R.I.E.N.D.S) sambil angkat-angkat sesungut dia.

Dulu MK macam  "Lipaasssss!!!! aaaaAaaaAaaa" sambil lari memegang kasut.

After 2 weeks like "Owh..lipas" sambil sembur ridsect.

After MK membuat spring cleaning..yakni membuang banyak barang, kertas, makanan dan sebagainya. Cik lip tidak lagi kelihatan. But last Monday....as I'm typing my keyboard...dia menjenguk dari dalam keyboard komputer itu!!!!!!! Like whaatttttt????? Bila MK terbalik-terbalikkan keyboard itu..dia lesap..ada dalam 2-3 ekor ok!!!


IT exec office ni pulak busy like hell..asyik takde kat cubicle dia. So..MK sembur je ridsect. Colleague lain bising sebab takut keyboard rosak. Bih tu...tak kan nak lambai-lambai je cik lip itu??

Nanti lama-lama meja MK jadik macam Joe's Apartment...taknaaaakkkk!!!


H.E.L.P!!