$

Thursday, 10 March 2011

Saman

Anda Beraniiiii???

OLEH : Zulhazmi Shariff
.
Ramai yang masih kabur dan tidak faham hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi Negara. Perlembagaan Persekutuan menjamin hak setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agam, kaum, bangsa dan juga fahaman politik. Semua warganegara dijamin hak yang sama.
.
Salah satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ialah hak rakyat terhadap harta. Ini disebut dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.
.
Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan
.
Hak terhadap harta.
.
(a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.
.
(b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.
.
Selalunya Perkara 13 ini digunakan di dalam kes pengambilan tanah melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Sebenarnya Perkara 13 ini bukan sahaja melibatkan harta tak alih seperti tanah, tetapi meliputi harta alih seperti kenderaan. Justeru penafian hak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga sebenarnya termasuk di dalam penafian hak rakyat terhadap harta. Alasannya jika seseorang rakyat itu dihalang dari memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka yang menyebabkan kenderaan itu tidak boleh digunakan maka rakyat itu telah dinafikan haknya terhadap harta.
.
Jika seseorang rakyat telah dinafikan hak mereka menggunakan harta (kenderaan) mereka tanpa alasan yang berlandaskan peraturan dan undang-undang maka Perkara 13 (b) menyatakan bahawa pampasan hendaklah diberikan. Ini bermaksud jika JPJ menghalang seseorang memperbaharui cukai jalan yang menyebabkan kenderaan tidak boleh digunakan, maka JPJ hendaklah membayar pampasan kepada pemilik kenderaan tersebut.
Hihihi...macam kereta ayah MK (google)
.
Hujah ini adalah bersandarkan keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau. Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.
.
Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.
.
Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.
.
Berbalik kepada tawaran Kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman sehingga hari ini 28/2/2011. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, ADAKAH SESEORANG ITU BENAR-BENAR MELAKUKAN KESALAHAN YANG DIDAKWA SEHINGGA MEREKA WAJIB MEMBAYAR DENDA?
.
Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak. Jika ada yang tertunggak maka ianya bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di Mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke Mahkamah untuk menjawap saman itu. Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke Mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap suapaya OKS hadir mahkamah. Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mangakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesai lah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga samann itu. Tidak tertunggak.
.
Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke Mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.
.
Saman Ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi hadlaju. Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenalai dengan Notis Pol 170A. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke Mahkamah bagi menjawap tuduhan memandu melebihi hadlaju. Kemudian proses mahkamah yang dijelaskan sebelum ini akan berlaku. Maka saman itu akan selesai dan tidak tertunggak. Masalah timbul apabila pihak berkuasa terus menghukum pemilik supaya membayar kompaun sedangkan kesalahan tidak dibuktikan. Kompaun bukan denda tetapi tawaran. Dendan hanya boleh dikeluarkan dan diarahkan oleh Mahkamah. Bukan Polis dan bukan JPJ. Inilah penyalahgunaan kuasa dan peraturan oleh pihak berkuasa. Mereka bertindak melebihi kuasa yang diberikan. Mereka bertindak sebagai penghukum sedangkan tugas itu hanya ada pada Mahkamah.
.
Justeru kepada semua rakyat Malaysia, ketahui hak anda, jangan mudah terpedaya dengan tawaran dan penindasan. Gunakan hak anda... TIADA SIAPA BOLEH MEMAKSA ANDA MEMBAYAR SESUATU YANG ANDA TIDAK LAKUKAN. Anda Mampu Mengubahnya.
.
Bagaimana JPJ boleh menhalang pembaharuan cukai jalan?
.
1) Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010
.
JPJ berkuasa menghalang seseorang melakukan apa-apa transaksi termasuk perbaharui cukai jalan tetapi setelah JPJ BERPUASHATI bahawa seseorang ada perkara yang belum selesai dengan JPJ dan Polis.
.
Bagaimana JPJ hendak BERPUASHATI?
.
2) Seksyen 17(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010
.
JPJ hendaklah memberikan peluang kepada seseorang membuat representasi. Ini bermaksud JPJ hendaklah menjalankan siasatan adakah seseorang itu ada perkara yang belum selesai. Maka semua pihak perlu hadir iaitu pemilik kenderaan, JPJ dan Polis yang mengeluarkan saman. Perlu disiasat adakah saman yang dikatakan ada kepada seseorang itu betul atau tidak. Sudah dibuktikan di mahakamh atau tidak. Jika tidak maka JPJ tidak boleh menyenarai hitam. Inilah maksud BERPUASHATI
.
3) Seksyen 17(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010
.
Jika dihalang daripada perbaharui cukai jalan maka Pengarah JPJ hendaklah maklumkan kepada Ketua Pengarah pengangkutan, di mana Ketua Pengarah hendaklah maklumkan secara bertulis dalam tempoh 14 hari kepada pemilik kenderaan tentang alasan halangan dibuat ke atas pemilik. Adakah notis ini pernah dikeluarkan kepada pemilik?
.
Jika anda dihalang daripada perbaharui cukai jalan tanpa alasan yang sah anda boleh:
.
a) Minta alasan bertulis daripada JPJ kenapa anda dihalang.
.
b) Minta JPJ perbaharui cukai jalan dengan segera jika alasan bertulis itu tidak munasabah dan tidak betul.
.
c) Jika JPJ enggan mematuhi permintaan anda, anda boleh menyaman/menuntut di Mahkamah untuk gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan anda dan kesusahan anda kerana tidak boleh menggunakan kenderaan.
.
Zulhazmi Shariff ialah Penasihat Undang-Undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE)

P/S: Betul jugak, MK pun tau ada saman sebab check sendiri kat website. Tak pernah pulak terima apa-apa surat mahupun notice dari PDRM. Notice tu tarikh dia tahun 2005 ok!!! Takkan lah dah 6 tahun PDRM pos tak sampai-sampai ke rumah kot? Musykil....



Wednesday, 2 March 2011

Ubat

Office MK ni senyap sangat, Boss outstation, Amoi duk belakang MK ni maternity leaves. Tak happeninglah... ewahh ewahh ko nak happening ke nak kerja?

Apa cerita kita hari ni? MK nak cerita pasal ubat!! Ubat, medicine, pills, vitamin apa-apalah yang saya consume. Comments membina dialu-alukan. Boleh juer share cerita tentang ubat apa yang puan-puan telan. Comment dari Dr.Singa amat dinanti (kalau sudi). Jom tengok!

Evening Primrose Oil - EPO rahsia kejelitaan. Setiap pagi pukul 11am

Panadol Menstrual - dah lama tak makan pill ni. Masa zaman remaja makan kot. Sekarang tak ada masalah period pain lagi Alhamdullahhh tapi every time menses migraine yang setia menemani. emmphhh...

Ada Doctor advised consume calcium, magnesium, multivitamin untuk prevent my problem masa menses tu. So far..masih mengalami problem yang sama hampir setiap bulan. HELP!! 1 hari makan 1 biji

Vitamin C - untuk anak-anak sebenarnya. Tapi kadang-kadang MK pun suka je hisap-hisap sesama derang. But Yen dia kunyah!!

Ahh..ni multivitamin. MK tak jumpa the brand yang I consume tu. Ini kadang makan, kadang tak. 1 hari 1 kali (tapi selalu malas) 
hmm.... teman setia ketika menses! Boleh dikatakan hampir setiap bulan akan menjadi teman baik pill ni. Migraine yang teruk, vomit yang macam morning sickness masa early pregnancy tu kan..haaa gitulah keadaan MK every month. Takkan lah nak ambik M.C every monthkan. Actually after muntah semua jadik ok. Tapi sekejap je...pastu muntah balik..banyak kali..sampai lembik. Ubat paling mujarab setakat ni yelah, makan 2 bijik panadol, duduk diam-diam dalam bilik gelap yang dingin & gelap. Pejam mata...tidur. 2 hours after that insyaAllah ok. HELP!!

Yasmin, rahsia kejelitaan juer...eh..ye ke? Diambil setiap pagi at 5.30am (ye, saya bangun pagi)

Ada lagi kot ubatan lain yang dah masuk dalam perut MK nih. Pengakuan Habis Jujur - I admit dulu pernah cuba duromine, reductil, AyurSlim, Sendayu Tinggi, Jusmate5, Teh Orang Kampung bla..bla..bla... boleh blah!!!! Kesian body saya.... tapi dah tak makan lagi. Cuma kena rajin berlari-lari anak di atas treadmill saja. Setakat ni sejak beli treadmill boleh dikatakan paling kurang 3 kali seminggu berjaya naik dan berlari-lari walaupun selalunya Yen seboookkk dok tumpang letak kaki dia laahh tumpang duduk la tekan-tekan button tu lah...emphhh...

After 3 years melahirkan Yen, berat saya masih lagi tidak kembali ke asal. Masih ada lagi 3-5 kg lemak untuk dikikis dari body. Semoga cepat slim & sihat selalu......

Apa ubat puan-puan makan? Nak tag ke ahhh??? Boleh laahh ek.. saya tag Puan Matun, Kak Jah, Mimi, Diana & Dr.Singa yeeaaahhh... ok cukup 5 orang dulu.....


Tuesday, 1 March 2011

Random

Dah agak lama tak me-random-kan? Here goes...

*26/2 hari tu birthday Yen, 3 years young. Hmmm... cepatnya masa berlalu. Apa? Adik Yen? Apa? tak dengar laaahh? apa?????? bosan ah soalan tu. Kasik soalan yang mencabar sket ah.

*Kami celebrate kat kampung je PakCu Alan (adik MK) pun lahir hari yang sama. Yen happy dapat present. Berseri-seri muka dia bila semua orang nyanyi.

*Shepherd's pie (tah betul ke tak spelling ni) buat 2 bekas. 1 makan dengan family, 1 lagi bawak ke office. Mozarella dah tinggal sikit so tambah cheese keping. Rasa tidak sesedap yang hari tu. Lesson learn - sila guna mozarella
* Nasi ayam lagi - masak hari apa tak ingat. Tapi cuma ingat puji-pujian daripada PakMir. Pujian yang lebih daripada 1 perkataan. Hihihi.... 


*Mee hoon goreng bukit jalil (takmo letak 'singapore' hihi) Senduk sepinggan konon nak share dengan Yen. End up dia makan guna tangan sorang-sorang & habiskan sepinggan tu. Banyak ok. itu portion untuk MK makan dengan Yen, tapi dia habiskan sorang. Kagum!


*Tetiba teringin nak masak ayam masak lomak cili api. Semua bembahan dah ada tu kat dalam fridge. Tapi permintaan untuk gulai ayam amat terhad. Ahh..tak kira...nak masak jugak!

*Recently MK agak obsess dengan bahan pewangi. Semalam MK beli febreeze, lagi satu spray-spray apa entah buat bilik wangi brand apa lupa tapi bau lavender. Pastu beli spray berbau serai selalu makan kat Johnny's dia sembur meja tu guna spray bau serai. Boleh menjauhkan semut, lipas, tikus katanya. Pastu beli ambi pur untuk bilik tidur bau lavender juer. Bangun pagi tadi macam senyuuummm je..wangi!

*Semalam mintak tolong angah Liza pass kan present untuk Umar Ainan (baby kekasih gelap MK si Tuntun tu) Umar baru je 26 hari tapi dah membesar bagai juara. MK beli rompers & as usual disposable diaperslah. Hadiah wajib gitu. Romper tu untuk baby 3 months old. Tapi Angah kata Umar boleh muat baju tu selama 2 hari 1/2 je hihihhii...sorrylah Umar...Auntie lambat kasiklah!!

*MK dah tempah baju raya untuk tahun ni. Gila semangat ke? Baju Bayong & Yen pun dah tempah. Tinggal baju ayah derang & t-shirts je. Langsir pun dah tempah. Ehehe...ala...takpelah kan..langsir rumah tu dah 6 tahun dah tak tukar sebab tak buruk-buruk lagi. Last-last beli jugak hari tu sebab takkan nak tunggu lagi 5 tahun kot baru dia nak buruk? Tukar jugaaakkk!

Dah la tu..nanti ada masa kita me-random lagi ok. Tata!!!