$

Monday, 7 February 2011

Habit

Puan-puan ada habit? Habit ye..bukan habitat... menurut kamus ensaikokintan, habit yelah perangai atau peel. bunyik pe'el bukan peel=kopek. Kopek = kupas bukan buah dada..opsss!! haha! Habit juer boleh dikatakan kebiasaan yang selalu dibuat, routine. Kot (wallahualam...cheewaahh cas ustazah jap)

Hmm...ni MK senaraikan dulu my own habit. Be it bad or not so bad lah:-
  1. Kalau puasa, suka countdown waktu berbuka. Hihih...owh BTW hari ni MK puasa so.. lagi 8 jam untuk berbuka. Tsk..tak baik tau kira-kira waktu berbuka..eh iye ke?
  2. Kalau puasa, suka google resepi or gambar-gambar makanan untuk mencari idea masak untuk berbuka. Err...
  3. Suka belikan hadiah disposable diapers untuk kawan-kawan tersayang yang baru dapat baby. Sebab rasanya diapers sangat berguna kan..kan.. pastu pulak nak kena guna banyaaaakkk...kat rumah MK ni senang je dapat diapers murah daripada pasaraya Gergasi, Taska, atau pun Kafu. (owh-bagi yang belom dapat hadiah diapers tu bukan bermakna puan-puan tidak disayangi, mungkin ketika itu hadiah rompers lebih cantik kot.
  4. Selain diapers, MK paling suka hadiahkan rompers/jumpsuit untuk babies!! Eiiii comellah pakai rompers!!
  5. apa lagi ek? Suka cuci kain malam-malam lepas balik kerja dengan harapan nak sidai sejurus selepas kejadian mencuci, tetapi janji tinggal janji, selalunya bangun pagi esok baru sidai. Hmm.. oleh itu silalah gunakan sabun cap Attack!! Err..ini iklan tidak berbayar ye. Sebab ditinggalkan semalaman dalam machine pun baunya tetap wangi. Sekarang dah ada sabun+softener, 2 in 1.
  6. Bila lipat kain suka lipat baju yang besar-besar dulu dengan harapan gunung kain akan menjadi rata soonest possible. Pastu suka delay-delay lipat kain yang kecit (spender) sebab leceh aahhh... dah lah menggunakan effort yang sama, tetapi ia bersaiz kecik. I hate u spenderrrrrrr!!!! Tapi last-last kena lipat juer.
  7. Malas sikat rambut, sebab nanti rambut gugur. Ahaha..nonsense kan.. even tak sikat pun gugur juer.
  8. Malas berbalas-balas SMS. Sebab kata Simple Message Services habis tu kalau dah berbalas-balas panjang-panjang lagi baik call saje kot. Tapi bila orang tak reply text marah pulak ye? haha
  9. Suka tarik kulit yang kat tepi kuku tuh. Pastu cedera parah kan? Jari bengkak giler..nak bengkok pun sakit. padanlah muka
  10. Last but not least..fuuhhh boleh pikir sampai 10 weehh kintan!! takde keje ke? takde...semua mood raya lagi. Suka pokok bunya. Tapi tak suka tanam...beli je lah..pastu siram...senang!
Ada lagi kot.... puan-puan ada habit? Jom share!!

P/s: Maka dengan ini saya nak mengucapkan TAHNIAH BESAR (big congrats) to my 2 beautiful friends yang telah selamat melahirkan baby mereka. Iaitu Puan Matun kekasih gelap kesayangan kalbu hamba dengan anak lelaki yang sekian lama ditunggu. Dan Puan Eyda adikku yang dekat tapi jauh gitu..sebab jumpa ketika on the way balik kerja saja. Eyda dapat baby girl.

Owh - kedua-dua babies lahir pada 3/2/11 CNY hari tu. Happy for both of you!! Dua-dua beranak normal..Girrlll power!!!!

Hah!!! Dah jangan nak suruh MK buat baby pulak yeeee......heeppp biasa diaaa tuh!!



Wednesday, 2 February 2011

Al-Diafah

Masa Birthday MK yang ke-23 (uhuk, terbalikkan nombol, uhuk) hari tu, MK belanja budak laki 3 orang tu makan Arabian food. Kami dah tinggal kat area Bukit Jalil/Sri Petaling ni about 6 years dah. Asyik lalu lalang tengok restoren yang grand ni. Tapi tak pernah terpikir nak singgah dan cuba makan.

i let hubs to decide whether nak makan Tony Romas or Italianies. Skali dia jawab Al-Diafah!! Err...ok lah..jom saje...

Cantik & sangat grand tempat ini. Tiba-tiba memang terasa bagaikan di negara Arooobbb gitu. Orang yang datang makan pun memang kebanyakannya orang arab

Saje je suruh Bayong diri jauh-jauh sket nak ambik gambar belakang tu sebenarnya

Ni MK & Yen punya dish. Lamb apakebende tah. Yen makan fries je

Ni pun kambing. Arob-arob ni suka kambing kan..

Bayong makan tuna spaghetti. Habis dia makan sepinggan godang tuh

Pakmir makan nasi kaler kuning sedap juer. Sorrylah Mk ni memang jenis tak hingat nama-nama dalam menu nih. Tau melantak je

gaya-gaya menunjukkan tulang kambing. Yen cakap "Mbeekkk - Yen makan"

Ni dah habis makan dah. Owh before that kami minum Arab tea. Sedap!!! Dia kasik cawan kecciiittt je...tiba-tiba teringat peristiwa expresso bersama Acique Lily..hahaha

Budak suka posing

Kalau puan-puan nak cuba makan kat sini, silakan lah ke Al-Diafah Restaurant kat Jalan Radin Anum, Sri Petaling. Opposite Hotel Sri Petaling. Harga tak murah tak mahal. Makan semua tu dalam RM100 lebih sikit je. Tak hingat...tapi tak sampai RM120 lah....

Fettucini Seafood Carbonara



Hello.... lama juer MK merempan sengsorang setelah dikesalkan oleh kakak kesal ye. Hihih takde lah..cuma busy teramat-amat je, biasalah kan dah nak raya cina, so tetiba je jadik busy.

Ni fettucini carbonara ni dah lama gila MK nak masak ni. Lawakan? Pastu sangat creamy, sesuai untuk orang yang tiba-tiba mengidam sesuatu yang sangat rich in cream, cheesy dan menggemukkan. Haha... Jom masak!!

Bembahan:-


Pasta fettucini (sesuai untuk carbonara)
1 tin kecik sos carbonara Prego
Udang dibuang kulit
2 ekor sotong (potong kecik)
2 pokok daun parsley
Morzarella cheese
Garam sket

Cecara:-
  1. Rebus pasta hingga betul lembut. Toskan dan letak tepi.
  2. Masakkan sos dlm periuk. Masukkan sotong & udang
  3. Pastu masukkan daun parsley dan cheese
  4. Kacau sebati sampai cheese larut dlm kuah.
  5. Masukkan garam secukup rasa. 
  6. Siap!!! 
MK buat jugak spaghetti seafood bolognese untuk PakMir sebab tau dia tak suka carbonara. See...dah lah rajin masak, comel pulak tu kan.....:P