$

Friday, 3 December 2010

Dot & Wahie Save The Date Video



Remember my cousin yang unofficial photographer masa kahwin adik tu? Kami panggil dia Balong Faiz. I found his wedding teaser kat you tube. Saje nak share dengan kengkawan. Tak sangka lomentik rupenya sepupu kecit saya nih. dah besar & dah nak kahwin dah pun.

To Balong & Wahie - Kak Teh wish u guys berbahagia hingga ke akhir hayat ye...!!!! Len kali kena book Balong untuk buat family photo kami pulak. Give discount okeh!!!

Congrats for the video & your coming wedding!!! Bila dah kawin sok jangan lupa sayang kat Kak Teh lagi okeh...!!! To Wahie - sila jaga sepupu kecit Kak Teh dengan bersungguh-sungguh ye. Kasik dia makan banyak sket supaya gemuk. Love you guys.....

Tata!!

Wednesday, 1 December 2010

Adik Kahwin (Day 2)

Hari Besar di rumah pengantin perempuan 27/11/10 - kami bergerak dalam pukul 12.00pm ke rumah Ayu sekali lagi. Kami konon-kononnya nak semua orang pakai baju colour merah menyala. Nak kontra dengan pengantin lah kononnya sebab pengantin pakai firus.

Ini budak ah..adooii..macam nak masuk balik dalam perut MK ok..sikit pun takmau berenggang langsung. nak berdukung je pulak tu sepanjang masa..kok kecik takpe gak..nih dah nak masuk 3 tahun dah

Nih kat rumah sepupu kami yang terletak selang 2 bijik rumah je dari rumah pengantin perempuan. kira tempat persinggahanlah ni sebelum berarak ke rumah pengantin perempuan Left-Ringt: Ibu, Kak Ngah, Tasha, Kak Ros (tuan rumah). Baju ibu from Manis Desa Custom Made

nih anak sedara MK merangkap baby sitters Yen; Kina (anak abang) & Nana (anak along lina) baju kina is from Manis Desa Custom Made

Ieyka, Kak Ain (wife abang) baju from Manis Desa Custom Made & Dek Ein (budak jopon sesat)

Pengantin dah siap, gi peluk ibu dulu sebelum peluk bini..hehehe boleh?

Kami seperti biasa terus gila meroyan tatkala ternampak camera. Left to right: Kak ain, Acique Lily, Angah Liza tengah peluk Sufyan (anak abang Poie + kak ain), pengantin si adik Alan, MK bersama Yen yang mengamuk sebab diturunkan dari dukungan serta Abang Poie. Yen nangis-nangis pun MK buat dek je...hehehe sambil berdoa, cepatlah camera ini snap gambar..supaya Yen tak menjerit-jerit lagi...

Adik dah siap sedia nak pakai kasut. Hah tu baru lah ternampak muka Bayong Adam walaupun sipi-sipi je. Yen masih lagi sibuk menjadi bodyguard kepada PakCu dia. Kulu-kilir dia berjalan membawa pistol kuning dia.

Anak manja ibu akhirnya kawin juer Bu. Adik memang sensitif to sunlight & flash camera..penat dia berlatih takmo lelap mata..hehe

Okeh, lets berarak menuju ke rumah pengantin perempuan. Yen selaku bodyguard bisa mematahkan serangan (jika ada) dengan melihat gaya jalan gangster nye saja, penjahat sudah gentar. Apatah lagi jika dia menggunakan kuasa pistol laser kaler kuningnya itu. Tapi bodyguard ini takmo lepaskan tangan ibu dia....tskk

Tah hapa yang Angah Liza cakap tah tu, suruh MK jalan slow sikit kot. Paneh wooo..baju dah lencun dek peluh. Photographer of the scene was PakMir tercinta, yang sambil ambil gambar sambil membaling mercun bola menandakan kedatangan gangster kampung linsum untuk menjemput bininya..hakhak

Adik tanya "Kek pintu gorbang tu kono bonti kojap ko ah?" MK jawab "Iyo gak eh..kasik orang ambik gambar lu"

Ahhh..Ayu dah sampai...cantik sangat berbaju biru

Lawa betul budak 2 orang ni...terkenang masa Mk kawin dulu, nak senyum pun takut...chhiittt apa daa..rugi je kawin sekali je kan...so adik-adik yang nak kawin tu senyumlah puas-puas..jangan over mak limah sudahhh!!!

Pengapit pun berpeluh-peluh. Kipaslah kuat mana pun gerenti tak rasa punya

Owh - Yen telah membuat drama kecil di situ, dia nak bersanding dengan PakCu dia..seb baik MK dengan cekap dapat menangkap dia..siap terangkat-angkat kaki menghalang Yen membuat onar. PakCu dia tak perasan pun apa yang telah terjadi. Dia sibuk tersenyum di pelaminan.

Kami lari ke dalam khemah ketika adik bersanding di pelamin luar. Paneh gilooo... dari kiri yelah Ieyka (anak Along Lina), MK bersama Yen yang terselit didukung, Angah Liza, Along Lina yang nampak kepala sekerat itu, Kak Ain (wife Abg Poie), Acique Lily sempat nyelit dibelakang kami dengan senyuman ajaibnya, Abang Poie & Kak Lang (sepupu)

Lagi sekali kena posing di tengah panas....Nana, Kina, Ieyka, MK & Yen, Dek Ein, Ayah, Kak Ain, Along Lina, Acique Lily & HD, Angah Liza

Aiseh gambar ni golap pulak. Besok juer MK beli DSLR chewaaahhh...

ayah membacakan doa sebelum menupung tawar anak bongsunya

Ibu pulak topong tawar

MK juer tidak melepaskan peluang. Ini kira 1st time menepung tawar nehhh...dah veteran rupanya ek.

Seperti biasa, handbag termahal didunia mesti ada disamping MK. handbag brand Yen...mahal woooo tak boleh di beli di mana-mana kedai

Kami sefamily menyibuk bergambar dengan pengantin. Tengok Yen tu, nak jugak bersandar kat Ibu busyuk masyam dia ni walaupun actually ayah dia yang dukung. ontahlaahhhh....

2 dara anak Along Lina. Psstt..udang tu nampak sodap lak yo

Adik suh testing ambik gambar dia senyum gini...hehehe kalau ok dia nak senyum gini je, dia kata.

Ini budak memang lawa je senyum nampak gigi lawa, senyum tak nampak gigi pun lawa juer. tak senyum pun lawa. Adakah sudah lama berlatih???

Dah balik ke rumah kami, MK sempat ambik gambar di pelamin di rumah kami. MK tak suka gambar ni sebab gemuk. But i love this baju sooo much..so takpelah...janji baju saya cantik...hiks..baju saya dari Manis Desa Custom Made

PakMir dulu janji kalau ada pelamin dia nak bersanding sekali lagi dengan MK. Ni haa..buktinya..hihihi walaupun dia dipaksa (kalau takmo amik gambar MK merajuk 13 hari ok) Terima kasihlah Abie...walaupun pastu dia marah-marah sebab MK nak ambil 2-3 gambar lagi..hahahaha..padan muka..janjilah lagi.

Hari 3 esok lah...MK dah nak muntah tengok PC lama-lama. Uweekkkk.....

Adik Kawin (Pre-wedding & Day 1)

Hi....sorry lama menghilang. Busy ulang alik balik ke kampung menyebuk membuat persiapan untuk adik kahwin. MK takde adik lain...ini je lah sorang. So kenalah buat-buat sibuk bersungguh-sungguh. Ini kira kenduri kahwin terakhir untuk family kami. Syukur, ayah & ibu dapat menguruskan semua pernikahan anak-anak mereka dengan sempurna seadanya.

Sebaik sahaja selepas Solat Asar, kami sekeluarga bergerak ke Kampung Pengkalan Durian, Linggi, Daerah Port Dickson N.Sembilan, kira-kira 15-20 minit perjalanan dari kampung kami. Majlis bermula dalam pukul 5.45pm. Tok Iman tu kelakar je so Adik nampak tak gelabah sangat. Adik dinikahkan oleh ayah pengantin perempuan sendiri iaitu En.Kamaruddin. Sekali lafaz dah sah lah menjadik suami isteri....hmmm kahwin dah adik MK.

Moh tengok gambar saja, sesambil tu MK descibe saja....

Pengantin Lelaki kesayangan ramai - Adik Alan

Hantaran dah siap digubah, 9 berbalas 11. MK buat details untuk alas dulang peach color itu saja...hiks

Haris Dzulqarnain - si tembam mata blat pipi labuh - geget kang!!

Pengantin yang kena buat pelamin sendiri...

Dek Ein & HD

Induk Cha - terkenang peristiwa bersanding 26 tahun yang lalu? Hehehe...

Hari bersejarah tiba sudah - pengantin tersenyum gundah...dengan 1 kali lafaz saja sudah sah menjadi suami kepada Adik ipar saya yang bernama Ayu

Hah ni dia si cantik Ayu tu...baju by Manis Desa Custom Made  Beading by Pretty Manik 

ini gambar favourite saya...Ayu canyik sangat!

2 beradik (Bayong & Yen) & cousin dia Sufyan

Baru lepas nikah tahniah Dek!! Sayang ibu dulu (baju ibu from Manis Desa)

1st kiss - time ni kelakar gile..sebab adik tak reti nak pegang kat mana...hehe keras je tangan dia

Sarung cincin

Nih BangLong Faiz, sepupu kami.  25/12 ni dia pulak menikah. Selaku non-official photographer untuk majlis adik ni. Derang 2 orang ni memang dah kamceng sejak kecik lagi.

Photo session

Nanti sambung ke day 2 kejap lagi ek...tata!