Hi....sorry lama menghilang. Busy ulang alik balik ke kampung menyebuk membuat persiapan untuk adik kahwin. MK takde adik lain...ini je lah sorang. So kenalah buat-buat sibuk bersungguh-sungguh. Ini kira kenduri kahwin terakhir untuk family kami. Syukur, ayah & ibu dapat menguruskan semua pernikahan anak-anak mereka dengan sempurna seadanya.
Sebaik sahaja selepas Solat Asar, kami sekeluarga bergerak ke Kampung Pengkalan Durian, Linggi, Daerah Port Dickson N.Sembilan, kira-kira 15-20 minit perjalanan dari kampung kami. Majlis bermula dalam pukul 5.45pm. Tok Iman tu kelakar je so Adik nampak tak gelabah sangat. Adik dinikahkan oleh ayah pengantin perempuan sendiri iaitu En.Kamaruddin. Sekali lafaz dah sah lah menjadik suami isteri....hmmm kahwin dah adik MK.
Pengantin Lelaki kesayangan ramai - Adik Alan
Hantaran dah siap digubah, 9 berbalas 11. MK buat details untuk alas dulang peach color itu saja...hiks
Haris Dzulqarnain - si tembam mata blat pipi labuh - geget kang!!
Pengantin yang kena buat pelamin sendiri...
Dek Ein & HD
Induk Cha - terkenang peristiwa bersanding 26 tahun yang lalu? Hehehe...
Hari bersejarah tiba sudah - pengantin tersenyum gundah...dengan 1 kali lafaz saja sudah sah menjadi suami kepada Adik ipar saya yang bernama Ayu
Hah ni dia si cantik Ayu tu...baju by Manis Desa Custom Made Beading by Pretty Manik
ini gambar favourite saya...Ayu canyik sangat!
2 beradik (Bayong & Yen) & cousin dia Sufyan
Baru lepas nikah tahniah Dek!! Sayang ibu dulu (baju ibu from Manis Desa)
1st kiss - time ni kelakar gile..sebab adik tak reti nak pegang kat mana...hehe keras je tangan dia
Sarung cincin
Nih BangLong Faiz, sepupu kami. 25/12 ni dia pulak menikah. Selaku non-official photographer untuk majlis adik ni. Derang 2 orang ni memang dah kamceng sejak kecik lagi.
Photo session
Nanti sambung ke day 2 kejap lagi ek...tata!
1 comment:
Ohh..ini lah Ayu ye...selalu dengar cerita je, tak pernah tengok orangnye...memang ayu pun...sgt chantik dan sweet sekali orangnye..pandai adikmu carik bini MK....hehe
Post a Comment