$

Monday, 30 July 2012

Geram

Hey y'all. Ada banyak sangat cerita sebenarnya nak kongsi. Tapi tulah. Masa tak berapa cantik untuk membebel. Bila sampai rumah pulak dah malam dah nak memakai topi emak-emak.

Sinopsis jelah:-

-Ayong dapat no.1 lari 50m lelaki tahun 1. Saya berdiri betul-betul di luar track ok. Parents yang lain tak turun pun. Tsk..malu ke anak saya nanti ek? Kikiki..tapi takpelah. Saya omak yang selalu excited. Saya jerit kuat-kuat!! Lompat-lompat!!! Gambar ada, tapi blogger ni sewel kot. Gambar tu jadik takmo rotate. Tengok kat FB jelah. Masa Ayong naik podium, air mata saya menitik..hmmm...sensitif biasalah..emo kan. Nasib baik pakai sunglasses

-Hari ni dah 10 hari berpuasa. Setakat ni Ayong masih berpuasa penuh. Kurus dah dia. Saya ada janji nak kasik dia RM50 kalau dia dapat puasa penuh. Bersemangat nampaknya anak saya tu. Yelah last year pun saya ada janji gitu. Tapi masa tu dia belum faham kuasa duit. Ni dah masuk darjah 1 dah pandai membeli di kantin, di book shop so dah tau nilai duit. So mata dia bersinar bila saya cakap RM50. Dia cakap "Banyaknyeee!!!" hehe

-Raya tahun ni saya macam tak beriya-iya pun nak beli baju baru untuk diri sendiri. Untuk anak-anak jelah kot. Saya pakai jelah apa-apa yang ada. Orang kampung saya bukannya pernah tengok semua baju kurung saya kan. Kalau kita dah comel tu..pakai apa pun comel.. (Harrkkhhh tuuiii..kikiki jangan marah). Saya nak belikan hadiah raya untuk ibu & ayah je. 

-Ok lah..tu je yang sempat ni. Ini pun tengah menunggu ayam panggang madu saya masak dalam oven tu. Baunya wangi tau!!

-Selamat berpuasa pada kawan-kawan semua!! 

P/S:- Saya dalam azam berjimat sempena bulan Ramadhan. Doakan saya berjaya! Saya nak tersenyum-senyum tatkala melihat baki account dalam bank di waktu hujung bulan sebelum gaji masuk. Lepas gaji masuk mestilah senyum lebar sikit kot? Hagaknye lah...

Ta!!

1 comment:

eyda said...

Saya pon kene berjimat gak pasni.. Sebab duit dah byk abih beronline shopping nih.. Uwaaaaa.. Tgk balance bank dahi berkerut.. Huhuhu