$

Sunday, 8 July 2012

Kung Pao Chicken

Tetiba teringat resepi ni. Dulu-dulu saya pernah masak ni. Tapi kali ke-2 ni rasanya lebih sedap (kot). Kalau tak..takkan suami saya puji banyak kali (walaupun 1 perkataan je) tapi banyak kali..kiki...Nasib kaulah Senah...dah laki ko memang tak banyak cakap. Kalau dia banyak cakap...sapa pulak nak dengar kau bercakap kan??

So..saya browse balik resepi Kung Pao Chicken ni kat blog saya sendiri...terasa berguna pulak blog ni ye..hehe.. Kung Pao Chicken kali ketama sila klik. Resepi sama je..cuma ada adjust sikiiiittt..je

Ni lah rupanya. 

1 piring ayam-potong kecil
3 tangkai cili kering
1 biji tomato belah 4
1 biji bawang besar belah 4
1 piring biji gajus goreng (beli je yang kat kedai tu yang dah siap peket-peket tu)
3 tangkai daun bawang (potong panjang-panjang sket dalam 1 inci each)
2 ulas bawang putih (racik)
1 inci halia (racik juer)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1/2 sudu teh gula
2 sudu besar tepung gandum


Cecara:-
  1. Gaul ayam bersama garam & tepung jagung. Goreng sampai masak. Bila dah masak - angkat toskan.
  2. Goreng cili kering yang dah dipotong-potong. Goreng sampai garing. Angkat ketepikan.
  3. Panaskan minyak baru, tumis bawang putih & halia sampai garing
  4. masukkan bawang besar, sos-sos kicap semua & gula
  5. masukkan tomato, rasalah sedap ke tak sedap. 
  6. masukkan ayam, cili kering & gajus goreng - gaul rata
  7. masukkan daun bawang..gaul-gaul. tutup api.
  8. Siap!!!



Saya lawankan dengan nasi goreng. Rahsia ketika kita hanya rajin nak masak 1 lauk je, kita hendaklah memasak naik goreng. Kalau tak kan macam pelik je makan dengan 1 lauk kot. Tapi nampak nye tips saya tak tepat...PakMir request lepas ni kalau masak lauk ni sila masak nasi putih saje.

Sekian!!! selamat mencuba!! saya nak tidur ZzzZzZZz

No comments: