Hallo! Tsk..payah betul nak habiskan cerita Bandung ni ek. Saya actually dah nak lupa dah apa kisah kami kat sana. Tapi habiskan jelah cerita kan....
Malam semalamnya tu kan ke runsing pemikiran sebab duit hilang juta-jutakan. Tau sebab apa sedih sangat? Sebab duit tu untuk beli baju anak-anak!! Bila dah jumpa barulah rasa happy balik. So pepagi buta hari last kami kat Bandung tu teruslah ajak Pak Endang pergi ke Toko Anak Kecil. Kami pun naik le mobil tu. Belum sempat duduk betul-betul dah sampai. La... dekat je pun dengan hotel, cuma dia kat selekoh je. Jalan kaki pun boleh..hahaha... tak tau kan...tempat orang gitulah.
So Weq, dah siap-siap beli barang untuk anak dia. Jadi ni kiranya masa untuk saya jelah. Dia mem-busykan diri ambik gambar sorang-sorang kat luar toko. Saya pulak rasa macam nak beli semuaaaa...duit je tak cukup..hihi..
Comel kedai ni. Dah kenapa saya diri tegak ala-ala bersedia nak nyanyi lagu Negaraku tu pun tak sure lah kenapa ek.
Ni semua gambar Pak Endang yang tolong petik. Weq la ni paksa-paksa orang ambik gambar. Orang dah tak sabar nak masuk dalam beli-beli dah ni. Malas nak layan!
Ahh...tengok tengok!! Comel kan...baju girls laaaaaagi comel ok. Tapi saya tak beli pun. Eh..jacket teddy bear hijau kat belakang tu comellah pulak ek. Baru perasan haa... Saya habis dalam IDR600,000+ je kat sini. Tapi dapat dalam berapa helai ek..tah la..tak ingat. Saya beli baju-baju yang pelik-pelik sikit yang tak dapat jumpa kat KL je. Macam baju yang siap ada lampu-lampu ok bila budak-budak melompat. Ala-ala baju Ramlah Ram masa dia nyanyi lagu "Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu". Hish...panjangnya tajuk. Ni siapa yang punya idea bubuh tajuk lagu panjang-panjang ni? Sebab tengok yang lain-lain tu macam sama je kat KL. Sogo pun banyak...
Ayen siang-siang lagi dah kirim "Adik nak seluar askar, baju Manchester City" Gitu...emph...yolaaahh! Ayong nak baju Chelsea...
Tengok tu. Mostly setiap dinding memang ada grafiti-grafiti gini. Mostly iklan. Senang jugak kan. Terus lukis kat dinding je terus diiklankan. Dinding jadik comel, mesej pun sampai pada pembaca. Ewah..bercakap macam pengacara Nona kan...
Kami ke Kartika Sari lepas tu. Weq dah mencuit-cuit saya untuk menukar duit lagi. Dia memang tak bawak duit RM spare tau. Tapi dia tau saya ada. Mula-mula saya taknak kasik pinjam. Hehehe...saje je menyakat dia. Lagipun saya takut nanti kena tax kat airport Malaysia. Malaysia katanya...macam pergi oversea jauh sangat :P. Tapi last-last saya bagilah juer. Kami pergi tukar duit kat bank sebelah Kartika Sari ni je. Saya bagi semua duit kat Weq. Bersinar mata dia...tapi saya ada 1 rahsia....
Ni dalam Kartika Sari. Terlampau banyak jenis kuih, kek & brownies sampai tak tau nak beli yang mana.
Ha...tengok! Ni kuih tradisional tau. Tapi derang buat sangat menarik. comel-comel dan rasanya memang sedap! Kami beli 2 kotak kecik untuk try makan masa dalam kereta. Weq pandai pilih kuih yang sedap, nasib baik dia tak kedekut bagi saya separuh..hihihi... Hepp..aku dah bagi ko pinjam duit kan...sila bagi aku rasa sikit!!
Ni kuih & kek moden sket. Ni kami tak beli. Cuci mata je. Saya beli brownies banana cheese, brownies kukus & bakar. Kat sini saya tak beli banyak. Sebab ramai yang cakap amanda lagi sedap. So kita ke sana pulak.
Dah sampai Amanda! Kedai dia kelaaam je. Tapi saya borong like 12 kotak brownies kot. Penuh 1 troli beg brownies. Pastu tetiba je saya dapat free 'muk' 'muk'. Apa benda 'muk' rupanya MUG (cawan) daa... derang sebut 'muk'
Lapar lagi. ala..macam tak biasa kan...perut naga..memang gini. Saya tak kira..nak carik jugak mee kocok. Suruh Pak Endang carik kedai tepi-tepi jalan je. Suka tau makan kat tempat orang local makan. Saya suruh Weq cuba air sirsak (durian belanda). Tapi last-last kami order sirsak+strawberry. Wuuu...meleleh!! Sedap!
Muka budak si pemakan mee kocok. Kali ni saya mintak mee kocok kaki sapi lagi..Weeeeee....suke! Weq mintak mee kocok special. Ewahhh..tadi kata takmo. Sekali dia pulak yang over mintak special bagai tau...
Terima kasih Buk Saad! Nanti kami kemari lagi yah!
Berhenti kat sini kejap, ambil gambar je pun. Tak beli apa-apa pun. Sebab seluar askar Ayen dah beli semalamnya kot. Barulah ternampak kedai ni. Chiitt...tak berani tengok harganya pun sebab takut terkecewa. Manalah tau tetiba murahkan kecewa nantikan. Hmmm...
Kat tepi jalan ni ada orang jual t-shirt Bandung tu. Weq belikan untuk abang-abang dia. Saya nak beli tapi sudah kepupusan uwang.
Kami singgah sekejap office Pak Endang untuk pack barang-barang semua siap-siap. Lepas tu dua-dua rasa macam nak terjun sungai sebab takut excess baggage. Kami book 60kg. Tapi tetiba je ada 5 bag! Bila masukkan dalam mobilkan...mobil tu mendap!!! Wuuuu takoootttt. Duit dah habis!! Duit RM pun dah habis. Kalau kena bayar sebab terlebih berat macam mana? Perlukah kami menari di tepi jalan meminta uwang untuk bayar semua tu? Huwaaaa....takoootttt!!!
So disebabkan ketakutan yang teramat, wahh ayat! haha..kami decided nak terus ke airport je. Masa tu belum pukul 3.00pm pun ok. Flight kami pukul 7.45pm. Gila lama kan. Sampai di airport terus scan beg kan. Saya puaslaaahhh balut balut balut keris ayah tu dengan plastik 10 lapis kot. Pastu sumbat-sumbat kain ela la..lapik-lapik balut-balut. Tapi tau apa officer tu cakap as soon as saya letak beg saya tu kat scanner?
"Mbak, bawa keris ya mbak" Wuuuu....buat penat je tau. Huh..kalau tau gitu, baik saya selit je celah jeans ala-ala pengantin tau. Penat je lapik-lapik konon.
Saya pun jawab "Iya..iya..buat ole-ole untuk ayah!"
"Owh..untuk ayahnya nggak apa-apa..jangan dibuat perang" Gitu jawabnya.
Terpaksalah saya ketawa konon-konon geli hati...Hihihihihi...gitu "Lucu sekali ah bapak ini" hahahaha. Blueekkk..padahal cuak dah.
Sebab takut kena bayar excess baggage kan..so kami decided check in 3 beg je. Lagi 2 hand carry. So pergi timbang. 1 beg, 2 beg, 3 beg, tak sampai 30kg pun!!! So letak je semua beg. Total 56kg!! Yeaayyyy!!! Suke...suke....rasa macam nak melompat sebab kerisauan yang maksimum!!
So sebab konon tak kena bayar beg terlebih beratnya tu, kami pun habiskan duit untuk wrap beg-beg kami guna plastic wrapper tu. Kena IDR10,000 setiap beg. Mengada-ngada kan?
Tuh yang hand carry tu semua barang Weq. Saya punya semua check-in saja.
Sebab mengada-ngada lagi kan...kami pun konon nak lepak kat cafe kat airport tu. Memang lama pun kami lepak. 2-3 jam kot. Tapi duit kan dah habiskan Tinggal IDR44,000 je (RM14.80). So kami beli 1 gelas ice lemon tea je. hihihihih..share 2 orang lepak-lepak dalam cafe siap baring-baring tau. Konon katanya free wi-fi. Tapi coverage nye hampeh...tak dapat nak log in pun. Saya bosan lepak dalam so saya jalan-jalan kat luar yang sekangkang kera je airportnya pun. Tetiba ternampak P.C kat tepi dinding tu. Sukenyeee!!!! Try log in facebook bolehlah pulok!!!
Carik TunTun kesayangan jiwa qolbu ada online tak? Ada...you all!!! Borak-boraklah kami melepas rindu...kiki..Weq mesti bosan gila tunggu kat dalam cafe lama sangat. Saya ni taknak lepaskan p.c tu sebab ada 3 bijik je. Kang kalau saya gi panggil Weq mesti orang lain ambik p.c saya kan. (Tetiba ngaku p.c dia pulak kan...wu wuu) Tapi last-last rasa kesian je kat Weq pergi le panggil dia.
Weq cepat-cepat lari keluar dari cafe, tinggalkan saya terhegeh-hegeh tolak troli tu & kena bayar duit minuman. Harga dia pulak....jeng jeng jeng!!! IDR50,000!!!! Aiyooo...tak cukup duit!!!! Camne ni? kena cuci pinggan ke? Dah la lepak lama gile baring-baring semua sekali tak cukup duit!!!!
Last-last Weq gi tanya boleh bayar guna duit RM tak. Dia kata ok. So kami bayar IDR40,000 + RM4. Chiitt...mahal tau ice lemon tea ko!!! Jahat!! Benci!!! So tinggal berapa sekarang duit kita? IDR4000 = RM1.30. Tapi Weq happy je...sebab dia dah dapat log in kan..Gembira tau. Tetiba p.c terpadam!!! Maybe dia tengok saya tadi beriya-iya tergelak ketawa ria depan p.c tu kan...so dia tutup main switch. Benci tau!!!
Sekarang kami adalah tiada internet, tiada uwang & lapar dahaga. Weq cakap "Jom kita minum air kat paip toilet" Pastu kami bantai gelak kuat-kuat kat situ sebab terasa gila sangat tau...kesiaaannn...Weq siap buat telan-telan air liur ok bila tengok ada budak kecik minum oren juice lalu depan dia..hahahah. Sick!!! "Aku dahagaaaa Taaaannn...macam mana ni...." Gitulah kritikalnya kawan saya ni..tsk tsk tsk...
Saya biarkan je... dah lamaaaaaa tu tetiba saya bangun. Weq tanya "Ko nak gi mana Tan?" Ingat tak tadi kat atas, saya kata ada rahsia kan? Sebenarnya saya ada selit RM50 kat dalam poket! Sebab takut Weq nampak duit tu tadi mesti dia nak suruh tukar nak shopping lagi..kikikiki.
Saya jawab "Aku nak gi tukar duit" sambil tunjuk duit RM50. Weq melompat!!! "Ko ada duitttt!!!!!!! Ya Allah...aku bersyukur ada kawan macam ko!" hahahaha...siap peluk saya tau.
Kami keluar dari airport & lintas jalan tukar duit dapatlah IDR150,000. Kaya balik kan...hahah tetiba daripada nak beli air mineral je tadik kan...terus kami order nasi goreng. Sedap.....
Haha...ni muka budak kenyang
Ni pun budak yang bersyukur...
Finally, check-in counter pun dibuka. Kami antara orang pertama yang check-in, bayar tax semua terus masuk tempat tunggu kat atas pulak. Dah la masa nak check-in tu kan, si Weq kena buli dengan officer tu. Sebab scanner berbunyi bila Weq lalu. Sebab kasut dia ada besi besar tu kan. So kena undur...masuk balik 2-3 kali. Siap officer tu buli dia. "Itu...kacamatanya di pakai!! Rambutnya dibiar lepas" Adeke dia suruh Weq pakai sunglass sambil lepaskan rambut pastu baru lalu scanner...pfftttt!! Weq tersengih-sengih takut je..kikikikik.
Last-last dapat lepas. Masa lepak-lepak kat atas tu tiba-tiba dengar announcement cakap lebih kurang gini "Ada sesiapa yang tertinggal bagasi kulit berwarna hitap gelap, sila berjumpa dengan kaunter informasi seberapa segera!" Weq cakap "Hish...apa la..tinggal-tinggal bagasi" Saya senyap je..malas nak layan Weq membebel. Tiba-tiba dia bangun... "Taaannnn!!!!! Aku tertinggal beeeeggggg!!!!!" Rupanya tu bagasi dia ok!!! Dia tertinggal kat kedai makan nasi goreng tadi. Chiitt...dah dia kena lalu balik scanner & jumpa balik officer-officer giler tadi sebab beg dia tinggal. Haiyooo....
Finally....atas segala apa benda yang telah terjadi. Akhirnya kami selamat pulang ke tanah air. Happy nyeee.... alhamdulillah. Weq terus carik ATM cucuk duit dan bayar balik duit saya serta merta. Siap bagi duit lebih-lebih pulak tu. Terasa macam ceti pulak..hehehe sebab ada bunga. Kejap tu PakMir & anak-anak saya pun sampai...Weq siap bagi lagi duit untuk belanja makan McD. Berlebih-lebih lagi dia bagi...hmm.. tulah kawan saya. Memang tak pernah lokek. Patuuuttt la rezeki murah...
Weq tak nak tumpang kami. Dia ambil airport limo. Kami hug-hug, kiss-kiss kat McD dan bye-bye Weq!!! Hingga ke vacation seterusnya maybe lagi 10 tahun? Hahaha!!!
Ok lah..panjang sangat lah dah ni...nantilah sambung lagi. Bandung After Math pulak ok...
Tata!!!