$

Monday, 10 December 2012

Durian Crepe

Ok... saya rasa perangai kemaruk saya memang dah teruk. Balik dari kerja terus beli bembahan nak buat durian crepe. Call me insane...sebab saya memang tak pernah makan durian crepe...tapi tetiba nak buat durian crepe??!! Hikhik...

Mula-mula entah dari mana tetiba dapat idea nak makan durian crepe. Memang selalu lalu depan stall dia kat Midvalley tu tapi tak pernah pulak terfikir nak beli. Dan tetiba hari ni naaaakkk lah sangat makan menda alah tu. OMG...bayangkanlah perangai saya kalau mengidam ek. Ini belum pregnant dah nak makan macam-macam. Kalau pregnant..tak taulah. Selingan - masa saya pregnantkan Ayong & Yen dulukan...saya ada full list of food that I wanna eat before beranak. Saya akan tick the box bila dah dapat makan. Oh my...bini siapa lah ni?

So setelah meng-google resepinya saya pun kata "Ala...senang jek" It's like pancake yang super thin pastu filling dengan whipped cream + durian. Easy!!

Well... not!!!

Pukul 6.30pm terus jemput kids dari rumah baby sitter & project durian crepe dimulakan dengan dibantu oleh kids!! Hmm... pempahamlah kalau dah budak lelaki 7 & 4 tahun yang tolong kan. Tepung tumpah sana sini. Pecahkan telur siap termasuk kulit dia. Pastu peel durian dari bijinya derang siap jilat fingers and continue peeling...yeah..memang fantasticlah ada perisa tambahan.

Tak bagi tolong karang merajuk pulak. Lagipun saya memang nak ajar anak-anak lelaki saya membantu house chores because I have no choice. Either to let them help or I will end up doing semuuaaaa house chores alone sampai tua!! Sedih! :( 

So...siapa kawin dengan anak saya nanti memang bertuah ye Senah....dah la hensem, pandai masak, rajin menolong di dapur, pembersih pandai lipat baju...bla..bla... hahaha (promote)

Eh..sambung cerita crepe. So saya pun biarkan Ayong pukul whipped creme dengan mixer lah. Tetiba...terlebih pukul (over-beat) sedih...saya takde back up whipped creme. So saya tapis jek yang dapat diselamatkan tu.

Eh moh le kita ke bembahan & cecara:-

Bembahan:-
2 1/2 cawan tepung
1 cawan air
1 cawan fresh milk
2 bijik telur
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
esen vanila
2-3 titik pewarna kuning (tapi tadi kat carrefour takde kaler kuning so saya beli hijau apple - lantak)

Filling:-
5-6 ulas durian peel lah dari bijik dia. Jangan pulak masukkan dengan bijik dia sekali ye..kikiki
whipped cream/fresh cream jangan over-beat

Yeah...kasik resepi macam handal giler kan? Tak...ni actually 1st trial saya okek. Burp...phewww sendawa bau durian...nyummm..

Cecara:-
  1. Mix kan semua bembahan dalam mixing bowl, pukul rata dengan mixer..senang! Suruh anak tolong. Habis kejap celup tangan nak rasa haisshhh...
  2. Tapis batter tu untuk dapat batter yang lebih halus mulus..ketepikan
  3. Ambil bowl lagi satu...pukul whipped cream pulak sampai siap lah. Sorry kawan..saya tak tau berapa lama nak pukul dia. Mungkin dia degil sangat so kenalah pukul lama sikit.
  4. Tapi bila dah terlebih pukul tu dia mogok...huaaa huaaa...nasib baik dapat selamatkan beberapa sudu.
  5. Kupas (kupas ke nama dia? entah) isi durian dari bijik dia pastu letak tepi sekejap. Uhh..time ni lah anak saya meletak perisa tambahan ye. Iaitu saliva!! woohooo...sambil kupas isi durian sambil jilat jari..sambung kupas balik...yeahhhh marvellous!
  6. Ok now buat crepe. Ambil sesenduk letakkan lah dalam pan non-stick. rata-ratakan lah secukup handal yang boleh kasik nipis.
  7. Jangan terbalikkan. Kita nanti nak guna side yang licin tu untuk balut filling
  8. Sejukkan sekejap. Dan boleh mulakan proses mem-filling
  9. Letak sesudu dua cream (ikut besaq crepe) pastu letak durian pastu bubuh cream lagi atas dia. pastu lipat macam bantal. Paham ke tak ni? alah..google jelah ek.
  10. Buat sampai habis pastu simpan dalam fridge kejap kasik sejuk. 
  11. Pergi lah mandi lama-lama sikit pastu after 1/2 hour kot...boleh le try potong crepe kita...
Jeng jeng jeeenggg....

Ye...pelbagai size & tertebal pulok...walaupun saya dah berusaha nak menipiskan dia..hihih...

Tada!!!! Model yang baru baik dari bersunat tersenyum happy dengan hasil tangan dia. Siap dah kirakan jumlah keuntungan kalau kita jual ni sebelah kedai nasi lemak Cik Mimi depan rumah katanya.

Overall, saya rasa crepe durian kami ni sedap...kikikii...pandai jek..dah la tak pernah rasa..tetiba buat sendiri pastu claim sedap..kakakakaak suka hati lah kan..janji happy! 

Ada lagi 2 bijik dalam fridge...takpe..esok saya nak paksa Kak Azie kat office makan. Kekekek....

Tata sayangssss!!!!

Selamat mencuba!

P/S: Lepas ni apa pulak yang saya nak mengidam nye?







Pizza Sukaria

Hai...Selamat hari Isnin!! Semenjak dua menjak ni napsu makan saya semakin menjadik-jadik. Ok..ok..sebenarnya memang saya sentiasa bernafsu untuk makan. Tapi kali ni nafsu nak membuat sendiri makanan yang saya idamkan tu semakin menjadi-jadi.

Few days ago saya ade bumped into Fillanie's blog & nampak dia buat pizza! Well hellooo...Domino's pizza adalah 10 langkah je dari rumah saya. Tapi disebabkan mengada-ngada...nak buat jugak nak buat jugak. Saya memang selalu gitu kot. When I want it, I want it now now sekarang now! Tak baik kaaann...menyusahkan diri sendiri..kikiki...

So pergi lah Giant yang dekat je dari rumah tu nak beli bembahan:-

Bembahan:-
Pizza base - cap apa-apa pun boleh (saya beli cap family) boleh carik dekat frozen area. Dalam dia ada 2 keping. Saya baru guna sekeping je. Nanti boleh buat lagi. Dia ada bagi sekali dengan pizza spread dia. Kalau takde boleh guna tomato puree juer.

Mozarella grated cheese
Capsicum
Shredded beef
Beef Salami/pepperoni
Button mushroom
Italian mix herb

Cecara:-
  1. Panaskan oven 200' selama 10 minit
  2. Sapukan pizza spread rata-rata pada pizza base
  3. Letaklah segala bala menatang yang kita suka. Mushroom capsicum sukahati lah.
  4. Pastu taburkan mozarella banyak-banyak. Jangan kedekut tau
  5. Last skali taburkan italian mix herb
  6. Bakar dalam 20 minit atau sampai pizza base tu kaler keemasan 916 gitu, Garing la...
Siap!!! Masa tengah dok tabur-tabur tu kemain excited saya ha...siap tersengih-sengih sengsorang sambil ketawa-ketawa kecil bahagia gitu. Budak-budak laki tu sebok dok tengok bola Malaysia vs Thailand. Bila saya dok tengok bola sesama derang tapi mulut saya ni cepat menjerit. Kenalah marah dengan semua orang...huh...meh la kita merajuk membuat pizza!! Nyampah.

So..meh tengok hasilnyaaaaa...pastu sila baca post mortem saya. Biasalah kan..kita 1st time buat. Pastu masak pun sekali seminggu kot...kikiki...memang le kena cuba banyak kali (ayat defend diri nih) heh



Pastu budak-budak lelaki tu semua kaki masing-masing macam dah melekat kat sofa depan tv kan..so kenalah hidang kat depan tv juer. Sekelip mata selesai....

Post mortem:-

Pizza saya agak berair SEBAB mungkin saya letak tomato fresh. & tak bakar dia cukup lama. Mozarella cheese rasanya dah letak banyak dah...tp mungkinkah masih tak cukup? 

Ok..nanti boleh buat lagi...ada lagi sekeping!!!!! Suka...suka...

Misi seterusnya:- Buat durian crepe & nasi pakapau!!! Woohooo...semoga rajin wahai MK

Tuesday, 4 December 2012

Clamp

Hai semua, busy busy busy... rindu gile nak membebel kat blog sendiri. Memang tak dapat curi masa. Kalau balik rumah memang terlupa nak masuk bilik Ayong untuk guna PC. Nak update guna phone tak reti. Tapi cerita kali ini memang kena update. Untuk kenangan saya sendiri. 

Ayong sunat!! 2/12/12 - last Sunday! Kami pergi daftar di Klinik TTDI Sri Manja. Tapi booking untuk 2/12 dah penuh. Dia bagi 16/12 lambat lagi. Oh man!!! Memang pada mulanya tak nak meminta pertolongan cable besar klinik tu. Tapi disebabkan PakMir dah minta cuti untuk jaga Ayong..so kenalah whatsapp Dr. Comel yang baik hati. Besar juer kemaluan yang dihadapi untuk meminta pertolongan Doktor yang baik hati tu (hai Doktor!!!! ¬lambai-lambai¬) tapi anak kesayangan punya pasal saya whatsapp juer Doktor.

Terus dapat date booking 2/12 itu you ols!! Hehehe...terima kasih sejuta kali untuk doktor tu...cheewah... Maka harinya pun tiba:-

Ni dah mandi siap-siap tunggu Ayen siap mandi. Dah la lama sangat mandi. Macam dia pulak yang nak bersunat. Geram betul!! Last-last saya sergah dia dalam toilet tu..melompat dia...hehe.

Apsal la bila saya type ni tulisan semuanya ke tengah jek ni. Penat dah edit...degil betul blogspot ni. So..sebelum pergi klinik, saya belanja dulu Ayong breakfast KFC. Banyak dia makan siap habiskan meal adik dia. Sampai di klinik tepat jam 9.30am. Tunggu dalam 30-40 minit barulah nama Ayong dipanggil

Ayah belikan comic 2 bijik untuk memujuk hati yang gemuruh. Hihi...time ni dia rileks lagi. Pastu nama Ayong dipanggil masuk. Lama jugak dalam 15 minit kot...budak-budak lain apsal macam sekejap je? Mungkinkah bird Ayong besar? Kata Ayen..hahaha..suka hati ko je dek

Ni dah sampai rumah. Ayong steady je. Tapi malam ada merengek sikit time nak buang air. Dia takut sakit. Padahal belom rasa sakit pun. So..today dah hari ke-3. Harapnya cepat sembuh. Doktor kata hari ke 5-7 boleh bukak clamp. Kita tengok macam mana. Macam-macam nasihat diberi oleh Dak Diana tercayang bucuk bacin disebabkan anak dia Aiman superman dah bersunat dulu 2 weeks ago. 

To Ayong: Dear Sayang, sekarang sayang ibu dah besar. Dah boleh solat di saf depan! Tak perlu solat di saf belakang lagi. Pastu sayang dah boleh jadi Imam! Owh...cepat sangat masa berlalu. Ibu doakan Ayong cepat sembuh. Tak lama lagi nak sekolah darjah 2 pulak kan. So kena tahan sakit sikit untuk jadi real man!! Hehe.. Auntie Diana cakap..mesti berani tahan sakit. Barulah cepat sembuh. Takkan Ayong nak pakai clamp tu pergi sekolah kan? Mesti tak hensem. Ok, Ibu kena masuk meeting....bye Sayang!! Get Well Soon!!!

Friday, 9 November 2012

Holistik

Hey y'all!! Selamat bercuti!! Eh..saya sorang je cuti hari ni sempena nak hadir ke majlis anugerah Ayong 
Adam. Hmm...nampaknya tahun ni memang 'Tahun Adam' banyak peristiwa manis untuk dia tahun ni. Semoga berterusan. Baru masuk sekolah, gigi susu cabut, menang lumba lari, dapat anugerah displin terbaik bla..bla..Well done son!

Ayen pun tak kurang hebatnya. Yelah bucuk masyam saya tu sentiasa menceriakan hari-hari saya. Tapi kali ni kita kasik chance dekat Ayong ok!! 

Pagi tadi saya & Ayen pergi ke sekolah Ayong untuk menyaksikan dia dapat 2 anugerah. Iaitu Bahasa Arab terbaik & Anugerah Holistik. Holistik = menyeluruh. Ada cerita kelakar di sebalik perkataan Holistik ni. Last Monday saya migraine & Ayong demam. So tak pergi kerja/sekolah. Baru nak tidur petang tu tiba-tiba Cikgu Hana Yasmin called & cakap Ayong dapat anugerah sekian-sekian. Holistik katanya. Mula-mula saya yang mamai-mamai ingat gini "Owh...dia dapat Arab terbaik...so dia dapat anugerah Holly (Murid-murid Alim) kot..heheheheh"

Bila dah betul-betul waras baru saya tersedar holistik mungkin 'all rounder'. So bagi meng-confirm-kan perkara tu, saya message 2 kamus bergerak saya ye itu niece bucuk bacin saya di U.K Kak Long Mira & Cicik Lily saya. Dua-dua meng-confirm-kan holistik=menyeluruh...& dua-dua gelakkan saya sebab ingat holistik=holly....hehe...takpe..malu bertanya sesat jalan kan...

Jom tengok gambar je lah:-




Ramai sangat parents yang bersesak-sesak ke depan untuk ambil gambar anak masing-masing. Saya zoom dari belakang jelah. Hai Ayong!!!

Yang kecik tu nama dia Danish Ajmal. Kawan baik Ayong. Dia dapat Anugerah Perdana ok!! Equals to Dean Award la konon-konon 4 flat la lebih kurang gitu. Hebat kan!! Kecik-kecik cili padi. 5 orang je daripada 200+ yang dapat award tu. Ayong masuk dalam kategori best 35 a.k.a Holistic Award.


My boy!!! Proud of you, Son!!


Friday, 2 November 2012

Dentist

Cabut gigi!! Good boy sangat berani. Walaupun tak tahan sakit. Kena letak gel la...sembur la...tapi sakit juer. Last-last doctor inject bius. Tapi memang doctor cakap akar gigi tu panjang pun.

Dah settle semua. Pasni kita sunat pulak ek. Yg tu boleh ibu ambik gambar jugak ke?



Thursday, 1 November 2012

Leek

Sekarang now, saya suka makan Leek! Tumis dengan bawang pun sodap!



Sorrylah tak de update. Banyak kerja pun iye, malas pun iye, takde cerita pun iye juer. Cerita sedih ada lah 2-3 cerita. Tapi takmo lah cerita kat sini. Nanti besok-besok bila terbaca sedih balik pulak.

Ta!!

Sunday, 14 October 2012

Tony Romas with Fav Girls

Makan time. 
Venue: Tony Romas Midvalley 
Theme Color: RED. 

Ngengadakan..ada theme-theme color bagai. But it was FUN. Can't wait for the next gath! What's the next theme? 

L-R : Emma, saya, Weq & Moie




Wednesday, 10 October 2012

Hi Sayangku

Hi ladies...& gents (kalau ada),

Dah la tu jangan sedih lama-lama nanti memakan diri. Meh lah kita kembali kepada perangai asal iaitu tersengih-sengih selalu. Anak-anak masih sayang saya walaupun saya bekerja. Suami pun harapnya bertambah sayang....

Ni ada cerita pendek je. Hari Isnin lepas saya tiba-tiba rasa rindu pada kawan saya nama dia Iqma. Ni kawan sekolah rendah yang paling rapat (geng Linggi) sekali dengan Tuntun kesayangan qalbulah ni. Tapi saya kenal Iqma lebih lama yakni (yakni katanya....hehe) dari saya berusia 9 tahun. Iqma jiran depan rumah saya waktu tu. Kami juga rakan sekelas, sepermainan nyorok-nyorok. Budak lelaki suka nyorok dalam skirt kembang dia. Dulu masa saya mula-mula belajar hidup di KL, Iqma lah yang banyak tolong saya.

Okla..pendekkan cerita, disebabkan saya rindu dia so saya pun message lah dia.

"Hello sayangku, lama tak mendengar khabar berita. Rindu rasanya di hati"

Well memang gitu bunyi message saya. Well I am lomantic wannabe. Memang suka panggil orang sayang darling manja comel dan sewaktu dengannya.

Tapi Iqma tak reply. Saya rasa mungkin sebab saya dia ada 2 number phone & saya pun tak pasti phone yang mana satu yang aktif so saya sent pada number 019 dia.

Malam tu, masa saya tengah mandi saya dapat 3 missed calls. So saya call back. Bila saya hello hello dia tak jawab. So saya biarkan. Pastu masa saya tengah masak pun ada misses calls lagi 2 dari nombor lain pulak. Saya call back pun sama ada orang angkat tapi senyap je.

Pagi semalam saya dapat sms dari nombor yang tak dikenali "Awak siapa? Dari mana awak kenal Rusdi?"

Haa? Rusdi mana? Rusdi Ramli anak Joyah tu saya kenallah. So saya pikir salah nombor kot...so saya biarkan je.

So semalam baru saya teringat Iqma tak reply message saya kan. So saya call dia on my way back home. Saya call nombor 012 dia. Seronok gelak-gelak bercerita dengan dia. Pastu saya cakaplah saya message dia tak reply. Dia cakap dia dah bertahun tak guna number 019 tu. Owhhh patutlah.

Barulah saya perasan maybe orang yang missed call & sms saya tu mungkin bini/girlfriend Rusdi (Ramli?) hihihih....

Sorry lah awak...saya tak bermaksud bersayang-sayang bertanya khabar dengan Abang Rusdi awak. Saya tersilap nombor daaa....

P/S:- Lesson of the day:- Lain kali kalau rindu kawan sila call je terus & cepat-cepat delete nombor yang kawan dah tak gunakan.





Tuesday, 2 October 2012

Dilema Ibu Bekerja

Macam yang dulu Dak Ana cakap 'Ini global issue'. Ye memang betul pun. Sampai bila-bila pun tak habis dilema ni.

Semalam kan saya duduk rumah uruskan anak-anak sebab baby sitter cuti. Rasa seronok jugak. Anak-anak muka berseri-seri-seri-seri. Haa..nampak tak berapa banyak seri yang saya tulis tu maknanya muka derang memang berseri. Happy betul ibu dia menguruskan dia. Hantar pergi sekolah, jemput, suap makan, pakaikan baju, ajak jalan pergi beli groceries. Sempat teman ibu lunch dengan kawan.

Baik je Ayen selama sejam teman ibu dia lunch dengan Auntie PP dia. Nama kawan saya tu T.P (she's Indian) tapi Ayen tak pandai sebut..so dia panggil Auntie PP. Hehehe..Dia tak kacau langsung saya bergossip, dia happy sengsorang main game kat phone..pfftt...

Pukul 3pm sampai rumah dia sendiri cakap "Sleep timeeeeee!!" Ibu dia pun cepat-cepat ambil bantal sebab Ayen dah suruh tidur kan...ehh..haruslaahhh. Pastu jemput Bayong kat sekolah. Dia request nak ayam goreng ala KFC yang bersalut cornflakes tu. Saya cakap KFC dah tak jual ayam yang gitu. Sekarang yang ada ayam yang pedas hot & spicy or original je.

Dia nampak kecewa sikit. Saya pun dengan confident nye cakap "Alaa...apa susah..ibu pun pandai buat tau ayam gitu!!" Terus bibir anak saya bertukar jadik hurup V semula...tadi huruf n. Tapi lepas dah siap masak semua, Bayong makan seketul je sebab dia cakap "Ayam kfc ibu ni color dia coklat sangat"

Hehehe...sebab hangus!!! Sebab ibu korang konon nak potong ayam tu sama besar dengan KFC punya. Pastu dah la jadik luar dia hangus..dalam dia tak masak. Tsk...tapi Ayen makan banyak. 3 ketul kot.

Apa dilemanya?

Pagi tadi Bayong tanya "Bu..kalau Wan cuti lagi....boleh tak ibu cuti lagi untuk jaga kita orang?"

Sayu pulak saya dengar soalan tu. Ni nak type pun siap cebik-cebik ni tahan air mata..yelah kat office. 1st time saya update kat office tau. Sebab kepala agak penuh dengan pemikiran ni. Kusut.

Yang Ayen pulak, pagi tadi dia muntah semula. Hari tu memang cirit birit sejak Jumaat. Tapi dah elok dah. ahad dah ok, semalam pun ok. Tapi pagi ni..dia muntah masa tengah tidur. 6.15am tadi. Habis masuk dalam mata hidung telinga...kesian sangat. Terus kena mandikan sebab rambut pun dah lencun.

Pandai pulak cakap "Semalam adik elok je kan bu, hari ni dah tak ok pulak. Ibu boleh cuti lagi?"

Wuuuuuuuuuuuuuuu.............

Bayong pulak yang menjadi mangsa kekecewaan saya. Dia kena marah sikit pagi tadi sebab dia tak jumpa wallet dia. Sebenarnya saya takde lah marah sangat wallet dia salah letak. Tapi mungkin sebab saya frust je..so...Bayong kena marah.

Anak-anak ibu:-

Ibu harap Bayong & Adik tahu..Ibu sayanglah berjuta million kat korang. Kalau ibu mampu, sekarang jugak ibu berhenti kerja layan korang kat rumah. Ibu enjoy hantar jemput suap makan semualah!

Tapi sekarang belum lagi. Tu yang ibu mintak tolong Wan untuk tengok-tengokkan Bayong & Adik. Harap Bayong & Adik faham. Ibu rasa pasal tu lah ibu selalu spoilkan korang setiap hujung minggu kot. Sebab ibu rasa bersalah tinggalkan korang masa pergi kerja. Kerja tu pun bukannya ibu suka sangat pun. Ibu pergi kerja sebab perlukan gaji & kadang orang dewasa ni perlukan some type of escapism dari house chaos yang sebenarnya tak berapa nak chaos pun.

Doakan ibu cepat-cepat dapat berhenti kerja & dapat buat aktiviti sendiri dari rumah yang dapat memberi pendapatan yang cukup-cukup untuk kita pun jadi lah...

Ibu sayang Bayong & Adik....sobbsss...






Monday, 1 October 2012

Tunang Mira

Hmm..susah betul nak carik masa nak membebel sekarang ni ek. Kadang tu idea mencurah tapi time tu kat office memang tak dapek lah nak membuka belog. Pastu pulak agaknya saya memang tak reti guna blogger ni gambar asyik takmo rotate. Benci betul.

Wokehhh disebabkan hari ni saya cuti sebab baby sitter cuti emergency penat sangat baru balik dari Perlis, maka adalah masa nak membebel. Itu pun tengah tunggu kain siap dicuci oleh Oshin (nama mesin basuh saya-baru je reka nama tu 2 saat yang lalu sebab dia berasal dari Jepun) Eh..sebenarnya..berasal dari Korea kot..ahahaha..bantailah labu!

Ayomart gesset go!! Kena bebel cepat sebab lagi 1 jam Bayong balik dari KAFA pastu nak kena hantar dia gi Sekolah Kebangsaan pulak.

Amira kesayangan qalbu saya akhirnya berjaya melangsungkan pertunangan dengan cinta hatinya bernama Alif. Dia tunang masa 10 Syawal hari tu. Dah nak masuk raya haji baru Makteh dapat update, sowwyy kak long!

Theme colornya peach. Saya takde baju peach. Tapi Kak Ngah ada. Tau tak apa maksud ayat saya tu? Maknanya...saya pinjam baju Kak Ngah la..hihih..siap package tudung skali. Tengkiuuuu...


Ni masa rombongan pihak lelaki baru sampai dan sedang susun-susun hantaran.

Abang saya namanya Abg Poie & cousin saya Tasha yang tinggi melangit. Saya tengah melompat tu sebenarnya untuk menyaingi ketinggian Tasha..tapi nampaknya gagal..

Ni tengah dengar perbincangan kedua belah pihak. Mengetuai perbincangan dari pihak kami ialah Pak Lang saya. Yang baju peach berkopiah putih tu atuk si Mira a.k.a ayah saya lah...

Boyfriend yang manje


Memang sangat busy masa tunang Mira ni sebab saya kena tolong ibu masak. Sebab majlis hari ni dimulakan dengan aqiqah cucu baru ibu/ayah, baby Zahra. Kena masak kambing seekor ok. Sedaplah sangat kambing yang ibu masak tu (saya tukang kacau je sebab ibu tak larat. Tapi ibu yang masukkan bembahan semua). Tu gambar saya potong rambut baby Zahra.

Zahra tidur je sepanjang masa orang kerjakan rambut dia yang sangat lebat tu. Siap dah macam rambut pelsu dah kami tengok sebab banyak sangat. Macam rambut sammy vellu pun ade..opssss...!! Kikiki...Cicik pasrah je orang kata rambut anak dia macam tu. Yelah..masa Ayen dulu..dia takde rambut...rambut dia tumbuh dari belakang ke depan. Dah dekat 2 tahun baru ada rambut ok. Dengkilah tu...anak Cicik banyak rambut..wuuuu

Jeng jeng jeeenggg... dah sah menjadi tunangan orang. Mira pun tatkala ini dah selamat sampai balik ke UK untuk habiskan study dia & tahun depan dah grad dah.

Lawa sungguhlah budak ini. 

Mira with parents

ni kawan MRSM dia kot. Tsk..jelous sungguhlah saya tengok budak-budak ni..badan nipiiisss je...ughh!!

Siblings

Aunties and cousin2 kecik Amira

Engaged!!

Seperti biasa Mak Teh over berlakon kagum melihat cincin tunang yang hebat!

Kekasih tercinta sentiasa datang menyokong apa-apa aktiviti saya...

Ok tu saja...kalau sempat nanti saya update cerita lain pulak. Rumah belum vacum, kain sebakul tak lipat! Kejap lagi Bayong balik...wuuuuu...

Ta!!







Saturday, 22 September 2012

I Survived Gua Tempurung

Hai..meh la cerita while it's still exciting to me lah kan. Company saya buat outing ke Gua Tempurung. Kami gerak dari Bangsar pada pukul 8.00am. Sampai ke Gua Tempurung ni dalam pukul 10.00am. Dah lama excited pasal tour ni. Semua orang kat office tu dah lama lah bersedia mentally konon. Yelah lepas google pasal tour kat sini nampaknya seperti exciting. Kami decided ambil tour 3. Boleh check sini Gua Tempurung. Sampai sana hari baru lepas hujan. So the tour guide cakap tak boleh ambil package yang wet punye sebab bahaya. But knowing all the engineers uncle-uncle & aunties yang dah lama tak buat activity gini so semua macam tak puas hati "We're mentally prepared you know" kata si Chris.

Ok lah..kata tour guide...jom lah kita ambil package 4 yang paling mencabar sekali. 3 1/2 hours punya tour. Ok lets go!!! Kata semua orang.


Gambar sebelum kejadian

Gambar ni takmo rotate pulak..menyampah tau dengan blogspot sekarang ni. Asyik jadik gini. Tu yang malas nak update tu recently..hehe alasan malas update

Ni kira 1st pit stop yakni 1% of the whole tour. Semua bermuka gembira lagi.

Rombongan kami seramai 30+ tapi kena pulak join dengan 2 other small groups membuatkan total semuanya seramai 70 orang. Hadoooiiii...bayangkanlah kalau nak memanjat cerunam tu kan (cerunam katanya..hihi) kalau seorang ambil masa 1 minit. So 70 orang baper lama? Kiralah sendiri. Masalahnya...seminit sorang ke??? Dengan terhegeh-hegeh, dengan kecut perutnya. Besar gile ok gua ni. Kalau jatuh memang mati lah. Kalau kita suluh siling gua dengan torch light kan. Cahaya torch lite tu tak sampai pun ke siling gua ni. Either gua ni terlampau tinggi/besar, or torch light saya cap ayam..hehe.


Ha..gambar takmo rotate lagi. Lantaklah nak cerita jugak. Ini yelah the 1st slide yang kena gelongsor gini. Memang takde jalan lain. Kena gelongsor jugak. Mula-mula masuk tu kami macam "Halaahh...tak perlu bawak torch light pun tak pe ni" Skali bila dah dalam sikit barulah paham. Gelap giler..tak tau nak jalan ke kiri ke kanan ke depan ke apa ke. Kalau tak bawak lampu memang sesat matilah kat dalam tu. Kalau tak ada tour guide juer memang sumpah sesat.

Lepas slide-slide kena merangkak pulaakkk...terhantuk-hantuk belakang badan kat batu-batu tu you all!!! Tapi dalam gambar memang le sentiasa senyum. Official photoghapher pulak yang ambil gambarkan. Sebelah saya tu Kak Azie, senior eng. electrical yang tersohor di Malaysia ok!! Dia asyiklah marah sebab saya asyik tersenyum kalau nampak si Freddid photog tu angkat camera. "Ko niihh!! Camera aler giler kan!!!" Ehh...mestilaaahhh...ni kenangan seumur hidup ni. Takkan lah nak tunjuk muka buruk pulak..hihih

Gambar ni kira 1/2 perjalanan. Tour yang sepatutnya 3 1/2 jam. Akhirnya jadik 5 1/2 jam!!! Masa dalam gua tu siap macam "Kenapalaahhh aku menyiksa diri gini!! Kan better kalau pergi open house rumah Emma!!" Lepas tu ada ramai jugak yang tak breakfast sebab kononnya nak terus lunchkan. Kamis epatutnya keluar dari gua tu dalam pukul 1.00pm. Tapi lajak sampai pukul 4.00pm ok!!! Saya nasib baik seperti biasa seorang yang cekap dalam aktiviti makan..telah membaham 4 keping sandwich masa dalam bas lagi..hihi. Kami actually telah dimomokkan nanti dalam gua tu basan lencun kena menyelam dalam air bawah batu semua. So tak payahlah nak berangan bawak makanan nanti semua basah katanya. Tapi boleh je...tapi memang basahlah. Selua pun ramai yang koyak kat bontot. Sebab kena slide atas batu kapur. Bukan 1 slide ye...tapi 3 ke 4 slide yang mengerikan!! 

Lapar perut jangan cerita lah. Linnie Cik tealady kami steady je panjat-panjat batu slide semualah. Ramai yang mengadu lapar kat Linnie "Linniieeeeee nak miloooooo"

Ni tengah tunggu turn untuk panjat & lalu bawah batu yang berlubang keciknyeee...ngeri bukan pasal kena panjat. Ngeri sebab takut tak muat lubang tu. Hadooiii kalau tersangkut bontot saya yag lebar ni macam mana?? Tapi seperti biasa masa Freddie angkat camera dia..saya cepat-cepat posing...Dalam beg saya ada sebotol air mineral, sekeping coklat & tak lupa lipgloss strawberry!! hihi..Kak Azi marah tau "apa guna lipgloss ko tu Tan??" Ehh..berguna tau!!! 

Ni lubang tu..kecik gile kan...saya muat tau!!! Eh..actually semua orang muat. Mat Salleh yang besar 6 kaki tinggi pun muat je..Tapi nampak seksa juer lah dia nak meloloskan diri..hihi

Ni orang lain semua dah takde muka orang KL dah (eleh..orang KL je ke yang lawa ke?? Wekk!) Tapi sayakan pandai...(balik-balik dia..hihi) Saya pakai baju gelap & inner hitam supaya tak nampak ketiak basah! Wet armpit is not a pretty sight to look at, you know...kiiihhhh

Kegembiraan ketika berada kat sini sebab boleh makan cekelat!!

Gambar ada banyak lagi. Tapi dah la tu. Lepas pada ni kami kena naik tangga sebanyak lebih kurang 700 anak tangga. Si Zairul tour guide tu sungguh hebat. Melompat-lompat macam spiderman. Dahla pakai selipar je. Ni orang KL ni dengan knee pad, elbow pad semua ada ok. Dengan lampu kepala semua ada..hihih..Mesti Zairul gelakkan kami lepas tu kan.

Oklah..pengalaman ni akan saya kenang sebagai kenangan manislah. Seronok!! Ketawa tengok Kak Azie tersepit kat lubang batu. Kena pulak orang tolong tolakkan bontot dia...kikiki...Tangan lebam-lebam sebab terjun-terjun lompat batu, merangkak meniarap semua ada. Ramai yang koyak seluar, 

Keluar dari gua semuanya muka lega giler...tapi muka kopam. Saya je bibir shiny...hihihi...haa..itulah gunanya bawak lipgloss!!!!

Tata!!!! 

P/S: Harapnya tour pergi Taman Negra yang diwar-warkan oleh big boss menjadi kenyataan. Saya nak pergiiii!!!!


Thursday, 30 August 2012

Salam Aidilfitri, Maaf zahir & batin. Raya memang seronok. Senyuman terukir di setiap bibir kita kan..kan..
Semoga dipanjangkan umur untuk Ramadhan & Syawal yang seterusnya bersama keluarga tercinta.