$

Wednesday, 15 June 2011

Nasi Minyak


Nasi minyak!!!! Macam tak cukup makan nasi minyak kenduri kahwin pulak ye. Sana sini kenduri kawin. Sabtu lepas MK pergi 2 kenduri sekali harung. Actually ada 3 jemputan tapi yang satu tu ibu ayah dah wakilkan so tayah pergi. Pastu nak balik ke KL pulak jalan jem sebab final piala FA tuh. Fuuhhh..penuh baju merah kat area nak balik ke rumah.

Malam tadi MK masak nasi minyak!! (Baca dengan nada excited). Resepi dah lama beraada dalam handbag. Siap dah komot-komot lagi (tau ke komot tu apa?) Last-last malam tadi menjadi juer. Tapi MK masak dengan sambal ikan..hihihhi memang...memang lari dari tajuk. But apa ada hal, kita buat dia kan..suka hati kitalah nak kahwinkan dengan lauk apa pun.

Ikan tu pun Bayong yang request. "Nak sambal ikan yang kuah merah cair-cair, nak ikan bulat" Ikan bulat tu maksudnya ikan tenggiri yang besar tu ke..yang dah dipotong tu..paham tak. Tak paham pun takpe. Tapi semalam tak ada ikan besar..terpaksa beli cencaru 2 ekor. Yen pulak tak makan pedas so 1 ekor goreng biasa je.

Tah apa pasal gambar ni takmo rotate. Sila telengkan kepala.

Resepinya MK ambil dari myresipi.com. Carik resepi yang paling senang, resepi campak-campak. Jom masak!

Bembahan (2 dewasa, 1 kanak besar, 1 kanak kecik):-
1 1/2 pot beras
1/2 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang (pelaga & cengkih dah habis so tak letak)
1 biji bawang besar (hiris nipis)
3 biji bawang putih (hiris nipis)
1 inci halia (hiris halus - sehalus rambut Harith Iskandar iklan nescafe)
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan air
garam secukup rasa
Minyak sapi (takdo - MK guna minyak masak biasa)
Kismis (siap guna kismis Mekah ok...Tok baru balik umrah last week hiks)
2 helai daun pandan (simpul mati ke nak simpul pengakap ke ikut pandai)
Pewarna kuning (takdo - MK guna serbuk kunyit 1 cubit kecil atau orang NS panggil 'nak kono kuti?' haha)

Cecara:-
  1. Didihkan air dalam periuk
  2. Cuci beras bersih-bersih, toskan air, letak tepi kejap.
  3. Tumis kayu manis, bunga lawang, pelaga, cengkih, bawang besar, bawang putih sampai wangi & garing sikit. Jangan hangus ah!!
  4. Sementara tu pastikan air dalam periuk tadi dah mendidih, kecilkan api periuk tu, pastu tuang bembahan yang kita tumis tadi dalam periuk tu bersama-sama dengan minyaknya sekali. Tu la pasal nama dia nasik minyak.
  5. Kacau sikit, masukkan beras, garam & daun pandan dalam periuk, kacau biarkan sampai air kering. Guna api kecik ye.
  6. Bila air dah nak kering, nasi pun dah hampir masak, masukkan susu cair. Kacau pelan-pelan.
  7. Tutup periuk dengan tudung periuk bukan tudung saji atau tudung syria.
  8. Bila dah masak, puji diri sendiri...wowww saya generasi hebat!!
  9. Taburkan secubit kecil serbuk kunyit tadi kacau pelan-pelan. Tak rata sangat pun takpe konon-konon nampak bersenilah
  10. Masa hidang, taburkan kismis.
  11. Panggil suami & anak untuk menghayati ke-tere-ran anda.
  12. Pastu baru jemput mereka makan.
Senang bangat sih!! Pastu buatlah pajeri nenas ke, ayam masak merah ke, kurma ke. MK buat sambal ikan, sekejap je dah licin. PakMir puji 2 kali "Sedap, sedap". Hati gembira, perut kenyang, total harga masakan malam tadi yelah dalam RM5 je itu pun sebab beli ikan 2 ekor, halia, daun pandan. Kalau makan kat kedai paling kurang RM20 kan.

Selamat mencuba!!!

P/S: pinggan MK tu main taram yo..tak de ber-set-set yo. Konsep warna-warni (padahal memang tu jelah yang ade..hehe)


3 comments:

Mak Ton said...

lazat!!!

ikan sambal itu sangat meriah kalernya + bawang + tomato... sodap tuh..

Ms.Lilies said...

apa ada hal dgn pinggan beb...
janji masakan laku...
:D

MK said...

tuntun: a'ah..sedap..hihi

mimi: hehe len kali mesti kuarkan pinggan mahal dari dlm gobok. (konon...)