$

Thursday 2 June 2011

Scandal

Tan sampai di tempat yang dijanjikan tepat pada pukul 10.30am. Tun kata dia akan tiba lagi 15 minit. Tan pun tunggu...ku menunggu..menunggu cinta yang tulus dari hatimu (lagu Ella) hiks..

Aiks..sudah lebih 15 minit ini...di manakah Tun? Takpe..Tan jalan-jalan dulu..sambil terbeli beberapa barang. Hmmm...terpaksa meng-s.m.s Tun nampaknya. "Wak...kat ne? Kejap lagi duit saya habislah ni asyik terbeli sana sini barang-barang"

Tun reply "Kejap wak...jangan habiskan duit dulu.." hihihih...

Tan berasa lapar sebab dia hanya makan 1 biji pau kacang semasa breakfast sebab sudah benjanji dengan Tun untuk men-sushi bersama-sama. Tapi ini sudah lunch hour...nehi..nehi...nanti Tan menjadi parkinson jikalau tunggu lebih lama. Tak boleh jadik ni kata Tan. Maka Tan pun berjalan menuju ke food court untuk mengalas perut.

Tapi sebelum sampa ke food court, Tan telah diberhentikan oleh sebuat booth yang menjual kasut-kasut yang maha comel. RM20 je lah pulaakkk...Sambil berpusing-pusing tawaf booth itu Tun pun tiba dan terbeli sepasang kasut juer yang matching dengan pakaiannya pada hari itu.

Comel...ada glitter lip lap lip lap

Nih kasut Tan..sila abaikan kaki yang macam rangka ayam itu. Lawakan....velvet color olive..suke!! Disorokkan di office dengan jayanya..hihih.. ~Hai Hubby, ala...RM20 je~

Selepas itu, kami cepat-cepat ke Restoren Kegembiraan!

Tun bertanya kepada Tan, "Dulukan, ada kawan aku makan macam puding, dia dalam cawan, tapi aku lupa nama dia...apa ek?"

Tan pun tergesa-gesa memanggil adik waitress untuk mencari jawaban bagi cinta hatinya. "Dek, ada macam egg pudding tu kan..dia dalam cawan, apa nama dia? Takde dalam menu pun"

Adik waitress menjawab "Owh dalam cawan tu, nama dia Chawan Mushi"

Kami ketawa...dalam cawan mestilah nama dia cawan... eh..tak kelakar ek? But you know, orang bercinta..segala-galanya serba kelakar kan. Pffttt!!!

Chawan Mushi TunTun, hampir tidak reti untuk membuka penutup cawan tu. Hikss

Selepas itu kami termenung menunggu dish yang tak kunjung tiba..mano dehh?

Umm...nak yang ni ke ek? eh..yang tu nampak cantik...ada ijau-ijau kaler dia!!

Ahh..ni berlakon je nih..

Owh!!! Saya dah jupa sushi idaman qalbu...yeayyy!!! Tan menyuruh Tun membuat muka excited...inilah hasilnya ngeehh....

Tan sedang cuba untuk melentikkan jarinya seperti geisha yang mentuang teh untuk yakuzanya. Tapi nampaknya tak jadik plak lentiknya.

Tun pula berusaha untuk membuat muka geisha

Selepas kenyang kami membeli-belah baju untuk anak-anak. Sikit je...dah ada warehouse sale ok. Baju kanak like RM6-20 je.

Bila nak pulang, tetiba Tan ternampak sesuatu....dan hasilnya...tadaaaa!!!!!!



1 jam saje..cukuplah..kang pecah pulak pintu kaca tempat tu. Kami juer ada mengambil video untuk aksi terlampau kami ini. Tapi tak perlulah di-publish-kan. Biarlah rahsia...

Selepas itu kami pulang ke pangkuan keluarga tercinta seperti biasa. Menjemput kanak dari taska, memasak, mencuci, mengomeh, membebel...routine hidup berjalan semula....

Tan & Tun kembali ke pangkal jalan akhirnya....




4 comments:

Mak Ton said...

muekekekkeke.....

kelakar lah... sy chenta chawan mushi itu...

lep u tan tan... lenkali kita pegi lagik ek.. sushi + karok.. huhu..

Anonymous said...

tan hehe bestnya aku buleh imagine.. kasut comel eh aku pun selalu tengok2 tapi dasar kaki gergasi mmg takde saiz sepadan..
bestnye dpt keluar dgn bff..
"kembali ke pangkal jalan"..so cute
-dak diana-

Sidratul Muntaha said...

kasut tu aku suke MK,sbb aku pecinta ijau!!
jeles haku!1
design cantik plak!
20 hengget plak tu.
murah kau!!
ni korang lepak2 kat mana nih?!
siap karok dlm kotak lagi...

MK said...

tun: semestinya daku rela untuk merendek bersamamu lagi tun tun ku.

ana: a'ah..kasut tu comeeelll. even tho aku takde baju yg matching. aku beli juer.

S.M: hihihi hijau mmg beesstt!!! kami lepak di seremban. karok tu kat seremban parade. bukan karaoke jamban ye adik-adik. itu karaoke sebenar..eh..