$

Tuesday, 22 March 2011

Chicken Herbs

Yelloowwww.....

Pic masak-masak Mk semuanya ada dalam camera kesayangan yang dah lama berkhidmat dengan dapur Mak Kintan ni. Tapi sekarang Angah pinjam. Alangkah bertuahnya camera tu kan. Sampai dia kat Mekah dah...MK ni bila lagi? ~Angan-angan nak pergi ke sana dengan hubs on our 10th anniversary - semoga tercapai hendaknya~

Tapi ada satu siri masak telah sempat MK snapped dengan phone. Iaitu seperti tajuk di ataslah. Masak chicken herbs ni sebab malas! Kalau kita guna oven kan senang, just marinate je...bubuh je apa-apa nak bubuh. Pastu simpan diam-diam dalam fridge sejam-dua. Panaskan oven tunggu 30-60 minit. Tinggg siap! Makan lah. Jom tengok resepi:-

Nie lah rupew chicken herbs ittewwww (bencikan cara ejaan remaja sekarang)

Rupanya macam tak senonoh je kan. Tapi rasanya sedap ok!!! Resep please...

Bembahan:-
2 chicken legs
5 ulas bawang putih (kalau suka boleh letak lagi banyak)
1 biji bawang besar
2 sudu besar olive oil
2 sudu besar honey
1 sudu besar dried rosemarry
1/2 sudu oregano (main taram yo nih)
Garam
1 batang Carrot
2 sudu besar black pepper sauce

Cecara:-
  1. Cuci bersih ayam, lumurkan dengan olive oil, garam, black pepper sauce, honey, bawang putih tumbuk sekali dengan kulitnya, rosemarry, oregano, bawang besar potong 6 & carrot potong tebal-tebal sikit. Senang cerita gaul jelah dengan semua bahan-bahan yang ada dalam dapur puan-puan tuh hihi.
  2. Perap, simpan dalam fridge selama paling kurang 1 jam (lagi lama lagi best)
  3. Bila dah siap sedia untuk memanggang, panaskan oven 220' selama 10 minit.
  4. Masukkan ayam tadi ke dalam oven, set timer 20 minit.
  5. Pastu duduk lah depan oven tu selama 20 minit tu sambil tunggu ayam tu bertukar warna menjadi perang. (ohh yeahhh I did this...MK memang obsess nak tengok makanan memasak...opss pecah rahsia)
  6. Lepas 20 minit check lah ayam dah masak ke belom. Kalau belum masak/garing, tambah lagi 20 minit or so. Okeh...
  7. Sambil-sambil tu gorenglah apa-apa yang patut seperti fries or chicken nugget untuk askar-askar yang kelaparan.


Kami makan gitu je, tiada nasik. MK is diet-ting. We'll see how long can I tahan this time..pfftttt... Orang lain yang nak kahwin, aku jugaaaaakkk yang kena diet. Sapa suruh? Takde orang suruh pun....hanya sedar diri bila ukur body masa tempah baju, bum-bum telah bertambah bilangan nombor ukuran nya... aiiyooo..

No comments: