Salam all,
Dah lama tak masakkan? Musim cuti sekolah & musim orang kawin. Fridge sentiasa penuh dengan lauk pauk kenduri (alasan malas masak). FYI restoren kegemaran saya yelah Johnny's. Makam steamboat yumm!!! Favourite steamboat dish yelah Golden Mushroom slice. Semestinya 2 bekas untuk saya sorang (tamak). Bayong suka fishball, crab ball, apa-apa ball lah. PakMir suka Thai belacan fried rice. Yen pulak suka golden honey chicken wings.
So - setakat teringin nak makan chicken wings terpaksa pulak ke Johnny's lagi baik MK buat sendiri je. Senang je, jom tengok resepi.
Bembahan:-
10 ketul chicken wing
2 sudu besar madu
2 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu kecil gula (takmo letak pun tak pe)
2 sudu besar butter
2 sudu besar olive oil extra virgin
Cecara:-
- Bersihkan ayam. Masukkan semua bembahan KECUALI butter & olive oil. Gaul sekejap ketepikan untuk diperap lebih kurang 1/2 jam (lagi lama lagi best)
- Panaskan oven puan-puan ke 180' selama 10 minit.
- Masukkan ayam yang telah diperap ke dalam tray pembakar tu, pastu baru letak olive oil & butter. Letak je lah atas kepak-kepak ayam yang terpilih, hiks.
- Set timer ke 30 minit.
- Lepas 30 minit MK alihkan ayam ke atas para grill tu je. Sebab kanak dah jerit-jerit lapar.
- Jangan lupa letak tray kat bawahnya ye..kang meleleh-leleh kat dasar oven. Susah nak cuci.
- Terbalikkan ayam, bebaik ok...jangan sampai tercedera tangan!
- Tambah timer ke 30 minit lagi. Check lah ayam tu dah masak ke belom.
- Siap!!!
MK baked kentang sekali harung dengan ayam tu. Senang & sedap!!! Cantik & berkilat-kilat!! Nyummmmm!!
2 comments:
nampak best...saya ambik menu ye. tak tau jadi ker tidak nanti hihihi. anw salam kenal
hi ann, selamat mencoba!!!
Post a Comment